Perlawanan Bola Persahabatan

by - February 23, 2013

23.02.2013, Sabtu
12 Rabiul Akhir 1434H


Assalamualaikum wbt,

Pada pagi ini, seramai 16 orang murid telah di bawa ke SK Pasir Besar untuk satu lagi sesi perlawanan bola sepak persahabatan melibatkan 4 buah sekolah. Sekolah itu ialah SK Pasir Besar, SK Londah, SK Kem Syed Sirajudin, dan SK Kg Ladang.

Perlawanan ini merupakan sesi penyesuaian diri pemain SK Londah sebelum menghadapi lawan sebenar dalam pertandingan bola sepak peringkat daerah Tampin yang akan berlangsung di SK Bukit Rokan pada hari Isnin ini.

Sebelum ini, satu perlawanan dengan SK Kg Ladang telah terlebih dahulu dibuat di padang bola SK Kg Ladang pada sebelah petang hari Rabu, 20.02.2013.

Keputusan yang ditunjukkan pemain SK Londah kali ini agak memberangsangkan dengan semua perlawanan mencatatkan 3 kali menang dan 1 kali kalah. Walaupun begitu masih terdapat beberapa faktor dan strategi yang perlu diperbaiki sepanjang perlawanan untuk mengharungi perlawanan sebenar nanti.

Kami guru SK Londah sentiasa mendoakan kejayaan murid SK Londah dalam apa jua lapangan yang di ceburi oleh mereka. Semoga kejayaan demi kejayaan tercapai dan sekaligus mengharumkan nama SK Londah sebagai sebuah sekolah yang seiring maju mengikut kehendak falsafah pendidikan negara.

Wallahu A'lam..

You May Also Like

0 comments