Majlis Ijabat dan Bacaan Yasin UPSR

by - September 09, 2012

6 September 2012, Khamis
19 Syawwal 1433H


Assalamualaikum,

Petang ini satu majlis telah diatur untuk murid tahun 6. Saat akhir perjuangan telah pun semakin hampir untuk sedia menghadapi peperiksaan UPSR. Majlis petang ini bertujuan agar murid sedar akan tanggungjawab mereka untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang sebenar nanti.

Namun dalam mengejar kejayaan, faktor-faktor penentu kejayaan itu mestilah terlebih dahulu di hargai dan di kenalpasti. Begitulah keadaannya dengan murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Londah ini. Mereka perlu dengan penuh insaf dan sedar memohon maaf akan sebarang kesalahan lalu terhadap guru mahu pun ibu bapa. Tujuannya tidak lain tidak bukan agar hati mereka sentiasa bersih dan dengan asbab yang demikian akan memudahkan mereka dalam menjawab setiap satu kertas peperiksaan yang akan mereka duduki nanti. Inilah yang di namakan sebagai ijabat / mohon izin ilmu.

Semua cikgu SK Londah mengharapkan kejayaan kamu semua, maka kamu buatlah sehabis baik untuk membuktikan pada orang di keliling kamu bahawasanya kamu juga boleh berjaya. 

MURID UPSR SK LONDAH SENTIASA BOLEH!

You May Also Like

0 comments