Lembaran baru kini bermula...

by - January 15, 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Tak lama lagi sesi persekolahan bagi tahun 2021 akan bermula. Kini, semuanya tidak seperti dahulu lagi. Namun, pembelajaran harus diteruskan. Tahun lepas memanglah mencabar. Terkial-kial semuanya dengan pembelajaran secara online di rumah. 

Alhamdulillah, buat masa ni kita masih diberi peluang untuk melakukan sesi persekolahan secara bersemuka. Menjalankan kelas online memang sangat sukar bukan sahaja bagi guru, namun juga kepada murid dan ibubapa. Kalaulah semuanya mempunyai fasiliti yang lengkap dan talian internet di Malaysia sangat stabil, oklah juga. 

Bersyukurlah Negeri Sembilan dibenarkan untuk hadir ke sekolah. Jadi, sama-sama kita jaga SOP yang ditetapkan supaya tiada penularan jangkitan Covid19 dikalangan warga sekolah. 

Jadi, di sini admin nak kongsi program yang bakal berlangsung. 

18 Januari - Pembelian buku bagi murid tahap 2.

19 Januari - Pembelian buku bagi murid tahap 1. 

20 Januari - Pembukaan sekolah dan pemulangan buku teks tahun lepas serta pemberian buku teks tahun ini. 

PERINGATAN : PADA 18 DAN 19 JANUARI, HANYA SEORANG WAKIL SAHAJA DIBENARKAN HADIR. MURID TIDAK DIBENARKAN LANGSUNG HADIR KE SEKOLAH. 

SILA PAKAI PENUTUP MUKA DAN PATUHI ARAHAN SOP YANG DITETAPKAN PIHAK SEKOLAH. 

Semoga tahun ini dapat kita lalui dengan baik dan pembelajaran murid berlangsung dengan baik walau apa juga kaedahnya. 

You May Also Like

0 comments