Minggu ini murid-murid Tahun 6 SK Londah menjalani Percubaan UPSR kali-2 bermula pada hari ini. Mari kita sama-sama mendoakan kejayaan mereka. Semoga mereka tenang dan dapat mengenalpasti kelemahan mereka daripada percubaan pada kali ini dan menggunakannya untuk memperbaiki diri sebelum UPSR sebenar tiba.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْب الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ رَسُوْلِنَا الأَمِيْنِ وَعَلىَ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ . ِ وَدَوَائِهَا وَعَافِيَةِ الأََبْدَانِ وَشِفَائِهَا وَنُوْرِ الأَبْصَارِ وَضِيَائِهَا وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ في كُلِّ لَـمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومِ اللهِ.
YA ALLAH SEKIRANYA IBU DAN AYAH KAMI MASIH HIDUP DAN IANYA BERADA DALAM KESESATAN, BERIKANLAH HIDAYAH DAN TAUFIK DARI MU, SEKIRANNYA IBU DAN AYAH KAMI TELAH PUN PERGI MENEMUI MU, JAUHKANLAH MEREKA BERDUA DARI AZAB KUBUR DAN API NERAKA. SESUNGGUHNYA SEBAGAI SEORANG ANAK KAMI TIDAK RELA MELIHAT IBU DAN AYAH KAMI DI SEKSA DAN DI AZAB
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, BERIKANLAH HIDAYAH DAN TAUFIK-MU KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KAMI YANG AKAN MENDUDUKI UPSR. SEMOGA DENGAN HIDAYAH DAN TAUFIK INI MEMANDU HIDUP ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI MENJADI PELAJAR YANG TERBAIK, HAMBA-MU YANG TERBAIK DAN KHALIFAH MU YANG TERBAIK.
YA ALLAH PERELOKKANLAH AKHLAK KAMI, HIASILAH DIRI KAMI DENGAN AKHLAK YANG MULIA. AKHLAK YANG MEWARISI AKHLAK PARA NABI DAN RASUL MU
YA ALLAH BERIKANLAH KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI KETENANGAN DALAM MENGHADAPI UPSR. JAUHILAH DAN HINDARILAH DI HATI MEREKA RASA KELUH KESAH, GELISAH DAN TAKUT DENGAN PEPERIKSAAN UPSR.
YA ALLAH BERIKANLAH KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KAMI INIKEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN UPSR DENGAN MENDAPAT 5A YANG CEMERLANG (3X). 5A SEBAGAI PERMULAAN MASA DEPAN YANG PANJANG.
YA ALLAH PERMUDAHKANLAH ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI MENJAWAB SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN, ILHAMKANLAH KEPADA MEREKA JAWAPAN YANG BETUL DAN TEPAT
YA ALLAH BERIKANLAH KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI KESIHATAN YANG BAIK. SEMOGA DENGAN KESIHATAN YANG INI AKAN MEMBERI ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI TUMPUAN SEMASA PEPERIKSAAN.
YA ALLAH KAMI MOHON PADA MU, HADIAHKANLAH KEPADA GURU DAN SEKOLAH INI, DENGAN ENGKAU MEMBERI KEPADA ANAK-ANAK DIDIK KAMI INI LULUS SERATUS PERATUS DALAM PEPERIKSAAN UPSR (3X)
YA ALLAH BERKATILAH SEGALA USAHA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH GURU-GURU DAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN 6 SEKOLAH INI DENGAN ENGKAU MERAMAIKAN MEREKA MENDAPAT 5A YANG CEMERLANG (3X)
رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ
Alhamdulillah....
Tahun ini Team Robotik melakar sejarah baru di mana mereka telah menghantar 2 pasukan dan satu pasukan mendapat tempat ke-3 dan satu pasukan lagi berjaya menjadi JOHAN bagi Kategori Terbuka sekolah rendah. Ini merupakan pencapaian tertinggi Kelab Robotik SK Londah setakat ini dan semoga menjadi tradisi di tahun-tahun seterusnya. In Sha Allah.
Dengan kejayaan ini seterusnya melayakkan Team Robotik SK Londah mewakili Negeri Sembilan ke Pertandingan Robotik peringkat Kebangsaan di Gambang pada 11-13 September kelak. Mari kita sama-sama mendoakan kejayaan mereka di sana nanti.
Johan
Tempat ke-3
Selemat Bercuti admin ucapkan kepada semua warga SK Londah. Semoga selamat kembali ke sekolah.
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Hari ini Ujian 1 akan mula dilaksanakan. Admin doakan semua adik kita di SKL dapat memberikan jawapan terbaik bagi setiap soalan yang diterima dan seterusnya mendapat keputusan yang baik juga.
Hari ini Ujian 1 akan mula dilaksanakan. Admin doakan semua adik kita di SKL dapat memberikan jawapan terbaik bagi setiap soalan yang diterima dan seterusnya mendapat keputusan yang baik juga.
Satu aktiviti 3 dalam 1 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini.
1) Demonstrasi Kebakaran
2) Ceramah Anti Jenayah
3) Ceramah Anti Dadah
Aktiviti ini merupakan satu aktiviti join venture antara Unit Kebakaran, Unit Pencegahan Jenayah dan Unit PPDa.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Latihan kebakaran, demonstrasi memadam kebakaran, pameran peralatan bomba, ceramah anti jenayah, ceramah anti dadah, pertandingan melukis poster bagi tahap 2 dan mewarna poster bagi tahap 1.
Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amat membanggakan.
Jom layan gambar-gambar disepanjang aktiviti ini dijalankan Klik Sini.

Alhamdulillah...
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 telah berjaya dijalankan dengan lancar.
Terdapat muka-muka baru yang bakal berkhidmat untuk sekolah selaku AJK PIBG Sekolah pada tahun ini. Semoga segala usaha yang dirancang oleh PIBG sedikit sebanyak membantu pihak sekolah memajukan Sekolah Kebangsaan Londah ke tahap yang lebih tinggi.
Gambar-gambar sepanjang aktiviti boleh didapati di Page FB kami. Klik sini untuk ke sana.

Assalamualaikum dan Salam Tahun Baru!
Ceria-ceria belaka murid- murid dan guru-guru SK Londah tahun ini.
Selamat kembali ke sekolah admin ucapkan dan kepada murid baru, selamat datang ke SK Londah!
Sama-samalah kita jadikan sekolah kita yang tercinta ini sebuah sekolah yang cemerlang pada tahun ini.
Jom! Terus bersemangat dan terus maju di tahun 2017 ini!!!
Semalam, berlanngsungnya program ijabat bagi murid-murid tahun 5 & 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPKK & UPSR. Ini merupakan program terakhir sebelum mereka menduduki peperiksaan tersebut. Program dilangsungkan pada jam 3 petang dimulai dengan Solat Hajat dan diikuti dengan Bacaan Yaasin. Setelah itu, solat Asar dilakukan secara berjemaah dan diteruskan dengan sesi mohon maaf bagi murid-murid terhadap ibubapa, guru dan sesama rakan.
Majlis berakhir lebih kurang jam 5.15 petang dan jamuan disediakan kepada semua yang hadir sebelum bersurai.