LAPORAN MAJLIS PERJUMPAAN 3 PENJURU TAHUN 6
19.01.2012 (Khamis)
Pada
tarikh tersebut, satu majlis perjumpaan di antara guru, ibu bapa, dan murid
tahun 6 telah diadakan. Tujuan majlis diadakan adalah untuk mencapai suatu kata
sepakat tentang pembiayaan dan perbelanjaan program kecemerlangan UPSR murid
tahun 6. Majlis ini mencatat kehadiran penjaga seramai lebih kurang 30 orang.
Majlis ini berjaya mencapai kata sepakat dan dipersetujui semua bahawa untuk
seorang murid, yurannya adalah sebanyak RM30
sebulan. Penjaga perlu membayar selama 8 kali bermula bulan Januari hingga
bulan Ogos. Selain itu, pembahagian jadual
waktu kelas bimbingan petang ada di berikan dan murid juga di perkenalkan
dengan guru mentor masing-masing. Di
akhir perjumpaan, murid melakukan ikrar aku
janji di hadapan guru dan ibu bapa akan belajar bersungguh-sungguh dan
berusaha sebaik mungkin untuk mencapai keputusan UPSR yang cemerlang, gemilang,
dan terbilang.
0 comments