Program Robotik SK Londah

by - April 17, 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia telah banyak berusaha untuk merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang mempunyai 6 teras kesemuanya. Antara teras tersebut terdapat satu teras dalam teras 2 iaitu membangunkan modal insan. Pembangunan modal insan dalam PIPP adalah memfokuskan kepada pembentukan pelajar yang mempunyai kemahiran yang pelbagai, mahir ICT dan celik minda (kreatif, inovatif, serta minda kelas pertama). Banyak program yang diadakan untuk membangunkan modal insan ini. Antaranya seperti program bahasa Inggeris, program pembestarian, program robotik dan program F1.

SK Londah adalah salah sebuah sekolah yang terpilih untuk merealisasikan salah satu daripada program ini. Sekolah ini telah dibekalkan dengan peralatan robotik untuk didedahkan kepada murid-muridnya. Terdapat berbelas kotak yang lengkap dengan peralatan robotik telah dihantar ke sekolah ini dan satu kotak itu dianggarkan bernilai lebih RM3k.

Dengan peruntukan yang agak banyak itu, sudah tentulah ianya tidak hanya akan disia-siakan begitu sahaja. Setiap tahun akan ada pertandingan robotik di peringkat negeri yang mana setiap sekolah yang dibekalkan dengan peralatan robotik diminta mempersiapkan murid masing-masing dengan ilmu robotik untuk bersaing pada peringkat negeri. Begitu jugalah dengan kami, guru-guru SK Londah kuat berusaha untuk memberikan sebanyak mungkin ilmu robotik kepada murid kami sebagai persiapan sebelum pertandingan yang bakal tiba bulan 6 ini nanti.

~Peralatan robotik~

~Melakukan aturcara program untuk robot~

~Murid menjalankan robot yang telah diprogramkan~

You May Also Like

0 comments