Total Pageviews

BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH

Hidup Biar Berjasa..

30.08.2012, Khamis
12 Syawal 1433H


Assalamualaikum,

Dalam kesibukan mengejar murid tahun 6 untuk persiapan menghadapi peperiksaan UPSR yang akan bermula 12 hari sahaja lagi, sekolah masih sempat mengadakan majlis sambutan kemerdekaan pada hari ini. Semua murid dikehendaki memakai baju melayu dan kurung bersempena dengan tema 'orang lama' seperti pakaian orang dulu-dulu.

Bermula jam 8 pagi, murid dikumpulkan di dewan terbuka dengan sepanduk masing-masing. Mereka dikehendaki berarak dalam kawasan sekolah dengan laungan MERDEKA! Lagak mereka seperti orang zaman dahulu yang keluar beramai-ramai ke Dataran Merdeka dengan sepanduk masing-masing berkumpul dan melaungkan semangat kemerdekaan bersama. Kalau dulu kita dihidangkan dengan pandangan hitam putih di kaca televisyen, hari ini kita boleh melihat semangat yang sama dengan panorama warna warni.

Selepas perarakan, murid sekali lagi berkumpul dan mengangkat tangan membaca ikrar rukun negara diikuti dengan laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! sebanyak 7 kali. Jauh di sudut hati sepertinya Tunku Abdul Rahman yang melaungkan laungan itu. Inilah sebenarnya semangat yang perlu disemai dalam hati sanubari kita sebagai rakyat yang merdeka, lebih-lebih lagi kepada murid yang lahir selepas kemerdekaan. Mereka sepatutnya lebih berbangga kerana lahirnya telah mengecapi saat senang, tidak perlu mengharungi susah payah berjuang dalam menuntut kemerdekaan. Oleh itu, kemerdekaan ini mestilah kita hargai dan pertahankan dengan sepenuh jiwa dan raga agar anak cucu kita di masa hadapan turut sama dapat mengecapi nikmat ini sampai bila-bila.

Marilah sempena kemerdekaan ke-55 ini, kita sama-sama melaungkan dengan penuh semangat,

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
01.08.2012 (Rabu)
12 Ramadhan 1433H

Assalamualaikum,

Pada tarikh ini, satu pertandingan robotik kategori terbuka peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di SMK Puteri, Seremban. Sebagai sebuah sekolah kluster robotik, SK Londah tidak ketinggalan menghantar 2 pasukan ke pertandingan ini.


Buat pertama kalinya pertandingan kali ini telah diadakan pada bulan Ramadhan, bulan berpuasa bagi umat Islam. Oleh itu, perjalanan kami dari Gemas yang mengambil masa lebih kurang 2 jam sememangnya suatu ujian yang begitu mencabar untuk ditempuh. Bagi kategori ini, peserta diberikan masa selama 1 jam 30 minit untuk melakukan persiapan sebelum dihakimi hasil kerja mereka oleh hakim bertugas dari syarikat Sasbadi sendiri. Lebih kurang 24 buah pasukan telah menyertai pertandingan kali ini. Jumlah ini dilihat peningkatan lebih 2 kali ganda berbanding tahun lalu dengan penyertaan seramai 8 buah pasukan sahaja.


Sememangnya saingan begitu sengit untuk mendapatkan perhatian para juri kali ini. Pun begitu, salah satu pasukan kami akhirnya berjaya juga memperoleh plag kemenangan dengan mendapat tempat ke-7 dalam pertandingan ini. Jatuh dua anak tangga berbanding kejayaan pada tahun lalu. Apa pun untuk bertanding diperingkat negeri, keputusan ini dilihat suatu perkembangan yang baik untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

Berikut keputusan pertandingan robotik kategori terbuka peringkat Negeri Sembilan.

Tempat Pertama : SK King George V, Seremban.
(Berjaya ke peringkat kebangsaan di Johor pada 24.9.2012)

Tempat Kedua : SK Puteri, Seremban.

Tempat Ketiga : SK Tampin, Tampin.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
31.07.2012 (Selasa)
11 Ramadhan 1433H

Assalamualaikum,

Pada tarikh ini, satu majlis untuk merasmikan pembukaan aktiviti kemerdekaan telah diadakan di Dewan Terbuka, SK Londah. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Londah, Pn Aziah bt Ahmad.


Segumpalan belon yang diisi dengan gas helium telah dijadikan simbolik bagi sesi perasmian kali ini. Murid dan guru dilihat begitu teruja dengan gimik pelancaran tahun ini.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri, dan lagu sekolah. Kemudian diikuti dengan ucapan Guru Besar seterusnya merasmikan bulan kemerdekaan yang bermula pada 31.7.2012 hingga 16.9.2012 nanti. Sebanyak 20 buah aktiviti telah dirancang dan akan dijalankan secara berkala sepanjang bulan kemerdekaan ini.


Di akhir majlis, semua murid dan guru menyanyikan lagu patriotik dan jalur gemilang.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
19.07.2012 (Khamis)
29 Syaaban 1433H


Assalamualaikum,

Petang ini lebih kurang pukul 3 petang telah diadakan satu LDP untuk guru SK Londah. Seramai 16 orang guru telah hadir bagi mendengar pengisian santai bertajuk 'Peranan Guru Dalam Transformasi Pendidikan Negara'. 

Tak kenal maka tak cinta.. Itulah yang boleh diperkatakan sepanjang sesi berlangsung yang disampaikan oleh cikgu Fauzi dari MRSM, Gemencheh. Permulaan yang agak tenang mula hingar dengan gelak tawa yang dicetuskan oleh penceramah.

Program ini dilihat berjalan dengan baik dan telah dibiayai oleh ReGU (Rangkaian Elit Guru Melayu) untuk memberikan kesedaran dan meningkatkan daya fikir dikalangan guru mengenai hala tuju pendidikan negara khususnya di Gemas yang akan dibangunkan sebagai hub pendidikan bagi Negeri Sembilan.

Sekian.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
18.07.2012 (Rabu)
28 Syaaban 1433H


Assalamualaikum,

Pada tarikh ini satu program motivasi telah diadakan di SK Londah untuk murid UPSR. Buat kesekian kalinya pada tahun ini pengurusan kecemerlangan UPSR telah menjemput konsultan dari sebuah badan yang bertapak di Seremban iaitu Al Faliheen Management untuk memberikan motivasi kepada murid UPSR SK Londah. Melihat kepada namanya sahaja, tentu sekali modul yang digunakan lebih mantap dan padat untuk murid yang terlibat dalam program ini.

Oleh kerana sekolah jarang sekali memanggil satu badan konsultan seperti ini untuk memberikan motivasi maka penganjur telah memasukkan sekali murid tahun 5 untuk turut menyertai program motivasi ini. Kata orang tua-tua, sambil menyelam minum air. Penganjur mengharapkan murid tahun 5 yang menyertai program ini dapat pendedahan awal bagi melakukan set minda ke arah mencapai skor 5A UPSR bagi tahun hadapan.

Akhir kata, wallahu a'lam..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
15.07.2012 (Ahad)
25 Syaaban 1433H


Assalamualaikum,

Sukan Sek Keb Londah akhirnya melabuhkan tirainya pada hari ini selepas lebih seminggu ianya di langsungkan. Dengan semangat yang membara ditambah baju sukan murid tahun ini ditukar baru sepenuhnya, ketiga-tiga rumah sukan telah menunjukkan saingan yang sangat sengit. Tanda aras kemenangan juga ditukar dengan mengambil kira bilangan pungutan pingat berbanding pungutan mata pada tahun lepas.

Tahun ini Juara bertukar lagi dengan kemenangan tipis memihak kepada rumah Hang Tuah. Setelah sekian lama rumah Hang Tuah mengimpikan Juara keseluruhan sejak bertahun lalu, akhirnya 2012 menunjukkan kegarangannya dengan rumah Hang Tuah menggenggam Juara keseluruhan. Sebelum ini, Juara keseluruhan dimiliki oleh rumah Hang Jebat (2011) dan rumah Hang Kasturi (2010).

Pun begitu, dalam mengejar Juara keseluruhan, rumah Hang Tuah terpaksa mengorbankan kemenangan hatrik yang dirangkul sejak 2009 iaitu Johan perbarisan yang kali ini di rampas oleh rumah Hang Jebat.

Berikut adalah keputusan pingat pada tahun ini.


JOHAN KESELURUHAN - HANG TUAH

JOHAN PERBARISAN - HANG JEBAT

OLAHRAGAWAN TAHAP 1 - ZAHIRUL ZAKUAN (JEBAT)
OLAHRAGAWATI TAHAP 1 - NORSYAZWANI RAHWANI (TUAH)
OLAHRAGAWAN TAHAP 2 - A'AIDIL SHAKIR (TUAH)
OLAHRAGAWATI TAHAP 2 - AZURA ABD KARIM (KASTURI)

ACARA IBU BAPA
JOHAN KOPEK KELAPA - EN ROSLAN B BAKAR
JOHAN ANYAM KETUPAT - PN RAMLAH BT ADOM
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
20.06.2012 (Rabu)
30 Rejab 1433H


Assalamualaikum,
Salam 1Malaysia.

Pada tarikh ini, satu majlis perjumpaan 3 penjuru antara guru, ibu bapa, dan murid telah di atur bertujuan untuk membincangkan dan menunjukkan laporan prestasi murid kepada ibu bapa. Majlis bermula jam 10.30 pagi selepas rehat waktu persekolahan. 

Dalam masa yang sama, di padang sekolah kelibat guru dan murid sedang membina garisan padang dan mengorek tanah untuk persiapan acara lompat jauh pada kejohanan sukan sekolah tahun ini. Sukan sekolah pada tahun ini akan diadakan pada bulan Julai ini nanti.

Sekian. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
14.06.2012 (Khamis)
24 Rejab 1433H


Assalamualaikum,
Salam 1Malaysia,

Pada tarikh di atas, Panitia Matematik melalui Unit Cemerlang UPSR telah mengadakan satu bengkel untuk murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Londah iaitu Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR bagi subjek matematik. Panitia telah menjemput seorang penceramah jemputan berpengalaman dalam bidang matematik sekolah rendah dan juga merupakan seorang guru cemerlang matematik iaitu Encik Abdul Razak bin Ab Said dari Sekolah Kebangsaan Kem Syed Sirajuddin, Gemas untuk memberikan ceramah dan perkongsian ilmu dalam menjawab soalan matematik UPSR. Peserta terdiri daripada murid tahun 6 dengan kehadiran seramai 33 daripada 36 orang telah menghadiri bengkel ini dengan jayanya.

Harapan kami semoga murid tahun 6 pada tahun ini lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR dan doa kami agar mereka semua beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Teruskan usaha baik kalian wahai anak-anak SK Londah sekelian.

Kejayaan anda adalah kebanggaan kami.

Wallahu A'alam.
Sekian.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
23 Mei 2012 (Rabu)
2 Rejab 1433H


Gotong-royong perdana kali ini dianjurkan oleh badan PIBG sekolah. Tujuan utamanya adalah untuk membangunkan satu wakaf menunggu bagi ibu bapa yang datang menghantar dan mengambil anak-anak mereka ke sekolah setiap hari. Aktiviti yang sudah lama terperap dalam perancangan ini akhirnya membuahkan suatu hasil realiti apabila pelaksanaannya bermula pada tarikh keramat di atas.

Pihak sekolah sangat berbangga dengan hasil kerja ini dan diharapkan ibu bapa terus menyokong segala apa jua usaha baik yang ingin ditonjolkan oleh pentadbiran sekolah dalam memantapkan lagi hubungan baik antara sekolah, PIBG, dan ibu bapa.

Antara aktiviti sampingan lain adalah gotong-royong membersihkan kawasan sekitar sekolah, mural, dan pembangunan landskap sekolah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan gotong-royong kali ini.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
16 Mei 2012, Rabu
24 Jamadil Akhir 1433H

Sempena sambutan hari guru, Sekolah Kebangsaan Londah ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru dimana jua anda berada.

Berikut merupakan survey secara kebetulan yang di buat di kalangan murid tahun 6B. Sila jangan marah yer. Tak ada hadiah pun. Saja suka-suka.

1. Guru selalu buat kelakar - Cikgu Sazali
2. Guru pemurah - Cikgu Norhana
3. Guru cantik dan bergaya - Cikgu Hazwani
4. Guru kurang denda murid - Cikgu Norhana
5. Guru selalu ambil berat - Cikgu Sazali
6. Guru bersuara sedap - Cikgu Dayang
7. Guru selalu beri inspirasi - Cikgu Aziah

Akhir kata, Selamat Hari Guru.
Guru Inovasi Penjana Transformasi Pendidikan Negara.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Khamis
29 Mac 2012
6 Jamadil Awal 1433H


Assalamualaikum,

Persiapan dewan telah dimulakan seawal petang hari Rabu lagi. Tahun ini sekolah telah mengadakan mesyuarat agung PIBG bagi kali ke-33. Apa yang pasti, tahun ini sekolah telah menyediakan peralatan siaraya yang baru bagi melancarkan lagi majlis yang akan berlangsung.

Majlis dimulakan dengan mesyuarat PIBG yang di pengerusikan oleh YDP PIBG En Mohd Jani bin Ismail pada jam 3.00 petang. Majlis yang sepatutnya bermula pada jam 2.30 petang telah di lewatkan berikutan hujan lebat dan angin kuat yang memaksa jawatankuasa untuk menggunakan plan B. Meja urusetia terpaksa dialihkan terlebih dahulu bagi mengelak dari basah dek hujan yang mencurah lebat. Pun begitu, sebaik mesyuarat dimulakan hujan mula berhenti dan mentari kembali menyinar.

Majlis dilihat berjalan lancar apabila tiada banyak rungutan kedengaran kecuali rungutan yang biasa dan akan dibawa ke perbincangan lanjut melalui mesyuarat ajk PIBG. YB Gemas, YB Datuk Paduka Hajah Zainab binti Nasir tiba ke perkarangan sekolah sebaik sahaja mesyuarat PIBG selesai. Dengan itu, YB diraikan oleh guru dan ibu bapa mengalu-alukan kedatangan YB untuk majlis perasmian beserta penutup mesyuarat. YB juga bermurah hati telah mengumumkan sumbangan kepada PIBG sekolah sebanyak RM3000.

Terima kasih, YB.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Mahukan Percutian Bajet?

Blog Archive

  • March 2023 (1)
  • January 2021 (1)
  • August 2020 (1)
  • July 2020 (5)
  • January 2020 (2)
  • December 2019 (2)
  • May 2019 (1)
  • March 2019 (9)
  • February 2019 (4)
  • December 2018 (2)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • August 2018 (6)
  • March 2018 (1)
  • March 2017 (3)
  • January 2017 (1)
  • August 2016 (3)
  • June 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • January 2016 (3)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (2)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (3)
  • June 2015 (2)
  • May 2015 (2)
  • June 2014 (1)
  • January 2014 (2)
  • November 2013 (5)
  • October 2013 (3)
  • August 2013 (2)
  • July 2013 (1)
  • May 2013 (5)
  • April 2013 (2)
  • March 2013 (1)
  • February 2013 (2)
  • January 2013 (2)
  • November 2012 (2)
  • September 2012 (4)
  • August 2012 (3)
  • July 2012 (3)
  • June 2012 (2)
  • May 2012 (2)
  • March 2012 (3)
  • February 2012 (2)
  • November 2011 (5)
  • October 2011 (2)
  • September 2011 (3)
  • July 2011 (7)
  • June 2011 (2)
  • April 2011 (1)
  • February 2011 (1)
  • January 2011 (1)
  • November 2010 (3)
  • October 2010 (2)
  • September 2010 (4)
  • August 2010 (2)
  • July 2010 (5)
  • June 2010 (4)
  • May 2010 (8)
  • April 2010 (6)
  • March 2010 (4)
  • February 2010 (5)

Popular Posts

  • Hari Pertama Minggu Pembukaan Sekolah 2023/24
    Assalamualaikum & Salam Perpaduan. Ini ada throwback bagi Hari Pertama Minggu Pembukaan Sekolah 2023/24. Tahun ini dalam sejarah, tiada ...
  • Latihan Kebakaran
    Pada 20/8/2010, satu latihan kebakaran telah dilakukan. Latihan ini bertujuan melatih murid sekolah untuk bersiap sedia bagi menghadapi seba...
  • KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH
    Pada 20 sehingga 22 Februari telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah. Alhamdulillah Pasukan Londah mendapat keputusan y...
  • Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke-63
    Alhamdulillah, pada 19 Ogos 2020 yang lalu, SK Londah telah berjaya melaksanakan majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Kali ke-63.  Majlis diad...
  • SEJARAH SEKOLAH
    SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH Sekolah Kebangsaan Londah mula ditubuhkan pada 01.02.1955. Ia terdiri dari pelajar tahun 1, 2 dan 3 yang berasal d...

Hi! Want to say something to us?

Your Name

Your Email*

Your Message*

KPM

Loading...

JPNNS

Loading...

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates