Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-61 buat semua pembaca blog ini.
Apa makna kemerdekaan kepada kalian?
Bebas dari penjajahan British?
Atau ada makna tersendiri?
Tak kisahla apa pun maknanya kepada kalian...
Yang penting kalian harus sedar
bahawa kalian, aku dan semuanya yang mempunyai kad pengenalan Malaysia merupakan penghuni tanah Malaysia ini.
Harus sedar, Malaysia ini rumah kita
Bukan sesuatu yang aneh sekiranya di dalam sebuah rumah penghuninya pelbagai ragam..
Bukan sesuatu yang pelik sekiranya di dalam sesebuah rumah pendapat tidak selalunya sama...
Namun, kepelbagaian inilah yang menjadikan sesebuah rumah itu seronok..
Kepelbagaian inilah yang menjadikan ahli di dalamnya tidak singkat akalnya...
Begitulah juga Malaysia....
Malaysia penuh dengan kepelbagaian..
Orang di luar sana melihat kita penuh kagum...
Kagum dengan keharmonian yang kita capai selama ini walaupun pelbagai bangsa dan agama...
Namun, di akhir zaman ini fitnah berleluasa...
Terdapat pihak menggunakan sentimen bangsa dan agama bagi memecahbelahkan kita...
Kita bangsa zaman IT ini perlu kuat...
Bukan hanya pada fizikal
tetapi juga pada minda kita...
Asalkan kita bersatu hati, saling hormat-menghormati..
Kita pasti mampu menangkis usaha mereka yang cemburu dengan keharmonian kita selama ini..
Oleh itu, marilah kita pahat dalam minda kita...
Rumahku, Syurgaku....
Sayangi Malaysiaku...
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Monolog oleh: MFA
0 comments