Majlis Khatam Al-Quran & Sambutan Hari Raya

by - September 15, 2012

14 September 2012, Jumaat
27 Syawwal 1433H

Majlis Khatam Al-Quran


Pada sebelah pagi Majlis Khatam Al-Quran mengambil tempat untuk mengisi slot pagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Walaupun Syawwal sudah menjenguk hari ke-27, majlis ini tetap dijalankan seadanya seperti saban tahun. Majlis seperti ini sememangnya merupakan salah satu aktiviti oleh Panitia Agama Islam.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri


Lebih kurang jam 9.30 pagi, barulah dewan Sekolah Kebangsaan Londah digamatkan dengan lagu hari raya dengan semua murid diraikan dengan pelbagai juadah yang enak dan lazat. Yang paling best tentu sekali makanan kesukaan mereka iaitu aiskrim yang telah di bawakan khas kepada mereka dari peniaga luar. Terima kasih kepada En Johari, ajk PIBG yang telah menjadi penaja kepada bekalan aiskrim tersebut.

Suasana sememangnya meriah dengan pakaian yang perbagai corak dan warna digayakan oleh murid SK Londah. Apatah lagi sepanjang lagu raya dimainkan mereka turut serta menyanyikan lagu tersebut. Bagaikan baru di minggu pertama hari raya. Itulah yang boleh digambarkan tentang kemeriahan sambutan hari raya di sini sedangkan hakikatnya kita telah pun berada di penghujung Syawwal.

Sekolah akan cuti pada hari Isnin 17.09.2012 sempena hari Malaysia. Sekolah akan bermula seperti biasa dalam bulan Zulkaedah, hari Selasa 18.09.2012. Tiada lagi Syawwal untuk diraikan.. sedih memang sedih..

Apa pun, semoga kita berjumpa lagi dengan Ramadhan akan datang dan memeriahkan Syawwal dengan memperbanyakkan lagi aktiviti kunjung-mengunjung dan bermaafan. Semoga kita semua sentiasa dalam keberkatan olehNya.

You May Also Like

0 comments