Perlawanan Persahabatan Bola Sepak

by - April 24, 2010

Hari ini, 24/4/2010, SK Kem Syed Sirajuddin telah menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak. Beberapa buah sekolah telah dijemput, namun sekolah yang datang hanya dari SK Gemas dan SK Londah. Tiga buah sekolah ini telah beradu kekuatan dan menunjukkan semangat perlawanan yang cukup tinggi.

Ibarat kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Genggam bara biar sampai jadi abu. Itulah yang saya boleh gambarkan semangat yang ada pada pemain-pemain pagi ini. Kerana berebut yang satu, ramai yang terpaksa berkejar ke sana sini memerah keringat membanting tulang empat kerat. Persaingan yang cukup hebat dan sihat. Tahniah pada yang berjaya dan tingkatkan usaha pada yang tewas. Apa-apa pun, post-mortem akan dilakukan selepas ini untuk menampal lubang yang bocor di sana sini. Semoga kita semua akan mencapai kejayaan pada pertandingan sebenar bermula awal bulan 5 ini nanti. InsyaAllah..

~Perjalanan ke SK Kem Syed Sirajuddin~

~Kenderaan yang mengangkut pemain SK Londah selamat sampai di SK Kem Syed Sirajuddin~

~Guru pengiring pemain, ust Mohd Amin (kemeja putih), cikgu Zamri (T-shirt merah) dan cikgu Sharifuddin (bersama pemain pada gambar di bawah)~

~Pemain bola sepak SK Londah~

~Pemain bola sepak SK Kem Syed Sirajuddin~

~Perlawanan pertama antara SK Londah dan SK Kem Syed Sirajuddin~

~Perlawanan kedua antara SK Kem Syed Sirajuddin dan SK Gemas~

~Khusyuknya menonton.. Jangan lupa perlawanan akhir SK Londah dan SK Gemas selepas ini..!~

P/S: Keputusan perlawanan tidak diumumkan di laman ini kerana ini hanyalah perlawanan persahabatan. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan. Perbaiki dan serlahkan potensi sebenar pada perlawanan sebenar nanti.. Semoga berjaya..

You May Also Like

0 comments