Lawatan ke Pusat Sains Negara
24.10.2013 (Khamis)
19 Zulhijjah 1434H
Lawatan lepas UPSR tahun 6 kali ini telah diadakan ke Pusat Sains Negara dimana terletaknya pameran 1001 inventions, kegemilangan tamadun muslim. Perjalanan dari sekolah yang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah untuk sampai ke destinasi cukup mencabar dengan karenah murid yang tidak biasa menaiki bas membuatkan ada diantara mereka yang mengeluarkan isi perut dalam perut bas.
Rombongan kami tiba ke destinasi pada jam 9.30 pagi dengan disambut mesra oleh pegawai bertugas.
Sesampai di sana, murid telah dibawa ke makmal pasteur untuk diperkenalkan dengan beberapa ujikaji sains. Antara yang disediakan oleh instructor kami ialah ujikaji ke atas bunyi. Dua ujikaji dijalankan dan dibuat sendiri secara amali oleh murid ini sangat menarik minat murid sehingga mereka tidak melepaskan hasil ujikaji dengan masing-masing membawanya keluar bersama selepas habis ujikaji tersebut. Ujikaji yang didedahkan kepada kumpulan kami dinamakan clucking chicken dan flying hoopster. Turut mengambil bahagian dalam ujikaji ini ialah guru SK Londah sendiri.
Sesudah aktiviti di makmal, murid dibawa ke bilik pameran 1001 inventions. Di sini rombongan biru ini telah didedahkan dengan sejarah kegemilangan tamadun yang dikaitkan dengan tokoh-tokoh muslim yang banyak berjasa kepada sains dan teknologi yang ada hari ini. Antara tokoh yang disebutkan ialah,
1. Ibnu Al-Haytham yang telah menemui asas optik yang membawa kepada penghasilan alat kamera. Untuk maklumat lanjut boleh klik link ini http://billyinfo.blogspot.com/2013/02/pencipta-kamera-pertama-di-dunia.html
2. Al-Zahrawi yang hebat dalam pembedahan dan penghasilan alat-alat pembedahan. Maklumat lanjut boleh klik link ini http://rahmanhatim93.blogspot.com/2012/08/al-zahrawi-tokoh-bedah-islam.html
3. Ibn Firnas (Abbas bin Firnas) yang terkemuka dalam menghasilkan alat terbang. Klik link ini untuk maklumat lanjut http://nurkilansagongnyior.blogspot.com/2011/07/tahukah-anda-siapa-tokoh-islam-yang.html
Dan ramai lagi tokoh muslim yang pakar dalam bidang masing-masing.
Inilah video yang telah ditontonkan kepada rombongan ini sebelum memasuki bilik pameran 1001 inventions kegemilangan tamadun muslim. Sila klik link untuk tonton http://www.youtube.com/watch?v=JZDe9DCx7Wk
Agak sedih juga apabila memikirkan generasi baru sekarang yang lebih mengagungkan pakar barat yang sebenarnya telah menceduk hasil usaha pakar muslim yang suatu ketika dahulu telah pun mencapai kegemilangan sebuah tamadun yang hebat. Namun, ianya telah ditutup, dibukukan semula, dan dialih bahasa rujukan muslim ini kepada nama orang barat yang hari ini kita semua diberitahu bahawa orang baratlah orang pertama yang mencipta semua benda. Padahal ianya adalah sebaliknya.
Sebelah petang, rombongan ini dilepaskan bebas untuk melihat dan meneroka sendiri semua alatan yang telah dipamerkan di pusat sains ini. Sehingga jam 4 petang, rombongan murid SK Londah mula bertolak balik meninggalkan bangunan Pusat Sains Negara dengan pengetahuan baru dan segar tentang sejarah tamadun dunia hari ini.
0 comments