2T, Takraw & Tampar

by - April 13, 2013

8 April 2013, Isnin
27 Jamadil awwal 1434

Assalamualaikum wbt,

Pagi ini dalam majlis perhimpunan di sekolah telah diadakan majlis penyampaian sijil dan hadiah bagi 2 kategori pertandingan iaitu pertandingan sepak takraw dan pertandingan bola tampar peringkat daerah Tampin.

Pertandingan sepak takraw yang diadakan di Dewan Komuniti Jelai pada 19.03.2013, telah membawa pasukan SK Londah bertanding sehingga layak ke peringkat suku akhir. Dalam kejohanan tersebut seorang murid SK Londah telah disenarai pendek untuk menyertai kem latihan ke peringkat Negeri Sembilan. Murid yang dimaksudkan ialah adik Muhammad Faizuddin bin Ahmad Tauhid.

MUHAMMAD FAIZUDDIN BIN AHMAD TAUHID 

Sementara itu, pertandingan bola tampar yang baru sahaja tamat diadakan di SK Kem Syed Sirajuddin pada 04.04.2013, telah membawa pasukan perempuan mendapat kedudukan NAIB JOHAN manakala pasukan lelaki mendapat kedudukan JOHAN. Dalam kejohanan ini juga seorang murid telah dianugerahkan sebagai pemain terbaik keseluruhan. Murid yang dimaksudkan ialah adik Muhammad Haizal Hanafi bin Abu Bakar.

MUHAMMAD HAIZAL HANAFI B ABU BAKAR

You May Also Like

0 comments