Kem Motivasi

by - July 25, 2010

Pada 23/7/2010, satu program motivasi telah diadakan kepada murid tahun 6 SK Londah. Program ini dijalankan selama 2 hari bermula jam 2.30 petang 23hb sehingga 24hb berakhir pada pukul 4.00 petang. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada murid betapa pentingnya pelajaran dan juga sebagai persiapan minda murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Seramai 28 orang murid mendaftarkan diri untuk menjalani program ini.

Murid bergambar sebaik selesai sesi pendaftaran. Selepas ini, bermulalah satu lagi episod baru dalam hidup mereka, set minda.

Penceramah utama, En Shafik memulakan sesi untuk slot pertama. Sepanjang program ini, beliau dibantu oleh 3 orang fasilitator yang dijemput khas dari luar.

Hari pertama kem motivasi, murid lebih didedahkan kepada tujuan utama kem ini diadakan. Untuk itu, murid telah diberikan satu nota untuk dibaca dan dihayati, Janjiku Kepada Mak dan Abah.

Murid disajikan makanan dalam dulang. Tujuannya tak lain tak bukan untuk memupuk rasa bersyukur dengan rezeki yang diberikan dan meleraikan sifat bangga diri dalam diri murid. Sebaliknya, sifat bantu-membantu dan kerjasama dapat dilihat dalam diri murid. Ini boleh dilihat apabila murid bergilir membasuh dulang setiap kali selesai makan.

Pada sebelah malamnya, murid dikumpulkan bersama-sama solat berjemaah dan diteruskan dengan bacaan yasin yang diketuai oleh Ustaz Zaki.

Malam penghayatan yang dimulai dengan video pendek yang ringan namun padat dengan mesej yang ingin disampaikan kepada murid.

Air mata ini...

Seperti keretapi ini, sentiasa bergerak mengikut landasan. Jika terkeluar dari landasan alamatnya tergelincirlah ia dan rosak tidak berguna lagi. Begitulah hidup manusia, sentiasalah berpandukan syariat yang ditetapkan oleh Maha Pencipta iaitu Allah SWT. Jika terpesong ia, tercatitlah dalam diarimu catatan hitam dalam hidup. Namun, umat ini umat istimewa, Allah sediakan kita landasan baru untuk kita kembali iaitulah landasan taubat.

P/S: Selamat Berjaya Dalam Peperiksaan UPSR. Murid SK Londah Mesti BOLEH!

You May Also Like

0 comments