Pelancaran Bulan Kemerdekaan

by - August 20, 2013

20 Ogos 2013 (Selasa)
13 Syawal 1434H


Assalamualaikum wbt,

Pada pagi ini diadakan satu majlis ringkas pelancaran sambutan bulan kemerdekaan bagi peringkat SK Londah. Majlis ini telah diadakan di dewan terbuka dengan disertai oleh semua guru dan murid SK Londah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa pagi oleh pengawas sekolah dan bacaan doa majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Zaki. Kemudian hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Sembilan, dan lagu Sekolah.

Majlis kemudiannya mendengar ucapan Guru Besar sempena kemerdekaan dan diakhirkan dengan lafaz pembukaan perasmian pelancaran sambutan bulan kemerdekaan kali ke-56 bagi peringkat SK Londah. Berakhirnya ucapan Guru Besar maka akan bermulalah segala aktiviti yang telah dirancang sepanjang bulan kemerdekaan tahun ini.

Sekali lagi, semua hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu jalur gemilang dengan disertai oleh kibaran jalur gemilang yang digenggam erat murid SK Londah.


Tema kemerdekaan kali ini ialah "Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku"

You May Also Like

0 comments