Robotik 2013

by - July 03, 2013

03.07.2013, Khamis
24 Syaaban 1434H

Assalamualaikum wbt.

Perjalanan yang jauh hari ini dari Gemas ke Port Dickson dalam konvoi 4 buah kereta tidak sedikit pun mematahkan semangat peserta robotik untuk merangkul kejuaraan dalam kategori yang di pertandingkan. 

Pagi ini, pertandingan robotik kategori terbuka telah berlangsung di Karnival KASTEK SMK Kg Baru Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan. Banyak acara sampingan yang dipertandingkan dalam karnival ini yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk semua sekolah rendah dan menengah di Negeri Sembilan. 

Dalam ucapan penutupan majlis ini yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 1 Julai yang lalu, seramai 1000 murid telah turut serta dalam pelbagai acara yang diadakan. Bilangan yang ramai ini menunjukkan minat murid yang memberangsangkan dalam sains dan teknologi pada mutakhir ini. Majlis penutup dan pembagian hadiah ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Shamsul Kahar bin Mohd Deli merangkap Exco pendidikan Negeri Sembilan.

SK Londah tidak terkecuali turut menghantar 3 pasukan ke pertandingan robotik kategori terbuka dan seorang murid yang menyertai pertandingan bercerita sains di karnival ini. 

Tahniah buat semua pasukan yang berjaya merebut tempat dalam acara yang dipertandingkan.

 Pemenang tempat ke-7

 Pemenang tempat ke-10

Pemenang tempat ke-3

You May Also Like

0 comments