Total Pageviews

BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH

Hidup Biar Berjasa..

25.05.2013, Khamis
15 Rejab 1434H


Assalamualaikum,

SK Londah baru sahaja selesai menjalani program perkhemahan pada hari sabtu bermulanya cuti sekolah penggal pertama. Tahun ini perkhemahan di buat awal berikutan kesibukan dan ketiadaan guru apabila ianya dilangsungkan selepas peperiksaan akhir tahun. Justeru itu, untuk mengelakkan perkara seumpamanya berulang dengan kekangan ketiadaan guru yang akan dihantar berkursus maka pada tahun ini ianya dibuat awal iaitu selepas peperiksaan pertengahan tahun.

Uniknya perkhemahan kali ini telah melibatkan bukan warga SK Londah menyertai aktiviti perkhemahan dengan penambahan 10 orang murid daripada SK Kg Ladang dan 12 orang guru sambung belajar yang menjalani aktiviti luar, Bina Insan Guru (BIG).

Antara aktiviti yang diaturkan kali ini ialah bina dan hias khemah, ilmu ikatan manok, buku sila, dan tindik kasih, jejak bertapak, baca kompas, masakan rimba, malam kebudayaan, dan sukan rakyat.

Turut hadir dalam perkhemahan kali ini yang merupakan tetamu istimewa iaitu Tuan PPD Tampin yang baru sahaja di lantik iaitu Ustaz Mohd Amin bin Mat.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
17.05.2013, Jumaat
7 Rejab 1434H


Assalamualaikum,

Sayu... 

Suasana SK Londah sekali lagi sayu dengan pemergian Ustaz Mohd Amin bin Mat yang akan berpindah tugas ke PPD Tampin. Beliau yang telah berkhidmat di SK Londah selama 13 tahun bermula tahun 2000 telah meninggalkan begitu banyak kenangan indah di SK Londah. Dalam ucapan terakhir beliau di SK Londah dihadapan semua murid, begitu banyak yang mengusik hati sehinggakan suasana bertukar pilu dengan deru tangis anak-anak SK Londah. Walaupun pada hari ini semua orang bergembira dengan sambutan hari guru namun masih lagi tidak mampu membendung rasa kehilangan dalam setiap jiwa semua orang di SK Londah. Seminggu beliau menangguhkan tugas di PPD untuk bersama-sama kami di SK Londah menghabiskan hari-hari terakhirnya di sini. Kehilangan masih tetap di rasai.

Terima kasih Ustaz Mohd Amin bin Mat! 
Selamat menjalankan tugas di tempat baru.

Kami tinggalkan anda dengan lagu 'pergi' nyanyian Aizat. Klik pada link di bawah.
http://www.youtube.com/watch?v=bxGSjZx5UQ8

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
17.05.2013, Jumaat
7 Rejab 1434H


Assalamualaikum,

SELAMAT HARI GURU!

GURU MALAYSIA, SATU ASPIRASI, SATU AGENDA

Terlewat sehari sambutan hari guru pada tahun ini disebabkan takwim sekolah yang begitu padat dan sendat. Walaupun begitu, sambutan tetap diadakan dalam keadaan yang sangat meriah. Bermula dengan bacaan surah yasin sebagaimana biasa permulaan sekolah pada setiap hari Jumaat, semua murid dan guru berhimpun di dataran perhimpunan sekolah untuk aktiviti sukaneka guru. Sukaneka bermula dengan pembahagian kumpulan guru dipecahkan kepada tiga kumpulan. Cabaran pertama, guru diminta untuk membuat kapal terbang daripada kertas surat khabar. Kapal terbang yang terbang paling jauh akan dikira sebagai pemenang. Nampak sahaja senang tapi tugasnya sangat mencabar kreativiti guru dalam menghasilkan kapal terbang yang benar-benar boleh terbang kerana hasilnya menampakkan banyak kapal terbang yang menjunam laju ke bawah berbanding terbang di udara.


Cabaran ke-2 menuntut kesabaran guru apabila guru perlu melengkapkan tangram puzzle berbentuk baju. Selepas dibentuk, guru perlu mencantumkan bentuk baju itu dengan cara menjahit dengan jarum tradisional. Guru yang mata 'terang' dilihat menjadi sasaran dalam cabaran ini kerana perlu membantu dalam menyucuk benang ke dalam lubang jarum yang sempit.


Cabaran ke-3 pula guru diminta melengkapkan ayat yang telah dipisahkan mengikut patah perkataan dan disembunyikan dalam pinggan yang dipenuhi tepung. Guru perlu meniup tepung itu untuk mengambil perkataan yang tersembunyi. Cabaran ini membuatkan ramai kalangan guru yang semakin putih wajahnya dek kerana tepung yang ditiup.


Hasilnya.. Bukan sahaja peserta malah pengendali juga tidak terlepas dari penangan tepung itu..


Sambutan yang meriah pada sebelah siangnya disambung pula pada sebelah malam dengan satu majlis makan malam yang diselitkan dengan majlis jasamu dikenang untuk meraikan pemergian ustaz Mohd Amin bin Mat yang akan bertukar kerja ke PPD Tampin sebagai Penyelia Pendidikan Agama Islam. Turut diundang tetamu istimewa malam ini iaitu Adun Gemas yang baru, En Abd Razak bin Ab Said.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
11.05.2013, Sabtu
1 Rejab 1434H


Assalamualaikum,

Kem bestari solat telah menjadi suatu aktiviti wajib diadakan bagi Panitia Pendidikan Islam di sekolah. Kem ini bertujuan memberikan pendedahan berkaitan mengerjakan solat kepada murid sekolah. Pada hari ini hanya dua kumpulan murid menyertai kem ini iaitu murid darjah 1 dan murid darjah 6. Buat pertama kalinya, kem ini memberikan pendedahan berkaitan solat jenazah dan telah di peruntukkan untuk murid tahun 6 manakala murid tahun 1 mempelajari hal wajib dalam solat fardhu.

Seramai 10 orang pelajar STAM daripada Gemencheh dijemput untuk menjadi fasilitator bagi melancarkan lagi kem pagi ini dengan murid dibahagikan kepada 10 kumpulan, 5 kumpulan murid darjah 1 dan 5 kumpulan murid darjah 6.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
09.05.2013, Khamis
28 Jamadil Akhir 1434H


Assalamualaikum,

Pada hari ini satu perjumpaan 3 penjuru diadakan bagi ibu bapa murid tahap 1 bertujuan menerangkan berkenaan prestasi murid, target guru, dan memberikan kefahaman kepada ibu bapa berkaitan sistem pendidikan baru dalam menilai prestasi murid melalui sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). PBS yang telah dilaksanakan semenjak 2011 telah menghapuskan sistem peperiksaan dan memperkenalkan sistem band yang akan menilai prestasi murid mengikut tahap tertentu.

Keesokannya pula perjumpaan bagi ibu bapa murid tahap 2 pula diadakan dengan tujuan yang sama. Ibu bapa diberi maklum tentang hasrat sekolah untuk bersama-sama komuniti luar membantu murid di sekolah dalam meningkatkan kemajuan murid. Ini seiring dengan perancangan KPM yang mahukan komuniti luar turut serta dalam meningkatkan lagi prestasi murid disekolah melalui pengenalan program Sarana Guru dan Sarana Ibu bapa.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Mahukan Percutian Bajet?

Blog Archive

  • March 2023 (1)
  • January 2021 (1)
  • August 2020 (1)
  • July 2020 (5)
  • January 2020 (2)
  • December 2019 (2)
  • May 2019 (1)
  • March 2019 (9)
  • February 2019 (4)
  • December 2018 (2)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • August 2018 (6)
  • March 2018 (1)
  • March 2017 (3)
  • January 2017 (1)
  • August 2016 (3)
  • June 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • January 2016 (3)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (2)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (3)
  • June 2015 (2)
  • May 2015 (2)
  • June 2014 (1)
  • January 2014 (2)
  • November 2013 (5)
  • October 2013 (3)
  • August 2013 (2)
  • July 2013 (1)
  • May 2013 (5)
  • April 2013 (2)
  • March 2013 (1)
  • February 2013 (2)
  • January 2013 (2)
  • November 2012 (2)
  • September 2012 (4)
  • August 2012 (3)
  • July 2012 (3)
  • June 2012 (2)
  • May 2012 (2)
  • March 2012 (3)
  • February 2012 (2)
  • November 2011 (5)
  • October 2011 (2)
  • September 2011 (3)
  • July 2011 (7)
  • June 2011 (2)
  • April 2011 (1)
  • February 2011 (1)
  • January 2011 (1)
  • November 2010 (3)
  • October 2010 (2)
  • September 2010 (4)
  • August 2010 (2)
  • July 2010 (5)
  • June 2010 (4)
  • May 2010 (8)
  • April 2010 (6)
  • March 2010 (4)
  • February 2010 (5)

Popular Posts

  • Latihan Kebakaran
    Pada 20/8/2010, satu latihan kebakaran telah dilakukan. Latihan ini bertujuan melatih murid sekolah untuk bersiap sedia bagi menghadapi seba...
  • Lawatan Murid Tahun 6 dan Hari Keluarga SKL
    12.11.2011 (Sabtu), 16 Zulhijjah 1432H Assalamualaikum, Pada tarikh ini satu lawatan khas untuk murid tahun 6 telah diadakan. Lawat...
  • SEJARAH SEKOLAH
    SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH Sekolah Kebangsaan Londah mula ditubuhkan pada 01.02.1955. Ia terdiri dari pelajar tahun 1, 2 dan 3 yang berasal d...
  • Perkhemahan Unit Beruniform
    21.10.2011 (Jumaat), 23 Zulkaedah 1432H Assalamualaikum, Pada tarikh ini diadakan suatu aktiviti perkhemahan unit beruniform di sek...
  • KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH
    Pada 20 sehingga 22 Februari telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah. Alhamdulillah Pasukan Londah mendapat keputusan y...

Hi! Want to say something to us?

Your Name

Your Email*

Your Message*

KPM

Loading...

JPNNS

Loading...

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates