Sukan Tahunan
7.7.2011 (Khamis), 5 Syaaban 1432
Assalamualaikum,
HANGAT.. HANGAT.. HANGAT..
Itulah yang boleh digambarkan daripada sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Londah pada tahun ini. Penyelaras dan setiausaha sukan yang hanya muncul pada hari pertandingan kemuncak diadakan menambahkan lagi rasa gusar dikalangan para petugas sukan sejak beberapa hari yang lalu. Banyak perkara perlu di setting dan disiapkan. Namun pengalaman mendewasakan semua orang. Semuanya dilihat berjalan dengan lancar tanpa adanya masalah major. Tahniah kepada semua guru dan petugas yang terlibat sepanjang sukan tahunan ini berlangsung.
Acara kemuncak bermula pada sebelah petang dengan diiringi hujan renyai. Acara yang dimulakan agak lewat kerana menunggu hujan berhenti telah dimulakan dengan acara perbarisan oleh setiap rumah. Didahului dengan rumah Kasturi (biru) dengan maskot doraemon, rumah Jebat (kuning) dengan maskot lebah, dan diakhiri oleh rumah Tuah (merah) dengan keayuan puteri Hang Lipur.
Para VIP pada hari ini ialah YDP PIBG menggantikan pegawai PPD Tampin yang tidak dapat hadir. Walaupun begitu, temasya sukan tetap meriah dengan penonton yang terdiri dari ibu bapa murid yang semakin ramai memenuhi setiap ruang padang.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, acara yang diadakan bagi acara padang dan balapan tetap sama. Antaranya, larian 100 M, 200 M, 4x100 M, 4x200M, lontar peluru, dan lompat jauh.
Acara sukaneka dilihat bertambah dari tahun lalu atas sambutan yang menggalakkan dan murid yang kian bertambah saban tahun. Cuma yang membezakannya hanyalah mata untuk pasukan ditiadakan bagi semua acara sukaneka. Ini menggalakkan semua murid dapat memasuki acara yang dipertandingkan. Berbanding tahun sebelumnya ada murid yang tidak dapat memasuki acara disebabkan masing-masing rumah memilih atlit terbaik untuk mendapatkan mata bagi memenangkan rumah mereka. Perubahan ini dilihat sebagai sesuatu yang positif kerana dengan semua murid memasuki acara, tidak ada yang dilihat terpinggir dan hanya membantu guru dibelakang tabir sahaja. Antara acara sukaneka yang dipertandingkan adalah bomba kampung, tarik tali, susun tin, bawa bola guna gelung rotan, dan isi air dalam botol.
Mengakhiri acara sukan, diadakan juga acara untuk ibu bapa dan guru. Antaranya tarik tali, boling padang menggunakan buah kelapa, dan acara berpasangan.
Pada tahun ini, keputusan keseluruhan pertandingan telah dimenangi oleh rumah Jebat, diikuti rumah Kasturi dan rumah Tuah. Setelah dua tahun berturut-turut rumah Kasturi memegang rekod menang keseluruhan pada tahun 2009 dan 2010, akhirnya rekod ini dileburkan oleh rumah Jebat. Manakala lain pula ceritanya bagi rumah Tuah, walaupun belum pernah memenangi keseluruhan acara namun rekod menang acara perbarisan masih tetap utuh pada tahun ini dengan kemenangan hatrik dari tahun 2009, 2010, dan 2011.
TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SEMUA PASUKAN. ANDA SEMUA MEMANG HEBAT!
Sekian.
0 comments