Total Pageviews

BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH

Hidup Biar Berjasa..

Hari ini, 24/4/2010, SK Kem Syed Sirajuddin telah menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak. Beberapa buah sekolah telah dijemput, namun sekolah yang datang hanya dari SK Gemas dan SK Londah. Tiga buah sekolah ini telah beradu kekuatan dan menunjukkan semangat perlawanan yang cukup tinggi.

Ibarat kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Genggam bara biar sampai jadi abu. Itulah yang saya boleh gambarkan semangat yang ada pada pemain-pemain pagi ini. Kerana berebut yang satu, ramai yang terpaksa berkejar ke sana sini memerah keringat membanting tulang empat kerat. Persaingan yang cukup hebat dan sihat. Tahniah pada yang berjaya dan tingkatkan usaha pada yang tewas. Apa-apa pun, post-mortem akan dilakukan selepas ini untuk menampal lubang yang bocor di sana sini. Semoga kita semua akan mencapai kejayaan pada pertandingan sebenar bermula awal bulan 5 ini nanti. InsyaAllah..

~Perjalanan ke SK Kem Syed Sirajuddin~

~Kenderaan yang mengangkut pemain SK Londah selamat sampai di SK Kem Syed Sirajuddin~

~Guru pengiring pemain, ust Mohd Amin (kemeja putih), cikgu Zamri (T-shirt merah) dan cikgu Sharifuddin (bersama pemain pada gambar di bawah)~

~Pemain bola sepak SK Londah~

~Pemain bola sepak SK Kem Syed Sirajuddin~

~Perlawanan pertama antara SK Londah dan SK Kem Syed Sirajuddin~

~Perlawanan kedua antara SK Kem Syed Sirajuddin dan SK Gemas~

~Khusyuknya menonton.. Jangan lupa perlawanan akhir SK Londah dan SK Gemas selepas ini..!~

P/S: Keputusan perlawanan tidak diumumkan di laman ini kerana ini hanyalah perlawanan persahabatan. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan. Perbaiki dan serlahkan potensi sebenar pada perlawanan sebenar nanti.. Semoga berjaya..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pada 21/4/2010, SK Londah telah menjemput penceramah luar untuk memberikan input kepada murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Penceramah ini ialah En Asri bin Ujang dari SK Sungai Dua. Beliau banyak mempunyai pengalaman dalam bidang matematik hampir 14 tahun. Beliau juga merupakan seorang guru penggubal soalan matematik untuk peperiksaan UPSR. Berikut beberapa gambar yang sempat diambil semasa bengkel ini dijalankan.

~Murid tahun 6 seramai 29 orang~

~Cikgu Asri mengedarkan soalan kepada murid~

~Murid menjawab soalan yang diberikan~

P/S: Terima kasih kepada Cikgu Asri kerana sudi datang mengadakan bengkel untuk murid tahun 6 SK Londah.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Kementerian Pelajaran Malaysia telah banyak berusaha untuk merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang mempunyai 6 teras kesemuanya. Antara teras tersebut terdapat satu teras dalam teras 2 iaitu membangunkan modal insan. Pembangunan modal insan dalam PIPP adalah memfokuskan kepada pembentukan pelajar yang mempunyai kemahiran yang pelbagai, mahir ICT dan celik minda (kreatif, inovatif, serta minda kelas pertama). Banyak program yang diadakan untuk membangunkan modal insan ini. Antaranya seperti program bahasa Inggeris, program pembestarian, program robotik dan program F1.

SK Londah adalah salah sebuah sekolah yang terpilih untuk merealisasikan salah satu daripada program ini. Sekolah ini telah dibekalkan dengan peralatan robotik untuk didedahkan kepada murid-muridnya. Terdapat berbelas kotak yang lengkap dengan peralatan robotik telah dihantar ke sekolah ini dan satu kotak itu dianggarkan bernilai lebih RM3k.

Dengan peruntukan yang agak banyak itu, sudah tentulah ianya tidak hanya akan disia-siakan begitu sahaja. Setiap tahun akan ada pertandingan robotik di peringkat negeri yang mana setiap sekolah yang dibekalkan dengan peralatan robotik diminta mempersiapkan murid masing-masing dengan ilmu robotik untuk bersaing pada peringkat negeri. Begitu jugalah dengan kami, guru-guru SK Londah kuat berusaha untuk memberikan sebanyak mungkin ilmu robotik kepada murid kami sebagai persiapan sebelum pertandingan yang bakal tiba bulan 6 ini nanti.

~Peralatan robotik~

~Melakukan aturcara program untuk robot~

~Murid menjalankan robot yang telah diprogramkan~
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Sepanjang dua minggu sejak minggu lepas, pegawai pergigian dari Klinik Pergigian Gemas telah datang ke SK Londah untuk melakukan pemeriksaan gigi kepada murid-murid SK Londah. Berikut rentetan aktiviti yang sempat dirakamkan.

~Pemeriksaan gigi dilakukan di bilik kesihatan SK Londah~

~Jururawat pergigian sedang memeriksa gigi murid~

~Murid menunggu giliran untuk pemeriksaan gigi~

~Murid berkumpul untuk mendengar taklimat penjagaan gigi~

~Jururawat pergigian sedang melakukan demonstrasi menggosok gigi dengan betul~

~Murid melakukan praktikal menggosok gigi dengan betul~
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Ucapan pada perhimpunan pagi 12 April 2010.

1. Tahniah dan syabas kepada olahragawan dan olahragawati sekolah yang telah bertanding pada peringkat sekolah yang berlansung di Gemencheh minggu lepas. Satu pingat gangsa bagi acara lontar peluru perempuan telah dimenangi oleh adik Izzati dan sekolah berada pada kedudukan nombor 10 dari 39 buah sekolah yang menyertai pertandingan.

2. Saya mengharapkan murid yang akan menyertai banyak lagi kejohanan pada masa akan datang agar datang ke sekolah untuk sesi latihan pada sebelah petang.

3. Murid-murid mestilah bersungguh-sungguh untuk ujian 2 yang akan bermula 27 April ini. Mulakan ulangkaji dan jawab ujian dengan sebaik-baiknya. Pencapaian mestilah meningkat dari ujian 1.

4. Murid tahun 6 juga tidak terkecuali, sentiasalah bersedia dari sekarang kerana ujian canang 1 akan berlangsung pada 11-13 Mei ini.

5. Selain itu, murid-murid diingatkan agar tidak membuang sampah pada lubang angin yang terdapat dalam kelas kerana perbuatan itu adalah perbualan yang tidak elok dan tidak mencerminkan kebersihan yang perlu diteladani oleh murid.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pada 31 Mac 2010, satu program telah diadakan pada waktu kokurikulum dijalankan. Program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid betapa pentingnya untuk membasmi jenayah pada masa kini. Dalam program ini juga diselitkan jenis-jenis jenayah dan bagaimana cara mencegah dan mengatasinya.

~Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil~

~Proses menghasilkan poster pada manila kad~

~Lakaran yang telah dibuat akan melalui proses mewarna~

~Poster yang siap dibentuk oleh kumpulan murid~

~Folio yang siap mengandungi keratan aktiviti jenayah dan langkah mengatasinya~
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Mahukan Percutian Bajet?

Blog Archive

  • March 2023 (1)
  • January 2021 (1)
  • August 2020 (1)
  • July 2020 (5)
  • January 2020 (2)
  • December 2019 (2)
  • May 2019 (1)
  • March 2019 (9)
  • February 2019 (4)
  • December 2018 (2)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • August 2018 (6)
  • March 2018 (1)
  • March 2017 (3)
  • January 2017 (1)
  • August 2016 (3)
  • June 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • January 2016 (3)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (2)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (3)
  • June 2015 (2)
  • May 2015 (2)
  • June 2014 (1)
  • January 2014 (2)
  • November 2013 (5)
  • October 2013 (3)
  • August 2013 (2)
  • July 2013 (1)
  • May 2013 (5)
  • April 2013 (2)
  • March 2013 (1)
  • February 2013 (2)
  • January 2013 (2)
  • November 2012 (2)
  • September 2012 (4)
  • August 2012 (3)
  • July 2012 (3)
  • June 2012 (2)
  • May 2012 (2)
  • March 2012 (3)
  • February 2012 (2)
  • November 2011 (5)
  • October 2011 (2)
  • September 2011 (3)
  • July 2011 (7)
  • June 2011 (2)
  • April 2011 (1)
  • February 2011 (1)
  • January 2011 (1)
  • November 2010 (3)
  • October 2010 (2)
  • September 2010 (4)
  • August 2010 (2)
  • July 2010 (5)
  • June 2010 (4)
  • May 2010 (8)
  • April 2010 (6)
  • March 2010 (4)
  • February 2010 (5)

Popular Posts

  • Latihan Kebakaran
    Pada 20/8/2010, satu latihan kebakaran telah dilakukan. Latihan ini bertujuan melatih murid sekolah untuk bersiap sedia bagi menghadapi seba...
  • Lawatan Murid Tahun 6 dan Hari Keluarga SKL
    12.11.2011 (Sabtu), 16 Zulhijjah 1432H Assalamualaikum, Pada tarikh ini satu lawatan khas untuk murid tahun 6 telah diadakan. Lawat...
  • SEJARAH SEKOLAH
    SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH Sekolah Kebangsaan Londah mula ditubuhkan pada 01.02.1955. Ia terdiri dari pelajar tahun 1, 2 dan 3 yang berasal d...
  • Perkhemahan Unit Beruniform
    21.10.2011 (Jumaat), 23 Zulkaedah 1432H Assalamualaikum, Pada tarikh ini diadakan suatu aktiviti perkhemahan unit beruniform di sek...
  • KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH
    Pada 20 sehingga 22 Februari telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah. Alhamdulillah Pasukan Londah mendapat keputusan y...

Hi! Want to say something to us?

Your Name

Your Email*

Your Message*

KPM

Loading...

JPNNS

Loading...

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates