Pada 28 Mac 2010, sekolah telah mengadakan sukan tahunan. Berikut rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Perhimpunan pagi pada 22 Mac 2010.
1. Kebanyakan kelas berserakan, tidak tersusun kerusi dan meja setiap kali guru masuk ke kelas. Sampah banyak didapati di bawah meja murid. Untuk itu, beliau menyarankan murid membawa beg plastik setiap orang dan menggunakannya bagi tujuan membuang sampah yang mereka adakan sendiri.
2. Lampu koridor selalu tidak ditutup walaupun hari mulai terang. Murid diminta menutup lampu koridor setiap kali melintasi suis lampu koridor tersebut.
3. Murid dilarang memijak kawasan berumput dikawasan sekolah. Murid diarahkan untuk melalui koridor simen yang telah disediakan untuk laluan bergerak. Ini bertujuan mengelakkan kawasan berumput mati akibat dipijak murid, justeru, mencacatkan pemandangan landskap sekolah.
4. Akhirnya, setinggi-tinggi penghargaan buat murid yang hadir sepanjang kelas bimbingan diadakan terutama murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.

Pada 11 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Londah telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 31. Berikut beberapa gambar yang sempat di ambil penulis.
~Para hadirin yang hadir di mesyuarat PIBG~
~Para hadirin yang hadir di mesyuarat PIBG~P/S: Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir semasa Mesyuarat Agung PIBG di jalankan. Diharapkan perwakilan ini akan semakin bertambah pada mesyuarat yang akan datang terutama penglibatan ibu bapa dalam membantu pihak sekolah ke arah memantapkan lagi kecemerlangan murid-murid yang belajar di SK Londah.
Perhimpunan 22 Februari 2010.
1. Sebagai langkah keselamatan, murid-murid diingatkan agar berhati-hati menggunakan susur jalan ke kantin sekolah. Ini berikutan susur yang mempunyai tangga ini sering menjadi licin terutama ketika hujan.
2. Suis lampu dan kipas dalam bilik darjah mesti ditutup jika tiada orang di dalam kelas. Murid-murid hendaklah memastikan penggunaan lampu dan kipas dimanfaatkan sepenuhnya apabila diperlukan sahaja.
3. Tingkap dan pintu bilik darjah hendaklah ditutup sebelum pulang dari sekolah. Pada hari Jumaat yang lalu terdapat cermin tingkap yang telah pecah berikutan penggunaan yang tidak betul. Justeru itu, murid-murid mestilah menutup dan membuka tingkap dengan betul dan cermat.
4. Murid-murid wajib membeli makanan dari kantin sahaja sepanjang waktu persekolahan. Murid-murid dilarang sama sekali membeli makanan dari luar untuk mengelakkan cirit-birit dan perkara lain yang tidak diingini dari berlaku.
5. Plastik aiskrim banyak didapati dibuang merata-rata dalam kawasan sekolah. Sehubungan dengan itu, pengawas diminta mengambil nama murid-murid berkenaan dan tindakan tegas akan diambil.

Pada setiap hari sabtu diadakan aktiviti Kelab Robotik. Kelab Robotik telah ditubuhkah oleh Cikgu Mazny Binti Shamsudin pada tahun 2006. Kelab ini dianggotai oleh murid tahun 2 hingga 6. Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk mengasuh minda murid-murid supaya menjadi lebih kreatif ketika berfikir untuk mencipta sesuatu. Selain itu juga adalah untuk menyertai pertandingan robotik yang bakal menjelang setiap bulan jun setiap tahun di bawah kelolaan Sasbadi Sdn. Bhd. Kini kelab ini telah diambil alih oleh Cikgu Mohd Zamri Bin Abdurahman setelah cikgu Mazny berpindah ke luar negeri. Kini SK Londah telah mendapat guru baru yang berkemahiran IT seterusnya dilantik sebagai Guru Robotik Gandingan iaitu Cikgu Sharifuddin Bin Mohammad. Harapan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah membekalkan 11 sets robotik supaya SK Londah boleh menyertai pertandingan Robotik dengan jayanya.
Pagi syahdu kami berbaris
Dengan tekad azam semangat
Ingin mencapai cita murni
Agar menjadi insan yang qamil
Semangat tidak pernah luntur
Walau mengharungi seribu rintangan
Cekal hati, usaha dan tabah
Menuju wawasan 2020
Jasa ibu bapa dan guru
Kami tidak pernah lupa
Janji kami tetap dikota
Majulah sekolah Londah
Dengan tekad azam semangat
Ingin mencapai cita murni
Agar menjadi insan yang qamil
Semangat tidak pernah luntur
Walau mengharungi seribu rintangan
Cekal hati, usaha dan tabah
Menuju wawasan 2020
Jasa ibu bapa dan guru
Kami tidak pernah lupa
Janji kami tetap dikota
Majulah sekolah Londah
Salam 1Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Londah akan bercuti selama 2 hari (Isnin&Selasa) sempena cuti Tahun Baru Cina. Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada warga sekolah khususnya kepada murid-murid yang belajar di SK Londah. Namun, dalam bercuti pihak sekolah berharap murid-murid SK Londah sentiasa menjaga diri dengan baik dan boleh kembali bersekolah pada hari Rabu nanti dengan semangat yang segar dan fizikal yang sihat. Disamping itu, pihak sekolah amat berbesar hati jika ibu bapa boleh mengingatkan anak-anak supaya tidak lupa untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat semua latihan, tugasan dan kerja sekolah yang diberikan guru sebelum bercuti.
Pihak sekolah juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada kaum Tionghua dalam negara ini.
Penulis adalah seorang guru akademik di SK Londah, Encik Mohd Sharifuddin bin Mohamad.

SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH
Sekolah Kebangsaan Londah mula ditubuhkan pada 01.02.1955. Ia terdiri dari pelajar tahun 1, 2 dan 3 yang berasal dari kalangan penduduk Kampung Londah. Sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Londah pelajar-pelajar ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan kampung Ladang yang jaraknya lebih kurang 5 kilometer dari Sekolah Kebangsaan Londah.
Penubuhan Sekolah Kebangsaan Londah ini adalah disebabkan jarak sekolah yang sedia ada iaitu Sekolah Kebangsaan kampung Ladang yang jauh. Ini menyebabkan pelajar-pelajar yang berasal dari Kampung Londah terpaksa berulang alik ke Sekolah Kampung Ladang. Mereka terpaksa melalui jalan yang dikelilingi semak dengan hanya berjalan kaki di awal pagi. Keadaan ini menyebabkan ibu dan bapa pelajar bimbang akan keselamatan anak-anak mereka.
Pada ketika itu juga, terdapat sekolah beraliran Inggeris iaitu Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman di Gemas. Kebanyakan pelajar yang belajar disini terdiri dari kalangan keluarga yang mampu. Mereka terpaksa berulang alik dan ada diantaranya yang menumpang dirumah saudara mara. Oleh kerana keadaan kemampuan kewangan para ibu bapa serta bimbang akan keselamatan anak-anak inilah yang menjadi faktor utama penubuhan Sekolah Kebangsaan Londah ini. Para ibu bapa berharap dengan penubuhan Sekolah Kebangsaan Londah ini yang beraliran Melayu pada ketika itu, dapat memberi pendidikan yang sebaik-baiknya.
Pada awalnya, penubuhan Sekolah Kebangsaan Londah ini hanya satu bangunan beratap zink dan berdinding papan telah dibina oleh penduduk setempat. Bangunan ini tiada disediakan bilik-bilik darjah. Namun begitu, bangunan ini dibuatkan sekatan dengan almari untuk dijadikan kelas bagi pelajar-pelajar dari tahun 1 hingga tahun 3.
Guru besar pertama sekolah ini ialah Encik Abdul Majid bin Mohamad Noh. Dalam catatan buku pendaftaran, pelajar pertama yang telah mendaftar di Sekolah Kebangsaan Londah ini ialah Ramli bin Jaaman. Penjaga kepada pelajar ini bernama Ujang bin Yahya. Mengikut catatan dalam buku pendaftaran tersebut pelajar ini telah dilahirkan pada Disember 1943 dan alamat terakhirnya pada ketika itu ialah Kampong Kubang. Pada ketika itu pelajar ini memasuki tahun 3.
Dari sumber yang diperolehi, bilangan pelajar yang berpindah dari Sekolah Kebangsaan Kampung Ladang ke Sekolah Kebangsaan Londah adalah seperti berikut :
Pelajar Tahun 2 = 9 orang
Pelajar Tahun 3 = 10 orang
Semenjak sekolah ini ditubuhkan bilangan pelajarnya belum pernah mencapai angka 100 orang dalam satu-satu tahun. Pada tahun 1979, satu bangunan baru telah dibina. Bangunan ini terdiri satu bangunan dua tingkat yang jaraknya lebih kurang 500 meter dari bangunan lama. Bangunan ini mengandungi empat bilik darjah.
Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Khalil Yaakub, Timbalan Menteri Pelajaran pada 20 September 1983 (20.09.1983) bersamaan dengan 13 Zulhijjah 1403. Pada tahun 1997, telah menjadi satu sejarah penting kepada sekolah ini iaitu peperiksaan UPSR sekolah telah mencapai tahap 100 peratus. Pada ketika ini 8 orang pelajar telah mendapat keputusan lulus 100 peratus.
Semenjak 43 tahun sekolah ini telah dibina, buat pertama kalinya seorang Pembantu Tadbir Rendah iaitu Encik Abdul Razak Bin Abdul Manap (JPNS.P/24120) telah ditugaskan di sekolah ini pada 16 Mac 1998 (16.03.1998).
P/S: Atas permintaan guru-guru SK Londah, saya telah membuat blog khas ini untuk mendedahkan kepada dunia luar berkenaan SK Londah. Semoga SK Londah terus dikenali di seluruh Negeri Sembilan dan seluruh tanah air amnya.
Penulis adalah seorang guru akademik di SK Londah, Encik Mohd Sharifuddin bin Mohamad.