Larian Serentak 1M1S

by - July 03, 2011

2.7.2011 (Sabtu), 30 Rejab 1432

Assalamualaikum,

Larian serentak 1 murid 1 sukan telah pun selesai hari ini. Namun kehangatan dan keceriaan yang di tinggalkan masih terbawa-bawa di benak fikiran. Hangat bermain acara-acara sampingan yang diadakan dan ceria bangga bila banyak hadiah dapat di bawa pulang hasil dari kemenangan yang di gapai melalui acara yang dipertandingkan bersama ibu bapa dan guru.

Pagi ini bermula jam 7 pagi, ramai ibu bapa dan anak-anak datang ke sekolah untuk menyertai acara larian 1 murid 1 sukan yang akan di mulakan serentak seluruh negara oleh YAB Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyidin Yassin.


Larian ini yang akan dimulakan pada jam 7.45 pagi telah dirancang dengan cukup rapi supaya ianya mengikut seperti apa yang diinginkan oleh kementerian. Untuk itu, satu siaran langsung telah dipasang melalui astro untuk sama-sama memulakan larian sebaik sahaja YAB melepaskan larian melalui saluran tv.


Sebaik dilepaskan, murid-murid yang sudah lama menanti terus memecut laju menuju garis penamat. Tinggallah ibu bapa dan anak-anak kecil mengekori di belakang. Tidak terkecuali para guru yang juga ditinggalkan oleh anak-anak murid sendiri sehinggakan petugas kamera juga pening kepala mengejar untuk mendapatkan shoot gambar terbaik untuk dibuat rakam kenangan.


Sehingga ke garis penamat, semua yang hadir bersenam ringan dan di beri taklimat ringkas mengenai perjalanan program hari ini sehingga jam 12.30 tengahari nanti. Selepas itu, semua yang terlibat dalam larian menurunkan tandatangan di atas banner dimulakan oleh ayah angkat sekolah dari PPD Tampin, En Johari dan Guru Besar, En Kamaruzaman diikuti oleh YDP PIBG beserta semua ajknya, ibu bapa penjaga, guru dan murid-murid.


Seterusnya acara-acara sukan berlangsung dengan bapa murid dan guru lelaki bermain futsal, golongan ibu dan guru perempuan bermain bola jaring, manakala murid-murid diadakan beberapa acara sukaneka.


Selesai acara yang dipertandingkan, semua jemputan, guru dan murid menjamu selera kira-kira jam 10 pagi. Selepas jamuan, semua yang hadir berkumpul di dewan terbuka sekolah dan acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah diadakan.


Sekian.


P/S: Pihak admin mengajak semua pembaca bersama-sama berdoa untuk kebaikan dan segera sembuh kepada seorang guru SKL yang telah ditimpa musibah kemalangan pada hari tersebut. Keadaan beliau tidak membimbangkan namun masih dalam trauma kejadian.

You May Also Like

0 comments