Tahniah Team Robotik SK Londah!!!

by - August 07, 2018

Alhamdulillah....

Tahun ini Team Robotik melakar sejarah baru di mana mereka telah menghantar 2 pasukan dan satu pasukan mendapat tempat ke-3 dan satu pasukan lagi berjaya menjadi JOHAN bagi Kategori Terbuka sekolah rendah. Ini merupakan pencapaian tertinggi Kelab Robotik SK Londah setakat ini dan semoga menjadi tradisi di tahun-tahun seterusnya. In Sha Allah.

Dengan kejayaan ini seterusnya melayakkan Team Robotik SK Londah mewakili Negeri Sembilan ke Pertandingan Robotik peringkat Kebangsaan di Gambang pada 11-13 September kelak. Mari kita sama-sama mendoakan kejayaan mereka di sana nanti.

Johan


Tempat ke-3

You May Also Like

0 comments