Total Pageviews

BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH

Hidup Biar Berjasa..

Assalamualaikum & Salam Perpaduan.

Ini ada throwback bagi Hari Pertama Minggu Pembukaan Sekolah 2023/24.

Tahun ini dalam sejarah, tiada pdpc pada minggu pertama. Minggu ini adalah non academic week. Atas arahan KPM, sekolah-sekolah dikehendaki menyediakan program-program bagi menarik minat murid dengan sekolah. 

Untuk itu, pelbagai program telah dirancang oleh pihak sekolah. Pada hari pertama ini, murid disambut oleh para pentadbir dan guru di pintu pagar sekolah. Maskot watak kartun Sonic the Hedgehog juga telah menarik perhatian murid yang hadir ke sekolah. Selain itu, murid juga diberikan set alat tulis sebagai ganjaran diatas kehadiran mereka ke sekolah.

Setelah itu, perhimpunan rasmi dilaksanakan di dewan sekolah dan terus disambung dengan program pembukaan sekolah. Program dipengerusikan oleh Cikgu Ayu Liza. Setelah ucapan daripada Guru Besar, program diteruskan dengan ucapan daripada pegawai mesra sekolah PPDt yang baru iaitu Dr Ali Halim bin Siraj.

Apabila selesai majlis di dewan, murid-murid masuk ke dalam kelas masing-masing. Di dalam kelas, murid dan guru kelas berbincang tentang pengurusan kelas dan perlantikan ketua dan penolong kelas. 

Setelah murid berehat, program diteruskan dengan program daripada panitia Bahasa Melayu. 

Klik pada link di bawah untuk melayan gambar-gambar disepanjang hari tersebut.

Klik disini
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Tak lama lagi sesi persekolahan bagi tahun 2021 akan bermula. Kini, semuanya tidak seperti dahulu lagi. Namun, pembelajaran harus diteruskan. Tahun lepas memanglah mencabar. Terkial-kial semuanya dengan pembelajaran secara online di rumah. 

Alhamdulillah, buat masa ni kita masih diberi peluang untuk melakukan sesi persekolahan secara bersemuka. Menjalankan kelas online memang sangat sukar bukan sahaja bagi guru, namun juga kepada murid dan ibubapa. Kalaulah semuanya mempunyai fasiliti yang lengkap dan talian internet di Malaysia sangat stabil, oklah juga. 

Bersyukurlah Negeri Sembilan dibenarkan untuk hadir ke sekolah. Jadi, sama-sama kita jaga SOP yang ditetapkan supaya tiada penularan jangkitan Covid19 dikalangan warga sekolah. 

Jadi, di sini admin nak kongsi program yang bakal berlangsung. 

18 Januari - Pembelian buku bagi murid tahap 2.

19 Januari - Pembelian buku bagi murid tahap 1. 

20 Januari - Pembukaan sekolah dan pemulangan buku teks tahun lepas serta pemberian buku teks tahun ini. 

PERINGATAN : PADA 18 DAN 19 JANUARI, HANYA SEORANG WAKIL SAHAJA DIBENARKAN HADIR. MURID TIDAK DIBENARKAN LANGSUNG HADIR KE SEKOLAH. 

SILA PAKAI PENUTUP MUKA DAN PATUHI ARAHAN SOP YANG DITETAPKAN PIHAK SEKOLAH. 

Semoga tahun ini dapat kita lalui dengan baik dan pembelajaran murid berlangsung dengan baik walau apa juga kaedahnya. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Alhamdulillah, pada 19 Ogos 2020 yang lalu, SK Londah telah berjaya melaksanakan majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Kali ke-63. 


Majlis diadakan di Dataran SK Londah  secara sederhana berikutan mematuhi SOP sempena PKPP yang masih berjalan. Berikut adalah beberapa gambar sepanjang majlis.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Alhamdulillah... Hari ini giliran murid tahun 1-4 Pula kembali ke sekolah. Bukan main gembira mereka dapat hadir ke sekolah selepas berbulan-bulan terperuk di dalam rumah. 

Pada Hari ini juga kami menerima kunjungan daripada Tuan PPD, Encik Alias bin Abdul Samad dan En. MOHAMAD Rafi bin MOHAMAD Janor. 

Berikut adalah beberapa gambar di sepanjang Hari ini... 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Tahniah diucapkan kepada En. Nut Iffat Haiqal Dan Pn. Maisarah di atas Anuegarah Perkhidmatan Cemerlang yang diterima. Terima kasih diatas Perkhidmatan terbaik yang diberikan selama ini. Semoga lebih Cemerlang Dan Berjaya di Masa hadapan tidak Kira di Mana berada. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Alhamdulillah, pada Hari Rabu yang lepas, murid-murid tahun 5 Dan 6 telahpun Mula bersekolah. Nampaknya ramai yang bersemangat Datang ke sekolah kerana ramai murid yang hadir terlalu awal, gurupun Tak sampai lagi…. 😂🤣

Apapun tahniah diucapkan kepada semua murid Dan warga sekolah kerana sepanjang 3 Hari ini semua mengikut SOP yang telah ditetapkan. 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pada Hari ini, 13 Jun 2020, Sekolah Kebangsaan Londah telah mengadakan satu sesi taklimat bagi ibu bapa sempena Pembukaan sekolah tidak lama lagi. Taklimat telah disampaikan oleh En. Jasmin BIN Hussain, Guru Besar SK Londah.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum... 

Lama admin Tak update blog Ni.. Ini adalah gambar semasa Hari pertama murid-murid pra sekolah Mula bersekolah selepas 'bercuti panjang' akibat PKP yang lalu. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

Mahukan Percutian Bajet?

Blog Archive

  • March 2023 (1)
  • January 2021 (1)
  • August 2020 (1)
  • July 2020 (5)
  • January 2020 (2)
  • December 2019 (2)
  • May 2019 (1)
  • March 2019 (9)
  • February 2019 (4)
  • December 2018 (2)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • August 2018 (6)
  • March 2018 (1)
  • March 2017 (3)
  • January 2017 (1)
  • August 2016 (3)
  • June 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • January 2016 (3)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (2)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (3)
  • June 2015 (2)
  • May 2015 (2)
  • June 2014 (1)
  • January 2014 (2)
  • November 2013 (5)
  • October 2013 (3)
  • August 2013 (2)
  • July 2013 (1)
  • May 2013 (5)
  • April 2013 (2)
  • March 2013 (1)
  • February 2013 (2)
  • January 2013 (2)
  • November 2012 (2)
  • September 2012 (4)
  • August 2012 (3)
  • July 2012 (3)
  • June 2012 (2)
  • May 2012 (2)
  • March 2012 (3)
  • February 2012 (2)
  • November 2011 (5)
  • October 2011 (2)
  • September 2011 (3)
  • July 2011 (7)
  • June 2011 (2)
  • April 2011 (1)
  • February 2011 (1)
  • January 2011 (1)
  • November 2010 (3)
  • October 2010 (2)
  • September 2010 (4)
  • August 2010 (2)
  • July 2010 (5)
  • June 2010 (4)
  • May 2010 (8)
  • April 2010 (6)
  • March 2010 (4)
  • February 2010 (5)

Popular Posts

  • Latihan Kebakaran
    Pada 20/8/2010, satu latihan kebakaran telah dilakukan. Latihan ini bertujuan melatih murid sekolah untuk bersiap sedia bagi menghadapi seba...
  • Lawatan Murid Tahun 6 dan Hari Keluarga SKL
    12.11.2011 (Sabtu), 16 Zulhijjah 1432H Assalamualaikum, Pada tarikh ini satu lawatan khas untuk murid tahun 6 telah diadakan. Lawat...
  • SEJARAH SEKOLAH
    SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH Sekolah Kebangsaan Londah mula ditubuhkan pada 01.02.1955. Ia terdiri dari pelajar tahun 1, 2 dan 3 yang berasal d...
  • Perkhemahan Unit Beruniform
    21.10.2011 (Jumaat), 23 Zulkaedah 1432H Assalamualaikum, Pada tarikh ini diadakan suatu aktiviti perkhemahan unit beruniform di sek...
  • KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH
    Pada 20 sehingga 22 Februari telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah. Alhamdulillah Pasukan Londah mendapat keputusan y...

Hi! Want to say something to us?

Your Name

Your Email*

Your Message*

KPM

Loading...

JPNNS

Loading...

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates