Total Pageviews

BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH

Hidup Biar Berjasa..

Perhimpunan 22 Februari 2010.

1. Sebagai langkah keselamatan, murid-murid diingatkan agar berhati-hati menggunakan susur jalan ke kantin sekolah. Ini berikutan susur yang mempunyai tangga ini sering menjadi licin terutama ketika hujan.

2. Suis lampu dan kipas dalam bilik darjah mesti ditutup jika tiada orang di dalam kelas. Murid-murid hendaklah memastikan penggunaan lampu dan kipas dimanfaatkan sepenuhnya apabila diperlukan sahaja.

3. Tingkap dan pintu bilik darjah hendaklah ditutup sebelum pulang dari sekolah. Pada hari Jumaat yang lalu terdapat cermin tingkap yang telah pecah berikutan penggunaan yang tidak betul. Justeru itu, murid-murid mestilah menutup dan membuka tingkap dengan betul dan cermat.

4. Murid-murid wajib membeli makanan dari kantin sahaja sepanjang waktu persekolahan. Murid-murid dilarang sama sekali membeli makanan dari luar untuk mengelakkan cirit-birit dan perkara lain yang tidak diingini dari berlaku.

5. Plastik aiskrim banyak didapati dibuang merata-rata dalam kawasan sekolah. Sehubungan dengan itu, pengawas diminta mengambil nama murid-murid berkenaan dan tindakan tegas akan diambil.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pada setiap hari sabtu diadakan aktiviti Kelab Robotik. Kelab Robotik telah ditubuhkah oleh Cikgu Mazny Binti Shamsudin pada tahun 2006. Kelab ini dianggotai oleh murid tahun 2 hingga 6. Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk mengasuh minda murid-murid supaya menjadi lebih kreatif ketika berfikir untuk mencipta sesuatu. Selain itu juga adalah untuk menyertai pertandingan robotik yang bakal menjelang setiap bulan jun setiap tahun di bawah kelolaan Sasbadi Sdn. Bhd. Kini kelab ini telah diambil alih oleh Cikgu Mohd Zamri Bin Abdurahman setelah cikgu Mazny berpindah ke luar negeri. Kini SK Londah telah mendapat guru baru yang berkemahiran IT seterusnya dilantik sebagai Guru Robotik Gandingan iaitu Cikgu Sharifuddin Bin Mohammad. Harapan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah membekalkan 11 sets robotik supaya SK Londah boleh menyertai pertandingan Robotik dengan jayanya.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pagi syahdu kami berbaris
Dengan tekad azam semangat
Ingin mencapai cita murni
Agar menjadi insan yang qamil

Semangat tidak pernah luntur
Walau mengharungi seribu rintangan
Cekal hati, usaha dan tabah
Menuju wawasan 2020

Jasa ibu bapa dan guru
Kami tidak pernah lupa
Janji kami tetap dikota
Majulah sekolah Londah
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Salam 1Malaysia,

Sekolah Kebangsaan Londah akan bercuti selama 2 hari (Isnin&Selasa) sempena cuti Tahun Baru Cina. Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada warga sekolah khususnya kepada murid-murid yang belajar di SK Londah. Namun, dalam bercuti pihak sekolah berharap murid-murid SK Londah sentiasa menjaga diri dengan baik dan boleh kembali bersekolah pada hari Rabu nanti dengan semangat yang segar dan fizikal yang sihat. Disamping itu, pihak sekolah amat berbesar hati jika ibu bapa boleh mengingatkan anak-anak supaya tidak lupa untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat semua latihan, tugasan dan kerja sekolah yang diberikan guru sebelum bercuti.

Pihak sekolah juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada kaum Tionghua dalam negara ini.

Penulis adalah seorang guru akademik di SK Londah, Encik Mohd Sharifuddin bin Mohamad.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH

Sekolah Kebangsaan Londah mula ditubuhkan pada 01.02.1955. Ia terdiri dari pelajar tahun 1, 2 dan 3 yang berasal dari kalangan penduduk Kampung Londah. Sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Londah pelajar-pelajar ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan kampung Ladang yang jaraknya lebih kurang 5 kilometer dari Sekolah Kebangsaan Londah.

Penubuhan Sekolah Kebangsaan Londah ini adalah disebabkan jarak sekolah yang sedia ada iaitu Sekolah Kebangsaan kampung Ladang yang jauh. Ini menyebabkan pelajar-pelajar yang berasal dari Kampung Londah terpaksa berulang alik ke Sekolah Kampung Ladang. Mereka terpaksa melalui jalan yang dikelilingi semak dengan hanya berjalan kaki di awal pagi. Keadaan ini menyebabkan ibu dan bapa pelajar bimbang akan keselamatan anak-anak mereka.

Pada ketika itu juga, terdapat sekolah beraliran Inggeris iaitu Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman di Gemas. Kebanyakan pelajar yang belajar disini terdiri dari kalangan keluarga yang mampu. Mereka terpaksa berulang alik dan ada diantaranya yang menumpang dirumah saudara mara. Oleh kerana keadaan kemampuan kewangan para ibu bapa serta bimbang akan keselamatan anak-anak inilah yang menjadi faktor utama penubuhan Sekolah Kebangsaan Londah ini. Para ibu bapa berharap dengan penubuhan Sekolah Kebangsaan Londah ini yang beraliran Melayu pada ketika itu, dapat memberi pendidikan yang sebaik-baiknya.

Pada awalnya, penubuhan Sekolah Kebangsaan Londah ini hanya satu bangunan beratap zink dan berdinding papan telah dibina oleh penduduk setempat. Bangunan ini tiada disediakan bilik-bilik darjah. Namun begitu, bangunan ini dibuatkan sekatan dengan almari untuk dijadikan kelas bagi pelajar-pelajar dari tahun 1 hingga tahun 3.

Guru besar pertama sekolah ini ialah Encik Abdul Majid bin Mohamad Noh. Dalam catatan buku pendaftaran, pelajar pertama yang telah mendaftar di Sekolah Kebangsaan Londah ini ialah Ramli bin Jaaman. Penjaga kepada pelajar ini bernama Ujang bin Yahya. Mengikut catatan dalam buku pendaftaran tersebut pelajar ini telah dilahirkan pada Disember 1943 dan alamat terakhirnya pada ketika itu ialah Kampong Kubang. Pada ketika itu pelajar ini memasuki tahun 3.

Dari sumber yang diperolehi, bilangan pelajar yang berpindah dari Sekolah Kebangsaan Kampung Ladang ke Sekolah Kebangsaan Londah adalah seperti berikut :

Pelajar Tahun 1 = 22 orang

Pelajar Tahun 2 = 9 orang

Pelajar Tahun 3 = 10 orang

Semenjak sekolah ini ditubuhkan bilangan pelajarnya belum pernah mencapai angka 100 orang dalam satu-satu tahun. Pada tahun 1979, satu bangunan baru telah dibina. Bangunan ini terdiri satu bangunan dua tingkat yang jaraknya lebih kurang 500 meter dari bangunan lama. Bangunan ini mengandungi empat bilik darjah.

Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Khalil Yaakub, Timbalan Menteri Pelajaran pada 20 September 1983 (20.09.1983) bersamaan dengan 13 Zulhijjah 1403. Pada tahun 1997, telah menjadi satu sejarah penting kepada sekolah ini iaitu peperiksaan UPSR sekolah telah mencapai tahap 100 peratus. Pada ketika ini 8 orang pelajar telah mendapat keputusan lulus 100 peratus.

Semenjak 43 tahun sekolah ini telah dibina, buat pertama kalinya seorang Pembantu Tadbir Rendah iaitu Encik Abdul Razak Bin Abdul Manap (JPNS.P/24120) telah ditugaskan di sekolah ini pada 16 Mac 1998 (16.03.1998).

P/S: Atas permintaan guru-guru SK Londah, saya telah membuat blog khas ini untuk mendedahkan kepada dunia luar berkenaan SK Londah. Semoga SK Londah terus dikenali di seluruh Negeri Sembilan dan seluruh tanah air amnya.

Penulis adalah seorang guru akademik di SK Londah, Encik Mohd Sharifuddin bin Mohamad.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts

Mahukan Percutian Bajet?

Blog Archive

  • March 2023 (1)
  • January 2021 (1)
  • August 2020 (1)
  • July 2020 (5)
  • January 2020 (2)
  • December 2019 (2)
  • May 2019 (1)
  • March 2019 (9)
  • February 2019 (4)
  • December 2018 (2)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • August 2018 (6)
  • March 2018 (1)
  • March 2017 (3)
  • January 2017 (1)
  • August 2016 (3)
  • June 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • January 2016 (3)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (2)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (3)
  • June 2015 (2)
  • May 2015 (2)
  • June 2014 (1)
  • January 2014 (2)
  • November 2013 (5)
  • October 2013 (3)
  • August 2013 (2)
  • July 2013 (1)
  • May 2013 (5)
  • April 2013 (2)
  • March 2013 (1)
  • February 2013 (2)
  • January 2013 (2)
  • November 2012 (2)
  • September 2012 (4)
  • August 2012 (3)
  • July 2012 (3)
  • June 2012 (2)
  • May 2012 (2)
  • March 2012 (3)
  • February 2012 (2)
  • November 2011 (5)
  • October 2011 (2)
  • September 2011 (3)
  • July 2011 (7)
  • June 2011 (2)
  • April 2011 (1)
  • February 2011 (1)
  • January 2011 (1)
  • November 2010 (3)
  • October 2010 (2)
  • September 2010 (4)
  • August 2010 (2)
  • July 2010 (5)
  • June 2010 (4)
  • May 2010 (8)
  • April 2010 (6)
  • March 2010 (4)
  • February 2010 (5)

Popular Posts

  • Latihan Kebakaran
    Pada 20/8/2010, satu latihan kebakaran telah dilakukan. Latihan ini bertujuan melatih murid sekolah untuk bersiap sedia bagi menghadapi seba...
  • Lawatan Murid Tahun 6 dan Hari Keluarga SKL
    12.11.2011 (Sabtu), 16 Zulhijjah 1432H Assalamualaikum, Pada tarikh ini satu lawatan khas untuk murid tahun 6 telah diadakan. Lawat...
  • SEJARAH SEKOLAH
    SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH Sekolah Kebangsaan Londah mula ditubuhkan pada 01.02.1955. Ia terdiri dari pelajar tahun 1, 2 dan 3 yang berasal d...
  • Perkhemahan Unit Beruniform
    21.10.2011 (Jumaat), 23 Zulkaedah 1432H Assalamualaikum, Pada tarikh ini diadakan suatu aktiviti perkhemahan unit beruniform di sek...
  • KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH
    Pada 20 sehingga 22 Februari telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah. Alhamdulillah Pasukan Londah mendapat keputusan y...

Hi! Want to say something to us?

Your Name

Your Email*

Your Message*

KPM

Loading...

JPNNS

Loading...

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates