Perjumpaan Guru, Murid dan Penjaga
2/7/2010, satu perjumpaan telah diadakan diantara guru, murid dan penjaga. Perjumpaan ini bertujuan untuk guru, murid serta penjaga kepada murid agar dapat duduk semeja berbincang mengenai prestasi murid dan tindakan meningkatkan prestasi murid berpandukan kepada prestasi semasa murid tersebut.
Pada hari ini, ramai penjaga yang hadir datang menandatangani buku rekod prestasi murid. Semuanya sabar menunggu giliran masing-masing untuk bersoal jawab dengan guru kelas anak masing-masing. Tidak kurang ada yang bertanyakan buku-buku rujukan yang sesuai mengikut subjek yang dikehendaki untuk diberikan kepada anak-anak.
Dikesempatan ini juga, pihak sekolah telah mengadakan suatu sudut jualan langsung berupa barangan terpakai untuk dibeli oleh penjaga murid yang berkunjung datang ke sekolah pada hari ini sahaja. Pun begitu, ada juga barangan yang dijual dibeli oleh murid-murid sendiri. Hasil jualan ini akan ditabungkan kepada tabungan Kelab Guru SK Londah.
P/S: Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang begitu prihatin datang ke sekolah untuk berjumpa guru dan duduk semeja berbincang mengenai prestasi anak masing-masing. Adalah diharapkan ibu bapa dan penjaga juga boleh turut serta dalam aktiviti sekolah dengan turun beramai-ramai seperti hari ini untuk sama-sama meningkatkan keharmonian dan keselesaan murid belajar di SK Londah terutamanya aktiviti gotong-royong yang sering hambar dengan kehadiran ibu bapa dan penjaga.
1 comments
Terima kasih kepada semua guru dan ibubapa yang hadir. Kehadiran mereka menunjukkan komitment mereka terhadapa akademik anak-anak mereka.
ReplyDelete