Total Pageviews

BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH

Hidup Biar Berjasa..


Share
Tweet
Pin
Share
No comments



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْب الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ رَسُوْلِنَا الأَمِيْنِ وَعَلىَ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ . ِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأََبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ في كُلِّ لَـمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومِ اللهِ.

YA ALLAH SEKIRANYA IBU DAN AYAH KAMI MASIH HIDUP DAN IANYA BERADA DALAM KESESATAN, BERIKANLAH HIDAYAH DAN TAUFIK DARI MU, SEKIRANNYA IBU DAN AYAH KAMI TELAH PUN PERGI MENEMUI MU, JAUHKANLAH MEREKA BERDUA DARI AZAB KUBUR DAN API NERAKA. SESUNGGUHNYA SEBAGAI SEORANG ANAK KAMI TIDAK RELA MELIHAT IBU DAN AYAH KAMI DI SEKSA DAN DI AZAB

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, BERIKANLAH HIDAYAH DAN TAUFIK-MU KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KAMI YANG AKAN MENDUDUKI UPSR. SEMOGA DENGAN HIDAYAH DAN TAUFIK INI MEMANDU HIDUP ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI MENJADI PELAJAR YANG TERBAIK, HAMBA-MU YANG TERBAIK DAN KHALIFAH MU YANG TERBAIK.

            YA ALLAH PERELOKKANLAH AKHLAK  KAMI, HIASILAH DIRI KAMI DENGAN AKHLAK YANG MULIA. AKHLAK YANG MEWARISI AKHLAK PARA NABI DAN RASUL MU

            YA ALLAH BERIKANLAH KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI KETENANGAN DALAM MENGHADAPI UPSR. JAUHILAH DAN HINDARILAH DI HATI MEREKA RASA KELUH KESAH, GELISAH DAN TAKUT DENGAN PEPERIKSAAN UPSR.

            YA ALLAH BERIKANLAH KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KAMI INIKEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN UPSR DENGAN MENDAPAT  5A YANG CEMERLANG (3X). 5A SEBAGAI PERMULAAN MASA DEPAN YANG PANJANG.

            YA ALLAH PERMUDAHKANLAH ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI MENJAWAB SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN, ILHAMKANLAH KEPADA MEREKA JAWAPAN YANG BETUL DAN TEPAT

            YA ALLAH BERIKANLAH KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI KESIHATAN YANG BAIK. SEMOGA DENGAN KESIHATAN YANG INI AKAN MEMBERI  ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI TUMPUAN SEMASA PEPERIKSAAN.

            YA ALLAH KAMI MOHON PADA MU, HADIAHKANLAH KEPADA GURU DAN SEKOLAH INI, DENGAN ENGKAU MEMBERI KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI LULUS SERATUS PERATUS DALAM PEPERIKSAAN UPSR (3X)

            YA ALLAH BERKATILAH SEGALA USAHA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH GURU-GURU DAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN 6 SEKOLAH INI DENGAN ENGKAU MERAMAIKAN MEREKA MENDAPAT 5A YANG CEMERLANG (3X)  

رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Alhamdulillah....

Tahun ini Team Robotik melakar sejarah baru di mana mereka telah menghantar 2 pasukan dan satu pasukan mendapat tempat ke-3 dan satu pasukan lagi berjaya menjadi JOHAN bagi Kategori Terbuka sekolah rendah. Ini merupakan pencapaian tertinggi Kelab Robotik SK Londah setakat ini dan semoga menjadi tradisi di tahun-tahun seterusnya. In Sha Allah.

Dengan kejayaan ini seterusnya melayakkan Team Robotik SK Londah mewakili Negeri Sembilan ke Pertandingan Robotik peringkat Kebangsaan di Gambang pada 11-13 September kelak. Mari kita sama-sama mendoakan kejayaan mereka di sana nanti.

Johan


Tempat ke-3

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Selemat Bercuti admin ucapkan kepada semua warga SK Londah. Semoga selamat kembali ke sekolah.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Hari ini Ujian 1 akan mula dilaksanakan. Admin doakan semua adik kita di SKL dapat memberikan jawapan terbaik bagi setiap soalan yang diterima dan seterusnya mendapat keputusan yang baik juga.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Satu aktiviti 3 dalam 1 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini.

1) Demonstrasi Kebakaran
2) Ceramah Anti Jenayah
3) Ceramah Anti Dadah

Aktiviti ini merupakan satu aktiviti join venture antara Unit Kebakaran, Unit Pencegahan Jenayah dan Unit PPDa.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Latihan kebakaran, demonstrasi memadam kebakaran, pameran peralatan bomba, ceramah anti jenayah, ceramah anti dadah, pertandingan melukis poster  bagi tahap 2 dan mewarna poster bagi tahap 1.

Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amat membanggakan.

Jom layan gambar-gambar disepanjang aktiviti ini dijalankan Klik Sini.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Alhamdulillah...
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 telah berjaya dijalankan dengan lancar.
Terdapat muka-muka baru yang bakal berkhidmat untuk sekolah selaku AJK PIBG Sekolah pada tahun ini. Semoga segala usaha yang dirancang oleh PIBG sedikit sebanyak membantu pihak sekolah memajukan Sekolah Kebangsaan Londah ke tahap yang lebih tinggi.

Gambar-gambar sepanjang aktiviti boleh didapati di Page FB kami. Klik sini untuk ke sana.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Assalamualaikum dan Salam Tahun Baru!

Ceria-ceria belaka murid- murid dan guru-guru SK Londah tahun ini.

Selamat kembali ke sekolah admin ucapkan dan kepada murid baru, selamat datang ke SK Londah!

Sama-samalah kita jadikan sekolah kita yang tercinta ini sebuah sekolah yang cemerlang pada tahun ini.

Jom! Terus bersemangat dan terus maju di tahun 2017 ini!!!

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Semalam,  berlanngsungnya program ijabat bagi murid-murid tahun 5 & 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPKK & UPSR.  Ini merupakan program terakhir sebelum mereka menduduki peperiksaan tersebut.  Program dilangsungkan pada jam 3 petang dimulai dengan Solat Hajat dan diikuti dengan Bacaan Yaasin.  Setelah itu,  solat Asar dilakukan secara berjemaah dan diteruskan dengan sesi mohon maaf bagi murid-murid terhadap ibubapa,  guru dan sesama rakan. 

Majlis berakhir lebih kurang jam 5.15 petang dan jamuan disediakan kepada semua yang hadir sebelum bersurai.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pada 16 Ogos bersamaan hari Selasa telah dilaksakan Hari Pelancaran Bulan Kebangsaan. Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Syahraizan bin Omarudin. Kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pn. Hamimi binti Abdullah selaku GPK 1 dan seterusnya merasmikan majlis. Peralatan Robotik digunakan dalam gimik perasmian bagi menyajikan satu kelainan pada tahun ini. Majlis diteruskan dengan persembahan tarian oleh murid-murid hasil latihan guru Pra-Sekolah yang comel Cik Nur Hazwani binti Abd. Hadi. Seterusnya, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik secara beramai-ramai oleh semua guru dan murid sambil mengibarkan Jalur Gemilang. 

"Sehati Sejiwa"








Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Musim peperiksaan menjelang lagi. Ada sebulan lebih lagi. Disaat begini ibu bapa biasanya lebih bimbang

berbanding anak-anak. Diantara ibu dan bapa pula, ibulah yang lebih gemuruh berbanding bapa. Sebagai seorang bapa, saya memahami perasaan dan tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa. Memang pengalaman mendidik anak orang dengan mendidik anak sendiri cukup berbeza.

Jangan pula kerana tekanan yang kita rasakan dan harapan yang kita letakkan terhadap seorang anak, membuatkan kita kelam kabut hingga lupa apa yang patut dilakukan disaat menjelangnya peperiksaan. Salah pendekatan kita maka anak yang akan menerima akibatnya kelak hingga tanpa disedari menjejaskan prestasi peperiksaannya.

Sebagaimana tahun-tahun yang lalu ada kalangan murid-murid yang menghadapi tekanan tahun ini berlaku juga . Terdapat murid-murid yang mengalaminya disaat UPSR hampir tidak berapa hari lagi . Murid-murid ini perlu ditenangkan supaya tidak menjejaskan peperiksaan mereka nanti. Masalah sebegini janganlah dipandangan ringan kerana ia akan menjejaskan pencapai mereka dan juga pencapaian keseluruhan sekolah nanti. Oleh itu, para pentadbir, guru-guru serta ibu bapa perlu segera menangani masalah psikologi murid-murid ini dengan kaedah-kaedah yang sewajarnya.


1. Fahami Tekanan Yang Dihadapi Oleh Anak

Bukan sahaja ibu bapa yang bimbang, anak-anak juga sebenarnya bimbang. Mungkin ada diantara mereka tidak begitu menunjukkan kebimbangan tetapi ia dapat dilihat dari segi perubahan sikap dan tingkah laku mereka. Ada anak-anak yang rungsing lalu tidak berselera makan tetapi ada pula yang menjadi terlalu kuat makan. Ada yang tidak boleh tidur tetapi ada pula yang semakin kuat tidurnya. Ada yang murung, marah-marah, sensitif dan sebagainya. Sememangnya perasaan bimbang boleh
menyebabkan berlakunya perubahan sikap dan tingkah laku ini. Sebagai ibu bapa, kita mesti peka terhadap perubahan ini dan cuba sedaya upaya mengurangkan tekanan tersebut dengan lebih memahami mereka. Katakan kepada mereka dengan jelas bahawa apa yang kita harapkan dari mereka hanyalah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri mereka. Jelaskan kepada mereka kecemerlangan akademik bukan hanya satu-satunya syarat untuk mereka hidup cemerlang di dunia Allah ini. Apabila tinggal beberapa hari lagi untuk menghadapi peperiksaan, elakkan dari
menyuruh mereka menjawab terlalu banyak soalan-soalan yang mereka tidak ketahui penyelesaiannya kerana ini akan membuatkan mereka rasa tidak bersedia. Keyakinan diri mereka akan tergugat dan ini akan menjejaskan prestasi mereka dalam menjawab soalan-soalan yang mereka sedia ketahui. Adalah lebih baik ibu bapa diam tanpa memberikan sebarang komen apabila didapati perasaan anak terlalu tertekan hingga ada ketikanya dia memberontak lalu meluahkan perasaan dengan mengatakan yang dia pasti gagal. Perhatikan sahaja gelagat anak sebab biasanya luahan perasaan itu bukanlah luahan yang sebenar. Selepas itu, ajak anak melakukan aktiviti yang menyeronokkan tanpa perlu keluar dari rumah. Misalnya, adakan masa untuk menonton cerita jenaka seketika. Berhibur dan bergelak ketawalah sekeluarga. Ini akan membuatkan perasaan tegang dalam diri anak mengendur dan dia kini bersedia untuk kembali belajar semula. Ketika ini, tanamkan keyakinan dalam diri mereka semula. Rancang bersama jadual ulangkaji mereka.

2. Tingkatkan Keyakinan Diri Anak

Keyakinan diri yang tidak mantap sering menghantui jiwa anak-anak. Ada diantara mereka yang memang telah membuat ulangkaji sejak awal lagi tetapi tetap rasa tidak yakin pada diri sendiri. Sebagai ibu bapa kita perlu tahu bahawa keyakinan itu datangnya dari persediaan. Semakin bersedia anak kita maka semakin yakinlah mereka. Persediaan ini pula bukan sekadar membaca, menghafal dan menyediakan nota semata-mata. Persediaan ini mestilah merangkumi aspek menerima (input) dan mengeluarkan (output) maklumat. Proses mendapat maklumat termasuklah membaca, membuat nota ringkas, menghafal, bertanya, dan mengetahui teknik menjawab soalan-soalan. Proses mengeluarkan maklumat pula ialah menjawab soalan-soalan seperti membuat latihan, latih tubi dan simulasi dengan menggunakan segala pengetahuan yang telah diperolehi dalam proses mendapat maklumat itu tadi. Galakkan anak menjawab sebanyak mungkin soalan agar mendapat pengalaman. Lebihkan proses latih tubi untuk mana-mana topik yang agak lemah atau bentuk soalan yang kurang dikuasai. Seterusnya, perhebatkan simulasi iaitu menjawab soalan-soalan tahun lepas serta soalan-soalan ramalan mengikut masa yang telah ditetapkan. Lakukan proses simulasi ini seolah-olah
dia benar-benar berada dalam dewan peperiksaan yang sebenar.

3. Dorong Anak Secara Positif

Ibu bapa hendaklah sering memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan kata-kata yang positif. Apakah kata-kata positif? Kata-kata positif adalah kata-kata yang apabila diucapkan akan menghasilkan gambaran minda yang juga positif. 
Misalnya:
bukan "Jangan buang masa".... tapi ucapkanlah "Manfaatkan masa",
bukan "Jangan berputus asa"... tapi ucapkanlah "Berusahalah dengan lebih gigih lagi"
atau "Mak percaya adik pasti BOLEH bukan "Jangan kelam kabut".. tapi ucapkanlah "Banyakkanlah bertenang",
bukan "Elakkan kecuaian".. tapi ucapkanlah "Tingkatkan ketelitian dan lebih berhati-hati", Malah banyak lagi contoh-contoh yang boleh diberikan.

4. Kerjasama Sepenuhnya

Apabila seorang anak bakal menduduki peperiksaan penting maka keseluruhan ahli keluarga yang ada dalam rumah hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya. Antaranya, hormati waktu ulangkaji anak itu dengan setiap ahli keluarga menjadikan waktu itu sebagai waktu belajar. Misalnya ibu bapa boleh manfaatkan waktu itu untuk membaca bahan-bahan yang berfaedah. Adik kecil pula diberikan kertas dan pensil untuk menconteng. Datuk dan nenek, kalau tinggal dirumah yang sama, gunakanlah waktu itu untuk membaca al-quran. Begitulah juga dengan yang lain-lain. Pastikan tidak seorang pun daripada ahli keluarga yang menonton TV, mendengar radio, sembang-sembang kosong, bermain-main dan sebagainya sedangkan ada anak yang sedang bertungkus lumus menghadapi pelajarannya. Dengan cara ini anak akan dapat rasakan bahawa perjuangannya dihargai.

5. Kurangkan Aktiviti Luar

Elakkanlah dari terlalu banyak membuang masa dengan aktiviti diluar seperti keluar membeli belah, makan di luar, balik kampung, menziarahi saudara mara dan sebagainya. Ingatlah setiap minit itu amat berharga untuk anak oleh itu pastikanlah setiap aktiviti yang dirancang menyumbang kepada persediaannya untuk menghadapi peperiksaan sama ada persediaan mental, emosi, fizikal atau rohani anak-anak.  Tambahan pula, kekerapan berada di luar rumah hanya mendedahkan mereka terhadap perkara yang tidak diingini sama ada dari segi kesihatan atau keselamatan.

6. Elakkan Anak Dari Tidur Lewat

Ada yang suka belajar hingga lewat malam untuk menghabiskan ulangkaji mereka. Jangan biarkan keadaan sebegini berlarutan. Pastikan anak anda masuk tidur awal dan bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulangkaji diwaktu awal pagi walaupun hanya untuk dua puluh atau tiga puluh minit. Diwaktu ini fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman. Banyak maklumat yang dibaca ketika ini akan diingat untuk tempoh masa yang lebih lama.

7. Berikan Anak Pelepasan Tugas Harian

Berikanlah anak anda layanan yang istimewa kerana menjelangnya peperiksaan. Berikan dia bebas dari melakukan tugas harian yang sememangnya menjadi rutin hariannya seperti mengemas bilik, menolong emak di dapur, membersih halaman rumah, mencuci pakaian dan sebagainya. Agihkan sementara tugas-tugas ini kepada orang lain seperti kakak, abang, adik atau ibu bapa sendiri. Dengan cara ini anak yang akan menduduki peperiksaan dapat merasakan bahawa seluruh ahli keluarga memang benar-benar mahu lihat dia cemerlang. Dia akan rasa bersalah kiranya waktu yang diperuntukkan untuk belajar tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya sedangkan semua orang telah memberikan kerjasama. Dia juga akan sentiasa mengharapkan suasana peperiksaan sebegini datang lagi kerana seronok mendapat pelepasan tugas. Anak-anak yang lain tidak ada sebab untuk cemburu sebab apabila tiba masa mereka maka mereka juga akan dilayan dengan cara yang serupa.

8. Nyatakan Ganjaran Dengan Jelas

Jangan biarkan anak anda berteka teki terhadap ganjaran yang bakal dia terima sekiranya dia memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Nyatakan dengan jelas bentuk ganjaran yang mahu diberikan kepadanya. Kalau ia berbentuk kebendaan maka nyatakan dengan jelas. Tunjukkan gambar tentang apa yang mahu anda berikan padanya. Kalau ia suatu percutian, beritahu destinasi yang akan dilawati. Dapatkan juga risalah tentang destinasi tersebut dan tunjukkan padanya. Ganjaran yang kabur atau samar-samar tidak akan merangsang jiwa. Misalnya, elakkan dari berkata, "Kalau abang cemerlang dalam UPSR maka emak akan bawa abang melancong", sebaliknya hendaklah kita berkata, "Kalau abang cemerlang dalam UPSR emak pasti bawa abang ke Langkawi, insyaAllah". Pastikan apa jua ganjaran yang mahu diberikan anda mampu menunaikannya. Kalau tidak anak akan hilang kepercayaan terhadap kita sebagai ibu bapa dan lain kali janji kita tidak diambil kisah lagi. Ganjaran juga usahanya bukan sekadar hasil atau pencapaiannya. kalau kita tahu anak telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan tetapi keputusan peperiksaan tidak seperti yang dimahukan maka berikanlah dia sesuatu sebagai
menghargai penat lelahnya itu.

9. Ambil Cuti

Inilah masanya untuk ibu bapa berikan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada anak yang bakal menduduki peperiksaan. Ambillah cuti beberapa hari dan usahakan untuk hantar sendiri anak ke sekolah pada hari peperiksaan tersebut. Sepanjang perjalanan terus berikan kata-kata perangsang dan nasihat kepadanya. Ingatkan anak sekali lagi bahawa kita tidak pentingkan apa sekalipun hasil yang dia perolehi, yang penting dia telah pun memberikan usaha yang terbaik. Apa sahaja keputusannya kita terima dan bersyukur.

10. Banyakkan Berdoa dan Solat hajat

Tidak ada sesuatu yang lebih bermakna untuk seorang anak ketika menduduki peperiksaan selain daripada doa dan restu dari kedua ibu bapanya. Oleh itu, inilah masanya untuk kita luangkan lebih banyak masa berdoa untuknya agar dipermudahkan urusan anak menjawab setiap soalan, diberikan ketenangan dan diterangkan hati. Berdoalah dengan suara yang jelas agar didengar oleh anak dan biarlah dia aminkan doa kita itu. Biar anak menyedari yang kita sering membuat solat hajat dan berdoa untuknya. Dengan cara ini mereka akan lebih menghargainya. Semoga petua keibubapaan yang telah diberikan dapat membantu ibu bapa untuk menjadi lebih cemerlang. Ingatlah, anak-anak adalah waris generasi kita maka terimalah mereka seadanya. Yang penting mereka lakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri mereka sendiri.
kredit kepada : http://khairulskbt.blogspot.com.tr/
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Mahukan Percutian Bajet?

Blog Archive

  • March 2023 (1)
  • January 2021 (1)
  • August 2020 (1)
  • July 2020 (5)
  • January 2020 (2)
  • December 2019 (2)
  • May 2019 (1)
  • March 2019 (9)
  • February 2019 (4)
  • December 2018 (2)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • August 2018 (6)
  • March 2018 (1)
  • March 2017 (3)
  • January 2017 (1)
  • August 2016 (3)
  • June 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • January 2016 (3)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (2)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (3)
  • June 2015 (2)
  • May 2015 (2)
  • June 2014 (1)
  • January 2014 (2)
  • November 2013 (5)
  • October 2013 (3)
  • August 2013 (2)
  • July 2013 (1)
  • May 2013 (5)
  • April 2013 (2)
  • March 2013 (1)
  • February 2013 (2)
  • January 2013 (2)
  • November 2012 (2)
  • September 2012 (4)
  • August 2012 (3)
  • July 2012 (3)
  • June 2012 (2)
  • May 2012 (2)
  • March 2012 (3)
  • February 2012 (2)
  • November 2011 (5)
  • October 2011 (2)
  • September 2011 (3)
  • July 2011 (7)
  • June 2011 (2)
  • April 2011 (1)
  • February 2011 (1)
  • January 2011 (1)
  • November 2010 (3)
  • October 2010 (2)
  • September 2010 (4)
  • August 2010 (2)
  • July 2010 (5)
  • June 2010 (4)
  • May 2010 (8)
  • April 2010 (6)
  • March 2010 (4)
  • February 2010 (5)

Popular Posts

  • Hari Pertama Minggu Pembukaan Sekolah 2023/24
    Assalamualaikum & Salam Perpaduan. Ini ada throwback bagi Hari Pertama Minggu Pembukaan Sekolah 2023/24. Tahun ini dalam sejarah, tiada ...
  • Latihan Kebakaran
    Pada 20/8/2010, satu latihan kebakaran telah dilakukan. Latihan ini bertujuan melatih murid sekolah untuk bersiap sedia bagi menghadapi seba...
  • KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH
    Pada 20 sehingga 22 Februari telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah. Alhamdulillah Pasukan Londah mendapat keputusan y...
  • Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke-63
    Alhamdulillah, pada 19 Ogos 2020 yang lalu, SK Londah telah berjaya melaksanakan majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Kali ke-63.  Majlis diad...
  • SEJARAH SEKOLAH
    SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH Sekolah Kebangsaan Londah mula ditubuhkan pada 01.02.1955. Ia terdiri dari pelajar tahun 1, 2 dan 3 yang berasal d...

Hi! Want to say something to us?

Your Name

Your Email*

Your Message*

KPM

Loading...

JPNNS

Loading...

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates