Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Sembilan
01.08.2012 (Rabu)
12 Ramadhan 1433H
Assalamualaikum,
Pada tarikh ini, satu pertandingan robotik kategori terbuka peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di SMK Puteri, Seremban. Sebagai sebuah sekolah kluster robotik, SK Londah tidak ketinggalan menghantar 2 pasukan ke pertandingan ini.
Buat pertama kalinya pertandingan kali ini telah diadakan pada bulan Ramadhan, bulan berpuasa bagi umat Islam. Oleh itu, perjalanan kami dari Gemas yang mengambil masa lebih kurang 2 jam sememangnya suatu ujian yang begitu mencabar untuk ditempuh. Bagi kategori ini, peserta diberikan masa selama 1 jam 30 minit untuk melakukan persiapan sebelum dihakimi hasil kerja mereka oleh hakim bertugas dari syarikat Sasbadi sendiri. Lebih kurang 24 buah pasukan telah menyertai pertandingan kali ini. Jumlah ini dilihat peningkatan lebih 2 kali ganda berbanding tahun lalu dengan penyertaan seramai 8 buah pasukan sahaja.
Sememangnya saingan begitu sengit untuk mendapatkan perhatian para juri kali ini. Pun begitu, salah satu pasukan kami akhirnya berjaya juga memperoleh plag kemenangan dengan mendapat tempat ke-7 dalam pertandingan ini. Jatuh dua anak tangga berbanding kejayaan pada tahun lalu. Apa pun untuk bertanding diperingkat negeri, keputusan ini dilihat suatu perkembangan yang baik untuk lebih berjaya pada masa akan datang.
Berikut keputusan pertandingan robotik kategori terbuka peringkat Negeri Sembilan.
Tempat Pertama : SK King George V, Seremban.
(Berjaya ke peringkat kebangsaan di Johor pada 24.9.2012)
Tempat Kedua : SK Puteri, Seremban.
Tempat Ketiga : SK Tampin, Tampin.
0 comments