Minggu Panitia Matematik

by - May 16, 2010

Pada minggu ke-18 iaitu minggu lepas, panitia matematik telah mengadakan aktiviti kepada murid-murid SK Londah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah congak/bijak sifir pada setiap pagi, kuiz dan kotak sifir pada hari Rabu petang waktu kokurikulum dan menjawab soalan yang dibuat oleh guru matematik di kelas. Berikut beberapa rentetan peristiwa sepanjang aktiviti panitia dijalankan.

~Murid berkumpul di dewan terbuka untuk menjawab soalan congak/bijak sifir~

~Hadiah diberikan oleh cikgu Ruzita kepada murid yang dapat menjawab soalan congak/bijak sifir~

~Kumpulan murid yang menyertai kuiz matematik~

~Soalan kuiz dipaparkan menggunakan LCD skrin~

~Hah! Kiro Jang, cari jawapan tu copek..~

~Dari kiri, cg Aida (pembantu), cg Zalifah (penjaga masa), cg Syafik (pengerusi majlis), dan cg Zaki (pembantu)~

~Panel hakim, dari kiri, cg Ruzita dan cg Sharifuddin~

~Apa keno budak ni.. Tak dapek jawab soalan ko?~

P/S: Terima kasih kepada semua yang menjayakan Minggu Panitia Matematik. Semoga aktiviti yang dijalankan memberi manfaat dan menambah kesukaan murid kepada subjek matematik.

You May Also Like

0 comments