Program Gotong-royong Perdana

by - May 16, 2010

Pada hari Sabtu, 15 Mei 2010, satu program gotong-royong telah diadakan di SK Londah bersempena menyambut hari guru keesokannya. Gotong-royong ini telah melibatkan guru, ibu bapa dan murid tahap 2. Berikut rentetan peristiwa dan aktiviti yang telah dijalankan.

~Cg Zaki dan cg Syafik membancuh cat untuk mengecat batu landskap~

~Murid menggosok batu landskap dengan kertas pasir sebelum aktiviti mengecat boleh dilakukan~

~Bertuah botul budak-budak ni, lain disuruh, lain dibueknyo..~

~Kaum ibu dan murid membersihkan kawasan sekolah~

~Menjamu selera selepas bergotong-royong. Macam camping lagaknya..~

~Aktiviti menimbus lubang sampah sempurna dilaksanakan~

~Aktiviti meratakan tanah dan menambak lekuk tanah juga sempurna dikerjakan kaum bapa~

~Pun begitu, mendirikan tapak semaian tidak dapat disempurnakan kerana ketiadaan orang yang mahir membuatnya~

P/S: Apa-apa pun, aktiviti gotong-royong kali ini kebanyakannya berjaya disempurnakan. Terima kasih kepada yang hadir dan diharapkan ramai lagi yang akan hadir bersama-sama melaksanakan aktiviti gotong-royong sekolah pada masa yang akan datang.

You May Also Like

0 comments