Kem Bestari Solat
17.11.2011 (Khamis), 21 Zulhijjah 1432H
Assalamualaikum,
Unit Panitia Pendidikan Islam pada tarikh ini telah menganjurkan satu program kepada murid sekolah selepas tiada lagi P&P di kelas pada minggu akhir persekolahan bagi tahun 2011. Mungkin ingin menghabiskan sisa-sisa duit yang masih berbaki, program kem bestari solat ini di lihat berjaya menarik minat murid untuk terus datang ke sekolah. Semua sekolah sedia maklum setiap kali menjelang hari-hari akhir persekolahan, kedatangan murid ke sekolah semakin merosot saban hari. Namun, dengan adanya program-program begini murid akan masih terpanggil untuk kembali ke sekolah seperti hari-hari biasa sebelumnya.
Kem bestari solat merupakan suatu keperluan untuk dibuat secara kerap dan berulang di sekolah setiap tahun. Kem sebegini akan mendedahkan kepada murid sekolah secara lebih praktikal bagaimana untuk melakukan solat dengan cara yang betul. Di harapkan murid dapat mengadaptasikan apa yang diperolehi semasa kem ini berlangsung sepanjang hidup mereka.
0 comments