Hari Pertama Minggu Pembukaan Sekolah 2023/24

by - March 22, 2023

Assalamualaikum & Salam Perpaduan.

Ini ada throwback bagi Hari Pertama Minggu Pembukaan Sekolah 2023/24.

Tahun ini dalam sejarah, tiada pdpc pada minggu pertama. Minggu ini adalah non academic week. Atas arahan KPM, sekolah-sekolah dikehendaki menyediakan program-program bagi menarik minat murid dengan sekolah. 

Untuk itu, pelbagai program telah dirancang oleh pihak sekolah. Pada hari pertama ini, murid disambut oleh para pentadbir dan guru di pintu pagar sekolah. Maskot watak kartun Sonic the Hedgehog juga telah menarik perhatian murid yang hadir ke sekolah. Selain itu, murid juga diberikan set alat tulis sebagai ganjaran diatas kehadiran mereka ke sekolah.

Setelah itu, perhimpunan rasmi dilaksanakan di dewan sekolah dan terus disambung dengan program pembukaan sekolah. Program dipengerusikan oleh Cikgu Ayu Liza. Setelah ucapan daripada Guru Besar, program diteruskan dengan ucapan daripada pegawai mesra sekolah PPDt yang baru iaitu Dr Ali Halim bin Siraj.

Apabila selesai majlis di dewan, murid-murid masuk ke dalam kelas masing-masing. Di dalam kelas, murid dan guru kelas berbincang tentang pengurusan kelas dan perlantikan ketua dan penolong kelas. 

Setelah murid berehat, program diteruskan dengan program daripada panitia Bahasa Melayu. 

Klik pada link di bawah untuk melayan gambar-gambar disepanjang hari tersebut.

Klik disini

You May Also Like

0 comments