Mesyuarat Agung PIBG

by - March 31, 2012

Khamis
29 Mac 2012
6 Jamadil Awal 1433H


Assalamualaikum,

Persiapan dewan telah dimulakan seawal petang hari Rabu lagi. Tahun ini sekolah telah mengadakan mesyuarat agung PIBG bagi kali ke-33. Apa yang pasti, tahun ini sekolah telah menyediakan peralatan siaraya yang baru bagi melancarkan lagi majlis yang akan berlangsung.

Majlis dimulakan dengan mesyuarat PIBG yang di pengerusikan oleh YDP PIBG En Mohd Jani bin Ismail pada jam 3.00 petang. Majlis yang sepatutnya bermula pada jam 2.30 petang telah di lewatkan berikutan hujan lebat dan angin kuat yang memaksa jawatankuasa untuk menggunakan plan B. Meja urusetia terpaksa dialihkan terlebih dahulu bagi mengelak dari basah dek hujan yang mencurah lebat. Pun begitu, sebaik mesyuarat dimulakan hujan mula berhenti dan mentari kembali menyinar.

Majlis dilihat berjalan lancar apabila tiada banyak rungutan kedengaran kecuali rungutan yang biasa dan akan dibawa ke perbincangan lanjut melalui mesyuarat ajk PIBG. YB Gemas, YB Datuk Paduka Hajah Zainab binti Nasir tiba ke perkarangan sekolah sebaik sahaja mesyuarat PIBG selesai. Dengan itu, YB diraikan oleh guru dan ibu bapa mengalu-alukan kedatangan YB untuk majlis perasmian beserta penutup mesyuarat. YB juga bermurah hati telah mengumumkan sumbangan kepada PIBG sekolah sebanyak RM3000.

Terima kasih, YB.

You May Also Like

0 comments