Perutusan Guru Besar

by - April 12, 2010

Ucapan pada perhimpunan pagi 12 April 2010.

1. Tahniah dan syabas kepada olahragawan dan olahragawati sekolah yang telah bertanding pada peringkat sekolah yang berlansung di Gemencheh minggu lepas. Satu pingat gangsa bagi acara lontar peluru perempuan telah dimenangi oleh adik Izzati dan sekolah berada pada kedudukan nombor 10 dari 39 buah sekolah yang menyertai pertandingan.

2. Saya mengharapkan murid yang akan menyertai banyak lagi kejohanan pada masa akan datang agar datang ke sekolah untuk sesi latihan pada sebelah petang.

3. Murid-murid mestilah bersungguh-sungguh untuk ujian 2 yang akan bermula 27 April ini. Mulakan ulangkaji dan jawab ujian dengan sebaik-baiknya. Pencapaian mestilah meningkat dari ujian 1.

4. Murid tahun 6 juga tidak terkecuali, sentiasalah bersedia dari sekarang kerana ujian canang 1 akan berlangsung pada 11-13 Mei ini.

5. Selain itu, murid-murid diingatkan agar tidak membuang sampah pada lubang angin yang terdapat dalam kelas kerana perbuatan itu adalah perbualan yang tidak elok dan tidak mencerminkan kebersihan yang perlu diteladani oleh murid.

You May Also Like

0 comments