Perutusan Guru Besar

by - May 04, 2010


Ucapan Guru Besar semasa perhimpunan pagi 3/5/2010.

1. Peringatan kepada murid-murid SK Londah supaya tidak menjadi perosak sekolah. Kalau betul mahu belajar disekolah ini mestilah ikhlaskan diri datang kesekolah ini untuk belajar dan menjaga harta benda sekolah. Ini berikutan ada di kalangan murid yang telah merosakkan pintu tandas sekolah dengan cara melubangkannya.

2. Murid-murid juga diingatkan agar tidak menokok tambah cerita-cerita yang berlaku di sekolah semasa berada diluar sekolah. Perbuatan ini bukan sahaja mencemar nama baik sekolah malah turut mengeruhkan silaturrahim kakitangan sekolah dengan masyarakat luar.

You May Also Like

0 comments