Perutusan Guru Besar

by - July 05, 2010

Ucapan Guru Besar pada perhimpunan pagi 5/7/2010.

1. Murid yang berbasikal ke sekolah hendaklah memastikan ciri-ciri keselamatan pada basikal tidak diabaikan terutama penggunaan brek. Kebanyakan basikal murid tidak mempunyai brek dan ini sangat berbahaya berikutan kawasan sekolah yang berbukit.

2. Penggunaan air dan elektrik juga mestilah digunakan secara berhemah. Tutup kepala paip dan suis lampu dan kipas jika tidak digunakan. Bulan lalu, bil air sekolah sahaja meningkat sehingga RM600. Ini merugikan sekolah kerana terpaksa membayar bil air yang tinggi sedangkan purata penggunaan bulanan pada kebiasaannya hanyalah sekitar RM100 sahaja.

3. Murid tahun 6 diminta melakukan persediaan untuk menghadapi ujian canang 2 bermula esok. Keputusan mestilah lebih baik dan meningkat. Latihan yang diberikan oleh guru mestilah dibuat dengan sempurna dan tidak bertangguh.

4. Berkenaan kebersihan tandas sekolah, murid dinasihatkan agar mengesat dahulu tapak kasut pada rumput sebelum masuk ke tandas. Ini boleh mengurangkan kekotoran pada lantai tandas yang selalunya terjadi apabila murid masuk ke tandas dengan tapak kasut yang kotor dengan tanah.

5. Akhir sekali, murid dilarang mendekati kawasan binaan yang sedang berlangsung ketika ini iaitu pembaikkan longkang sekolah. Pengawas sekolah hendaklah memastikan tiada murid yang dengan sengaja bermain-main di kawasan tersebut.

You May Also Like

0 comments