Minggu Pusat Sumber Sekolah

by - June 22, 2011

22.6.2011 (Rabu)

Assalamualaikum,

Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu admin mengucapkan kemaafan kerana lama tidak mengemaskini blog ini. Kesibukan tugas tidak memberikan sedikit pun ruang dan kesempatan untuk mengekalkan status blog sentiasa dihidangkan dengan cerita-cerita terkini yang sering berputar di dalam dunia warga SK Londah. Namun pihak admin akan sentiasa memantau dan memastikan berita warga SK Londah sentiasa dapat diikuti oleh ratusan pengikut yang sehingga tarikh di atas telah mencapai angka 127 ahli yang aktif. Angka ini bukanlah rekaan kami kerana statistik ini kami dapatkan daripada laman facebook SK Londah yang belum pun mencecah usia setahun ianya didaftarkan.

Terima kasih atas perhatian dan sokongan semua.

Pada tarikh di atas, waktu kokurikulum, telah berlangsung tiga acara serentak yang telah dianjurkan oleh unit Pusat Sumber Sekolah bersempena meraikan bulan pusat sumber dari 15 Jun sehingga 30 Jun 2011. Acara tersebut ialah menanam pokok bunga, melukis dan mewarna batik, dan pertandingan jejak-jejak ilmu. Acara-acara ini lebih meriah kerana ianya bukan sahaja melibatkan guru dan murid malah ianya juga diserikan dengan kehadiran Timbalan YDP PIBG beserta ahli-ahlinya yang terdiri dari ibu bapa murid.

Tidak hanya menghadirkan diri, semua ajk PIBG bukan guru yang hadir juga turut serta mengambil bahagian dalam mewarnakan sekali lukisan batik yang disediakan.

Pertandingan jejak-jejak ilmu pula dibahagikan kepada empat stesen yang setiap satunya dijaga oleh seorang guru. Seramai 21 kumpulan murid yang setiap satunya terdiri daripada 3 orang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Setiap kumpulan ini perlu menjawab soalan di setiap stesen dan hanya dilepaskan ke stesen berikutnya setelah berjaya menamatkan tugasan yang diberikan pada satu-satu stesen.

Setiap kumpulan tidak diperuntukkan masa untuk menyelesaikan setiap tugasan hanya mana-mana kumpulan yang paling cepat menyelesaikan setiap tugasan dengan jayanya akan dikira pemenang. Oleh itu, setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama di antara satu sama lain untuk berjaya dalam setiap tugasan yang diberikan.

Sekian.

You May Also Like

1 comments

  1. Tahniah...telah berjalan dengan sempurna seperti yang diharapkan.

    ReplyDelete