Sambutan Maulidur Rasul 1432H

by - February 26, 2011

25/2/2011

Assalamualaikum,

Pada tahun ini sekali lagi kita menyambut kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal 1432H bersamaan 15 Februari 2011. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah mengadakan sambutan ini pada 25/2/2011 hari Jumaat yang lalu.

Pada kali ini, sambutan yang dibuat agak berlainan dari amalan biasa yang telah dibuat pada tahun-tahun sebelumnya. Mungkin juga dengan semangat baru dan idea baru oleh Guru Besar baru yang baru sahaja tiba ke sekolah ini membuatkan sambutan ini mendapat sentuhan baru untuk menjadikan sambutan kali ini berlainan sama sekali.

Pagi ini, amalan bacaan yassin juga telah ditukar kepada tahlil ringkas untuk meringkaskan masa perjalanan program dan sebagai panduan untuk guru-guru yang akan melakukan tahlil pada sesi ziarah ke rumah orang kampung di Kg Londah nanti.

Selepas selesai tahlil, lebih kurang jam 8 pagi pertandingan hafazan al-Quran diadakan kepada semua murid yang telah terpilih. Mereka dikategorikan kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Tahap 1 terdiri dari murid darjah 2 dan 3 manakala Tahap 2 terdiri dari murid darjah 4 hingga 6. Pertandingan ini berlangsung hampir 1 jam setengah.

Murid diberikan rehat awal pada jam 9.30 pagi. Pada pukul 10 pagi, semua murid di arah berkumpul untuk sesi perarakan. Sesi ini dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri dari murid darjah 3 hingga 6. Setiap kumpulan di iringi oleh tidak kurang 2 orang cikgu pengiring. Mereka akan berarak ke Kg Londah sambil berselawat dan akan menuju ke rumah orang kampung yang telah di tetapkan sebelumnya. 1 kumpulan ditetapkan kepada 1 rumah sahaja yang telah dipilih dan telah mendapat keizinan tuan rumah sebelum sesi perarakan ini dimulakan pada hari sebelumnya.

Sesampai sahaja di rumah yang dituju, murid dan guru pengiring dijemput oleh tuan rumah masuk ke rumah dan beberapa aktiviti dijalankan. Antaranya, sesi berkenalan dengan tuan rumah, selawat, tahlil dan doa, tazkirah oleh wakil murid, cabutan bertuah, dan cenderahati kepada tuan rumah tersebut. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk meraikan tuan rumah kerana telah sudi menerima murid dari SK Londah untuk menjayakan sambutan maulidur rasul ini dan mengeratkan lagi silaturrahin antara orang kampung dengan warga sekolah. Bagi kumpulan yang bernasib baik, sempat juga dihulurkan duit oleh tuan rumah kepada murid yang datang. Sukran jazilan.

Kira-kira jam 11.30 pagi kumpulan murid ini dikumpulkan sekali lagi dan memohon izin dari tuan rumah untuk beransur pulang kembali ke sekolah. Sesungguhnya program kali ini banyak mewujudkan suasana saling bekerjasama dan berkenal mesra dengan penduduk kampung yang tentunya dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama muslim. Adalah diharapkan program begini diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.

Berikut ialah senarai pemenang pertandingan sempena sambutan maulidur rasul.

1) Pertandingan mewarna tahun 1
Adik Nor Aida Nabilah, Nur Khayrin, Fauzan Iman.

2) Pertandingan mewarna tahun 2
Adik Nur Fatihah bt Hamdan, Alya Batrisya, Ayu Amira.

3) Pertandingan Hafazan Tahap 1
Adik Ain Nursyamina bt Sulaiman, Mohd Akmal b Mohd Nor, Nursyazleen, Nur Zulaikha bt Zulkifli, Nur Fatihah bt Hamdan, Nur Elisa Shahira, Selvia Zhalianty, Alya Batrisya.

4) Pertandingan Hafazan Tahap 2
Adik Fatin Syahira, Farah Hamieza, Muhd Haizal Hanafi, Azura bt Abd Karim, Norhidayah, Muhd Asrul, Nuredyana, Shamin Nabila, Faiz, Farahuda, Saiful Helmi, Abu, Firdaus, Syahfar.

5) Pertandingan Kuiz Yang Arif
Adik Saiful Helmi (6A), Faiz (5), Amir Farouq (4A), Muzammil Mustafa (1), Alia Batrisya (2), Nur Zulaikha (3A), Fatin Syahira (6A), Nadia Talib (5), M Haizal Hanafi (4A), M Fazeli (3A), M Rafiq (2).

6) Pentazkirah Terbaik

Adik Fatin Syahira (6A), Faiz (5), Nizam Mohd (5A).

You May Also Like

1 comments

  1. assalamualaikum,
    tahun ini,,sambutannya lebih menarik,,,
    sampai ke dalam kampung berselawat...

    ReplyDelete