PERTANDINGAN ROBOTIK PERINGKAT NEGERI

by - July 30, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada 28 Julai 2015 yang lalu, sekolah kita telah menghantar dua pasukan bagi menyertai Pertandingan Robotik peringkat negeri yang telah dilangsungkan di Sekolah Menengah Sains Rembau.

Pasukan pertama yang disertai oleh adik Muzamil, adik Hasnawi dan adik Arifah dari tahun 5 bersama mentor mereka Cikgu Sharifudin bin Mohammad. Pasukan ini mewakili sekolah dalam kategori Regular/ Litar.

Pasukan kedua pula disertai oleh adik Rizwan, adik Shahrul dan adik Norlela bersama mentor mereka Cikgu Mohd Fikry bin Adnan. Pasukan ini pula mewakili sekolah bagi kategori Terbuka.

Alhamdulillah, sekolah kita telah berjaya mendapat tempat keempat dan dikurniakan Excellent Award bagi kategori Terbuka.

Semoga tahun hadapan sekolah kita mendapat keputusan yang lebih baik... InsyaAllah....













You May Also Like

0 comments