twitter
rss

Selemat Bercuti admin ucapkan kepada semua warga SK Londah. Semoga selamat kembali ke sekolah.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Hari ini Ujian 1 akan mula dilaksanakan. Admin doakan semua adik kita di SKL dapat memberikan jawapan terbaik bagi setiap soalan yang diterima dan seterusnya mendapat keputusan yang baik juga.


Satu aktiviti 3 dalam 1 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini.

1) Demonstrasi Kebakaran
2) Ceramah Anti Jenayah
3) Ceramah Anti Dadah

Aktiviti ini merupakan satu aktiviti join venture antara Unit Kebakaran, Unit Pencegahan Jenayah dan Unit PPDa.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Latihan kebakaran, demonstrasi memadam kebakaran, pameran peralatan bomba, ceramah anti jenayah, ceramah anti dadah, pertandingan melukis poster  bagi tahap 2 dan mewarna poster bagi tahap 1.

Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amat membanggakan.

Jom layan gambar-gambar disepanjang aktiviti ini dijalankan Klik Sini.

Alhamdulillah...
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 telah berjaya dijalankan dengan lancar.
Terdapat muka-muka baru yang bakal berkhidmat untuk sekolah selaku AJK PIBG Sekolah pada tahun ini. Semoga segala usaha yang dirancang oleh PIBG sedikit sebanyak membantu pihak sekolah memajukan Sekolah Kebangsaan Londah ke tahap yang lebih tinggi.

Gambar-gambar sepanjang aktiviti boleh didapati di Page FB kami. Klik sini untuk ke sana.

Assalamualaikum dan Salam Tahun Baru!

Ceria-ceria belaka murid- murid dan guru-guru SK Londah tahun ini.

Selamat kembali ke sekolah admin ucapkan dan kepada murid baru, selamat datang ke SK Londah!

Sama-samalah kita jadikan sekolah kita yang tercinta ini sebuah sekolah yang cemerlang pada tahun ini.

Jom! Terus bersemangat dan terus maju di tahun 2017 ini!!!

Semalam,  berlanngsungnya program ijabat bagi murid-murid tahun 5 & 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPKK & UPSR.  Ini merupakan program terakhir sebelum mereka menduduki peperiksaan tersebut.  Program dilangsungkan pada jam 3 petang dimulai dengan Solat Hajat dan diikuti dengan Bacaan Yaasin.  Setelah itu,  solat Asar dilakukan secara berjemaah dan diteruskan dengan sesi mohon maaf bagi murid-murid terhadap ibubapa,  guru dan sesama rakan. 

Majlis berakhir lebih kurang jam 5.15 petang dan jamuan disediakan kepada semua yang hadir sebelum bersurai.

Pada 16 Ogos bersamaan hari Selasa telah dilaksakan Hari Pelancaran Bulan Kebangsaan. Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Syahraizan bin Omarudin. Kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pn. Hamimi binti Abdullah selaku GPK 1 dan seterusnya merasmikan majlis. Peralatan Robotik digunakan dalam gimik perasmian bagi menyajikan satu kelainan pada tahun ini. Majlis diteruskan dengan persembahan tarian oleh murid-murid hasil latihan guru Pra-Sekolah yang comel Cik Nur Hazwani binti Abd. Hadi. Seterusnya, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik secara beramai-ramai oleh semua guru dan murid sambil mengibarkan Jalur Gemilang. 

"Sehati Sejiwa"