Total Pageviews

BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH

Hidup Biar Berjasa..

Hari ini, 18 Mei 2010, satu pertandingan bowling antara guru SK Londah telah diadakan pada sebelah petang di G-Bowl Bowling Centre, pekan Gemas. Seramai 7 kumpulan berentap penuh semangat. Satu kumpulan mempunyai keahlian seramai 3 orang. Pertandingan ini berlangsung sebanyak tiga set perlawanan dan dibiayai sepenuhnya oleh kelab guru.

~Antara kumpulan yang hadir dan siap sedia memulakan saingan~

~Beberapa orang murid turut hadir memeriahkan suasana~

~Kebanyakan guru menunjukkan skil bermain masing-masing~

~Hadiah disampaikan oleh guru besar selepas saingan berakhir~

Keputusan pertandingan bowling:

Kumpulan Exora (Johan dengan pungutan mata 862)
1) En Zaki, jumlah pungutan mata 364
2) En Fadil, jumlah pungutan mata 222
3) Pn Ayu, jumlah pungutan mata 276

Kumpulan Waja (Naib Johan dengan pungutan mata 837)
1) Ust Amin, jumlah pungutan mata 286
2) Cg Dayang, jumlah pungutan mata 211
3) En Zaidi, jumlah pungutan mata 340

Kumpulan Saga (Tempat ke-3 dengan pungutan mata 801)
1) Cg Sharifuddin, jumlah pungutan mata 309
2) Pn Hamimi, jumlah pungutan mata 208
3) Cg Shafik, jumlah pungutan mata 284

Kumpulan Pesona (Tempat ke-4 dengan pungutan mata 694)
1) Cg Zamri, jumlah pungutan mata 249
2) Cg Norhana, jumlah pungutan mata 193
3) Cg Norsuriati, jumlah pungutan mata 252

Kumpulan Satria (Tempat ke-5 dengan pungutan mata 652)
1) Cg Rafdi, jumlah pungutan mata 232
2) Pn Ramlah, jumlah pungutan mata 264
3) Ustz Khalilah, jumlah pungutan mata 156

Kumpulan Wira (Tempat ke-6 dengan pungutan mata 628)
1) Tn Hj Mustaffa, jumlah pungutan mata 259
2) Cg Rohani, jumlah pungutan mata 223
3) Ustz Amirah, jumlah pungutan mata 146

Kumpulan Juwara (Tempat ke-7 dengan pungutan mata 612)
1) Ust Zaki, jumlah pungutan mata 241
2) Cg Ruzita, jumlah pungutan mata 197
3) Ustz Zalifah, jumlah pungutan mata 174

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Hari ini, 17 Mei 2010, SK Londah telah mengadakan satu majlis Sambutan Hari Guru. Suasana cukup meriah ditambah dengan kehadiran YDP PIBG, En. M. Zaki bin Majid dan AJK PIBG, Pn Ramlah binti Adom. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu kebesaran Negeri Sembilan dan lagu sekolah. Seterusnya, majlis diteruskan dengan perutusan ucapan Menteri Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh cikgu Aida, dan ucapan Pengarah Pelajaran Malaysia oleh cikgu Zalifah. Majlis kemudiannya diakhiri dengan nyanyian lagu Guru Malaysia, lagu Guru Pembina Negara Bangsa dan ikrar guru oleh Ustaz Md Amin. Berikut beberapa rentetan peristiwa sepanjang Sambutan Hari Guru berlangsung.

~Guru-guru sibuk mempersiapkan alatan teknikal sebelum majlis berlangsung~

~Guru bertugas mingguan merangkap pengerusi majlis, Pn Rohani bt Mohamed~

~Cg Rafdi dan Cg Zamri ditugaskan merakamkan majlis Sambutan Hari Guru~

~Persembahan pelajar, kompang dan nyanyian nasyid~

~Persembahan pelajar, lakonan~

~Persembahan guru, panggil jer nama.. siapa yang kena, nasib ler kena buat persembahan spontan. Tapi, rata-rata cikgu sporting~

~Acara guru lelaki, bermain ping pong~

Keputusan perlawanan ping pong pusingan awal (kalah mati):

1) Cg Zamri lwn cg Sharifuddin, keputusan 11-5, 11-9, cg Zamri menang.
2) Cg Md Amin lwn en Zaidi (PAR), keputusan cg Md Amin menang tanpa bertanding.
3) Tn Hj Mustaffa lwn en M Zaki (YDP PIBG), keputusan 11-4, 11-8, Tn Hj Mustaffa menang.
4) Cg Zaki lwn cg Shafik, keputusan 7-11, 5-11, cg Shafik menang.

Pusingan separuh akhir:

1) Cg Zamri lwn cg Md Amin, keputusan 4-11, 2-11, Cg Md Amin menang.
2) Tn Hj Mustaffa lwn cg Shafik, keputusan 11-7, 7-11, 11-4, Tn Hj Mustaffa menang.

Pusingan akhir:

Cg Md Amin lwn Tn Hj Mustaffa, keputusan 11-4, 11-7.
Cg Md Amin JUARA!

~Slot bergambar semua guru SK Londah. Dari kiri belakang: cg Norsuriati, cg Norhana, cg Ruzita, Pn Rokiah (GPK HEM), cg Zalifah, cg Dayang, Pn Hamimi (GPK 1), cg Aida, dan cg Rohani. Dari kiri depan: En Md Amin (GPK KO), cg, Zaki, cg Rafdi, Tn Hj Mustaffa (GB), cg Sharifuddin, cg Zamri, dan cg Shafik.~

P/S: Guru.. dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru. Terima kasih cikgu dan Selamat Hari Guru..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pada hari Sabtu, 15 Mei 2010, satu program gotong-royong telah diadakan di SK Londah bersempena menyambut hari guru keesokannya. Gotong-royong ini telah melibatkan guru, ibu bapa dan murid tahap 2. Berikut rentetan peristiwa dan aktiviti yang telah dijalankan.

~Cg Zaki dan cg Syafik membancuh cat untuk mengecat batu landskap~

~Murid menggosok batu landskap dengan kertas pasir sebelum aktiviti mengecat boleh dilakukan~

~Bertuah botul budak-budak ni, lain disuruh, lain dibueknyo..~

~Kaum ibu dan murid membersihkan kawasan sekolah~

~Menjamu selera selepas bergotong-royong. Macam camping lagaknya..~

~Aktiviti menimbus lubang sampah sempurna dilaksanakan~

~Aktiviti meratakan tanah dan menambak lekuk tanah juga sempurna dikerjakan kaum bapa~

~Pun begitu, mendirikan tapak semaian tidak dapat disempurnakan kerana ketiadaan orang yang mahir membuatnya~

P/S: Apa-apa pun, aktiviti gotong-royong kali ini kebanyakannya berjaya disempurnakan. Terima kasih kepada yang hadir dan diharapkan ramai lagi yang akan hadir bersama-sama melaksanakan aktiviti gotong-royong sekolah pada masa yang akan datang.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pada minggu ke-18 iaitu minggu lepas, panitia matematik telah mengadakan aktiviti kepada murid-murid SK Londah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah congak/bijak sifir pada setiap pagi, kuiz dan kotak sifir pada hari Rabu petang waktu kokurikulum dan menjawab soalan yang dibuat oleh guru matematik di kelas. Berikut beberapa rentetan peristiwa sepanjang aktiviti panitia dijalankan.

~Murid berkumpul di dewan terbuka untuk menjawab soalan congak/bijak sifir~

~Hadiah diberikan oleh cikgu Ruzita kepada murid yang dapat menjawab soalan congak/bijak sifir~

~Kumpulan murid yang menyertai kuiz matematik~

~Soalan kuiz dipaparkan menggunakan LCD skrin~

~Hah! Kiro Jang, cari jawapan tu copek..~

~Dari kiri, cg Aida (pembantu), cg Zalifah (penjaga masa), cg Syafik (pengerusi majlis), dan cg Zaki (pembantu)~

~Panel hakim, dari kiri, cg Ruzita dan cg Sharifuddin~

~Apa keno budak ni.. Tak dapek jawab soalan ko?~

P/S: Terima kasih kepada semua yang menjayakan Minggu Panitia Matematik. Semoga aktiviti yang dijalankan memberi manfaat dan menambah kesukaan murid kepada subjek matematik.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Senarai murid SK Londah yang mewakili daerah Tampin ke kejohanan Bola Tampar bawah 12 tahun MSS Negeri Sembilan di Centre Court, Seremban yang berlangsung pada 10-12 Mei 2010.

Murid Perempuan:
1) Nurul Izzati bt Talib (12 tahun)
2) Nurul Rabiatul Adawiyah bt Norezam (12 tahun)
3) Nurul Nadiah bt Talib (10 tahun)
4) Fatin Nursyahira bt Zamri (11 tahun)
5) Nurkhairi bt Md Ali Hanafiah (11 tahun)
6) Siti Zahidah bt Mohd Jahis (11 tahun)

Murid Lelaki:
1) Mohd Haziman b Abd Rahman (12 tahun)
2) Mohd Dzul Iskandar b Sani (12 tahun)
3) Mohd Kamarudin b Nasrudin (11 tahun)
4) Mohd Dzul Izzuddin b Sani (10 tahun)
5) Mohd Ikhmal Hakim b Md Jani (10 tahun)
6) Mohd Haizal Hanafi b Abu Bakar (9 tahun)

Keputusan Perlawanan Bola Tampar Perempuan

Pengurus: En Mohd Jay Sham, SK Kem Syed Sirajuddin
Jurulatih: En Mohd Hazrin b Hashim, SK Kem Syed Sirajuddin
Pen. Jurulatih: Cik Norsuriati bt Hashim, SK Londah

Pusingan awal:

Tampin lwn Seremban 1, Keputusan menang 2-0
Tampin lwn Rembau, Keputusan kalah 0-2
Tampin lwn Seremban 2,Keputusan menang 2-0

Keputusan, Tampin Naib Johan Kumpulan. Layak ke separuh akhir.

Separuh Akhir:

Tampin lwn Jelebu, Keputusan menang 2-0

Keputusan, Tampin layak ke pusingan akhir.

Akhir:

Tampin lwn Rembau, Keputusan menang 2-1

Keputusan Kejohanan Bola Tampar Perempuan bawah 12 tahun, Tampin JUARA!

Keputusan Perlawanan Bola Tampar Lelaki

Pengurus: En Mohd Amin b Mat, SK Londah
Jurulatih: En Mohd Hazrin b Hashim, SK Kem Syed Sirajuddin
Pen. Jurulatih: En Mohd Zakir b Halil

Pusingan awal:

Tampin lwn Kuala Pilah, Keputusan menang 2-0
Tampin lwn Seremban 1, Keputusan menang 2-0
Tampin lwn Jempol,Keputusan kalah 1-2

Keputusan, Tampin Naib Johan Kumpulan. Layak ke separuh akhir.

Separuh Akhir:

Tampin lwn Port Dickson, Keputusan menang 2-0

Keputusan, Tampin layak ke pusingan akhir.

Akhir:

Tampin lwn Rembau, Keputusan menang 2-1

Keputusan Kejohanan Bola Tampar Lelaki bawah 12 tahun, Tampin JUARA!

Pada tahun ini, Kejohanan Bola Tampar bawah 12 tahun peringkat negeri telah dimenangi sepenuhnya oleh daerah Tampin. Berikut ialah senarai nama murid SK Londah yang terpilih mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan MSSM Kebangsaan di Alor Setar, Kedah pada Jun 2010.

1) Mohd Dzul Iskandar b Sani (12 tahun)
2) Nurul Izzati bt Talib (12 tahun)
3) Nurul Rabiatul Adawiyah bt Norezam (12 tahun)
4) Nurul Nadiah bt Talib (10 tahun)

Pihak sekolah mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada murid yang terpilih ke peringkat kebangsaan dan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada murid-murid lain yang telah mengharumkan daerah Tampin dengan kemenangan yang diperolehi sekaligus menaikkan nama Sekolah Kebangsaan Londah sebagai lokasi pengasah bakat ahli-ahli sukan yang hebat.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Salam kepada semua.
Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan moral dan lain-lain sebelum dan lahirnya anak yang kedua ini.
Alhamdulillah anak kedua saya telah selamat lahir ke dunia pada Hari Jumaat bersamaan 30 April 2010 jam 6.34 petang di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah.
Anak ke dua yang lahir ini adalah kata GB 'orang dapur'.
Sekarang ini dapatlah sepasang kerana anak yang pertama 'orang serambi'.
Alhamdulillah dah sepasang sekarang.

SAYA DAN KELUARGA MENJEMPUT SEMUA GURU-GURU DAN KAKITANGAN SK LONDAH, GEMAS NSDK UNTUK MENGHADIRI MAJLIS KENDURI AQIQAH ANAK YANG KEDUA PADA HARI SABTU 8 MEI 2010 JAM 12 TENGAH HARI BERTEMPAT DI KAMPUNG PADANG JUAL, JOHOL, NEGERI SEMBILAN.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Pusingan Liga

1. SK Londah lwn SK Jelai 2 (F) - Keputusan seri 1-1

2. SK Londah lwn SK Bukit Rokan - Keputusan menang 2-0

Kedudukan Liga: SK Londah Juara Liga Kumpulan D. Layak ke suku akhir.

Pusingan Suku Akhir

1. SK Londah lwn SK Dato Abdullah - Keputusan seri 1-1

SK Londah kalah tendangan penalti 0-2.


P/S: Tahniah kepada cikgu Zamri yang telah mendapat anak keduanya pada hari sabtu yang lalu. Khabarnya, anak perempuan..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Ucapan Guru Besar semasa perhimpunan pagi 3/5/2010.

1. Peringatan kepada murid-murid SK Londah supaya tidak menjadi perosak sekolah. Kalau betul mahu belajar disekolah ini mestilah ikhlaskan diri datang kesekolah ini untuk belajar dan menjaga harta benda sekolah. Ini berikutan ada di kalangan murid yang telah merosakkan pintu tandas sekolah dengan cara melubangkannya.

2. Murid-murid juga diingatkan agar tidak menokok tambah cerita-cerita yang berlaku di sekolah semasa berada diluar sekolah. Perbuatan ini bukan sahaja mencemar nama baik sekolah malah turut mengeruhkan silaturrahim kakitangan sekolah dengan masyarakat luar.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Mahukan Percutian Bajet?

Blog Archive

  • March 2023 (1)
  • January 2021 (1)
  • August 2020 (1)
  • July 2020 (5)
  • January 2020 (2)
  • December 2019 (2)
  • May 2019 (1)
  • March 2019 (9)
  • February 2019 (4)
  • December 2018 (2)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • August 2018 (6)
  • March 2018 (1)
  • March 2017 (3)
  • January 2017 (1)
  • August 2016 (3)
  • June 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • January 2016 (3)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (2)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (3)
  • June 2015 (2)
  • May 2015 (2)
  • June 2014 (1)
  • January 2014 (2)
  • November 2013 (5)
  • October 2013 (3)
  • August 2013 (2)
  • July 2013 (1)
  • May 2013 (5)
  • April 2013 (2)
  • March 2013 (1)
  • February 2013 (2)
  • January 2013 (2)
  • November 2012 (2)
  • September 2012 (4)
  • August 2012 (3)
  • July 2012 (3)
  • June 2012 (2)
  • May 2012 (2)
  • March 2012 (3)
  • February 2012 (2)
  • November 2011 (5)
  • October 2011 (2)
  • September 2011 (3)
  • July 2011 (7)
  • June 2011 (2)
  • April 2011 (1)
  • February 2011 (1)
  • January 2011 (1)
  • November 2010 (3)
  • October 2010 (2)
  • September 2010 (4)
  • August 2010 (2)
  • July 2010 (5)
  • June 2010 (4)
  • May 2010 (8)
  • April 2010 (6)
  • March 2010 (4)
  • February 2010 (5)

Popular Posts

  • Latihan Kebakaran
    Pada 20/8/2010, satu latihan kebakaran telah dilakukan. Latihan ini bertujuan melatih murid sekolah untuk bersiap sedia bagi menghadapi seba...
  • Lawatan Murid Tahun 6 dan Hari Keluarga SKL
    12.11.2011 (Sabtu), 16 Zulhijjah 1432H Assalamualaikum, Pada tarikh ini satu lawatan khas untuk murid tahun 6 telah diadakan. Lawat...
  • SEJARAH SEKOLAH
    SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH Sekolah Kebangsaan Londah mula ditubuhkan pada 01.02.1955. Ia terdiri dari pelajar tahun 1, 2 dan 3 yang berasal d...
  • Perkhemahan Unit Beruniform
    21.10.2011 (Jumaat), 23 Zulkaedah 1432H Assalamualaikum, Pada tarikh ini diadakan suatu aktiviti perkhemahan unit beruniform di sek...
  • KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH
    Pada 20 sehingga 22 Februari telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah. Alhamdulillah Pasukan Londah mendapat keputusan y...

Hi! Want to say something to us?

Your Name

Your Email*

Your Message*

KPM

Loading...

JPNNS

Loading...

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates