Total Pageviews

BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH

Hidup Biar Berjasa..

Pada 23/7/2010, satu program motivasi telah diadakan kepada murid tahun 6 SK Londah. Program ini dijalankan selama 2 hari bermula jam 2.30 petang 23hb sehingga 24hb berakhir pada pukul 4.00 petang. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada murid betapa pentingnya pelajaran dan juga sebagai persiapan minda murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Seramai 28 orang murid mendaftarkan diri untuk menjalani program ini.

Murid bergambar sebaik selesai sesi pendaftaran. Selepas ini, bermulalah satu lagi episod baru dalam hidup mereka, set minda.

Penceramah utama, En Shafik memulakan sesi untuk slot pertama. Sepanjang program ini, beliau dibantu oleh 3 orang fasilitator yang dijemput khas dari luar.

Hari pertama kem motivasi, murid lebih didedahkan kepada tujuan utama kem ini diadakan. Untuk itu, murid telah diberikan satu nota untuk dibaca dan dihayati, Janjiku Kepada Mak dan Abah.

Murid disajikan makanan dalam dulang. Tujuannya tak lain tak bukan untuk memupuk rasa bersyukur dengan rezeki yang diberikan dan meleraikan sifat bangga diri dalam diri murid. Sebaliknya, sifat bantu-membantu dan kerjasama dapat dilihat dalam diri murid. Ini boleh dilihat apabila murid bergilir membasuh dulang setiap kali selesai makan.

Pada sebelah malamnya, murid dikumpulkan bersama-sama solat berjemaah dan diteruskan dengan bacaan yasin yang diketuai oleh Ustaz Zaki.

Malam penghayatan yang dimulai dengan video pendek yang ringan namun padat dengan mesej yang ingin disampaikan kepada murid.

Air mata ini...

Seperti keretapi ini, sentiasa bergerak mengikut landasan. Jika terkeluar dari landasan alamatnya tergelincirlah ia dan rosak tidak berguna lagi. Begitulah hidup manusia, sentiasalah berpandukan syariat yang ditetapkan oleh Maha Pencipta iaitu Allah SWT. Jika terpesong ia, tercatitlah dalam diarimu catatan hitam dalam hidup. Namun, umat ini umat istimewa, Allah sediakan kita landasan baru untuk kita kembali iaitulah landasan taubat.

P/S: Selamat Berjaya Dalam Peperiksaan UPSR. Murid SK Londah Mesti BOLEH!
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pada 21/7/2010, satu program telah dirancang oleh guru-guru panitia Bahasa Melayu. Program ini bermula selepas waktu rehat persekolahan dan melibatkan semua murid dari tahun 1 sehingga tahun 6. Slot ini dinamakan Bijak Membaca. Bijak Membaca memerlukan murid membaca teks yang diberikan di atas pentas. Mereka akan diuji dari segi intonasi, kelancaran, sebutan, dan keyakinan. Slot ini berlanjutan sehingga tamat waktu persekolahan.

Pada sebelah petang pula, bermula jam 3.15 petang, terdapat 2 slot yang dijalankan serentak iaitu slot Membina Perkataan yang dilaksanakan dibilik J-Qaf manakala satu slot lagi ialah slot Membina Ayat yang dilaksanakan di Dewan Terbuka yang dibahagikan kepada beberapa stesen.

Guru memberikan penerangan sebelum memulakan aktiviti panitia pada sebelah petang.

Salah satu stesen yang perlu dilalui kumpulan pelajar sebelum ke stesen yang lain.

Beberapa stesen yang mempunyai tugasan berbeza kepada kumpulan pelajar dan mereka perlu menyelesaikan tugasan itu sebelum ke stesen yang lain.

Kesepakatan dan kerjasama kumpulan amat perlu untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Manakala di bilik J-Qaf, berlansung satu lagi slot Membina Perkataan yang diketuai oleh Pn Rokiah.

Setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama dan memberikan input untuk perkataan yang boleh dibuat daripada perkataan yang diberikan.

Guru juga turut bertungkus lumus memeriksa kertas murid dan memilih perkataan yang bermakna untuk pemarkahan.

Pada petang itu juga, hadiah diberikan kepada kumpulan yang berjaya beserta dengan penutupan program panitia Bahasa Melayu oleh GPK Kokurikulum.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Ucapan Guru Besar pada perhimpunan pagi 5/7/2010.

1. Murid yang berbasikal ke sekolah hendaklah memastikan ciri-ciri keselamatan pada basikal tidak diabaikan terutama penggunaan brek. Kebanyakan basikal murid tidak mempunyai brek dan ini sangat berbahaya berikutan kawasan sekolah yang berbukit.

2. Penggunaan air dan elektrik juga mestilah digunakan secara berhemah. Tutup kepala paip dan suis lampu dan kipas jika tidak digunakan. Bulan lalu, bil air sekolah sahaja meningkat sehingga RM600. Ini merugikan sekolah kerana terpaksa membayar bil air yang tinggi sedangkan purata penggunaan bulanan pada kebiasaannya hanyalah sekitar RM100 sahaja.

3. Murid tahun 6 diminta melakukan persediaan untuk menghadapi ujian canang 2 bermula esok. Keputusan mestilah lebih baik dan meningkat. Latihan yang diberikan oleh guru mestilah dibuat dengan sempurna dan tidak bertangguh.

4. Berkenaan kebersihan tandas sekolah, murid dinasihatkan agar mengesat dahulu tapak kasut pada rumput sebelum masuk ke tandas. Ini boleh mengurangkan kekotoran pada lantai tandas yang selalunya terjadi apabila murid masuk ke tandas dengan tapak kasut yang kotor dengan tanah.

5. Akhir sekali, murid dilarang mendekati kawasan binaan yang sedang berlangsung ketika ini iaitu pembaikkan longkang sekolah. Pengawas sekolah hendaklah memastikan tiada murid yang dengan sengaja bermain-main di kawasan tersebut.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
2/7/2010, satu perjumpaan telah diadakan diantara guru, murid dan penjaga. Perjumpaan ini bertujuan untuk guru, murid serta penjaga kepada murid agar dapat duduk semeja berbincang mengenai prestasi murid dan tindakan meningkatkan prestasi murid berpandukan kepada prestasi semasa murid tersebut.

Pada hari ini, ramai penjaga yang hadir datang menandatangani buku rekod prestasi murid. Semuanya sabar menunggu giliran masing-masing untuk bersoal jawab dengan guru kelas anak masing-masing. Tidak kurang ada yang bertanyakan buku-buku rujukan yang sesuai mengikut subjek yang dikehendaki untuk diberikan kepada anak-anak.

Dikesempatan ini juga, pihak sekolah telah mengadakan suatu sudut jualan langsung berupa barangan terpakai untuk dibeli oleh penjaga murid yang berkunjung datang ke sekolah pada hari ini sahaja. Pun begitu, ada juga barangan yang dijual dibeli oleh murid-murid sendiri. Hasil jualan ini akan ditabungkan kepada tabungan Kelab Guru SK Londah.

P/S: Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang begitu prihatin datang ke sekolah untuk berjumpa guru dan duduk semeja berbincang mengenai prestasi anak masing-masing. Adalah diharapkan ibu bapa dan penjaga juga boleh turut serta dalam aktiviti sekolah dengan turun beramai-ramai seperti hari ini untuk sama-sama meningkatkan keharmonian dan keselesaan murid belajar di SK Londah terutamanya aktiviti gotong-royong yang sering hambar dengan kehadiran ibu bapa dan penjaga.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Sejak beberapa bulan yang lalu, SK Londah mempunyai masalah dengan sistem longkang tersumbat akibat tanah mendap di tebing padang sekolah. Keadaan ini amat membimbangkan kerana murid sekolah sering menggunakan tangga ditebing ini untuk ke padang sekolah apabila aktiviti Pendidikan Jasmani dilakukan. Sejak itu, laluan tangga ini terpaksa ditutup kepada murid untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Justeru itu, pihak pentadbir sekolah telah membuat aduan kepada PPD, JPN dan JKR untuk memohon pembaikkan longkang. Hari ini, proses pembaikkan ini sedang dijalankan.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Sepanjang cuti sekolah yang lalu, telah berlangsung satu Kejohanan Bola Tampar MSSM. Kejohanan yang berlangsung di Alor Setar, Kedah bermula dari 6 hingga 11 Jun 2010 ini telah sekali lagi menaikkan dan mengharumkan nama sekolah pada peringkat Kebangsaan di mana keputusan kejohanan agak membanggakan pihak sekolah kerana ada dikalangan atlit yang bermain terdiri dari murid SK Londah.

Antara murid yang terlibat ialah:

1) Nurul Izzati binti Talib.
2) Nurul Rabiatul Adawiyah binti Norezam.
3) Nurul Nadiah binti Talib.
4) Mohd Dzul Iskandar bin Sani.

Salah seorang murid iaitu adik Nurul Izzati telah terpilih sebagai Servis Terbaik Kebangsaan, National Best Server.

Keputusan kejohanan:

Perempuan bawah 12 tahun: Naib Johan Kebangsaan.
Lelaki bawah 12 tahun: Pusingan awal.





Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Perutusan Guru Besar pada perhimpunan pagi 21/6/2010.

1. Mengalu-alukan kedatangan 4 orang guru baru ke SK Londah, 3 lelaki dan seorang perempuan bagi sesi kemasukan Jun 2010. Tenaga baru ini terdiri dari En Nazaruddin (Sains), En Azril Anuar (PJ), En Suhaimi (Matematik), dan Pn Salmi (BM).

2. Menyatakan rasa kebimbangan dengan kehadiran murid tahun 6 ke kelas bimbingan sepanjang cuti sekolah yang lalu kerana hampir separuh murid tidak hadir ke kelas bimbingan terutama murid yang lemah.

3. Kelas tahun 5 akan dipecahkan kepada 2 kelas dan akan ada perubahan jadual waktu di kelas dan juga jadual guru mengajar. Oleh itu, minta semua guru bekerjasama agar perubahan ini berjalan lancar.

4. Akhirnya, harapan semoga semester kedua akan lebih bersemangat dalam mensasarkan pencapaian murid yang lebih baik dengan kehadiran 4 orang lagi tenaga pengajar.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
04/06/2010, SK Londah telah mengadakan jamuan bersempena perpisahan cikgu Aida yang akan bertukar sekolah. Dalam majlis yang serba ringkas, cikgu Shafik selaku pengerusi meminta cikgu Aida untuk memberikan ucapan terakhir beliau bertugas di sini. Seterusnya diikuti ucapan Guru Besar, Tn Hj Mustaffa memberikan kata-kata semangat dan menerima secara berat hati pemergian cikgu Aida dari SK Londah.

Apapun, sempat juga diselitkan ucapan selamat datang kepada cikgu-cikgu yang baru berkhidmat di SK Londah bermula Januari yang lalu walaupun agak lewat majlis diadakan.

Akhir kata, selamat menempuhi suasana baru kepada cikgu Aida dan janganlah sesekali lupakan kami, guru dan murid di SK Londah.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hari ini, 18 Mei 2010, satu pertandingan bowling antara guru SK Londah telah diadakan pada sebelah petang di G-Bowl Bowling Centre, pekan Gemas. Seramai 7 kumpulan berentap penuh semangat. Satu kumpulan mempunyai keahlian seramai 3 orang. Pertandingan ini berlangsung sebanyak tiga set perlawanan dan dibiayai sepenuhnya oleh kelab guru.

~Antara kumpulan yang hadir dan siap sedia memulakan saingan~

~Beberapa orang murid turut hadir memeriahkan suasana~

~Kebanyakan guru menunjukkan skil bermain masing-masing~

~Hadiah disampaikan oleh guru besar selepas saingan berakhir~

Keputusan pertandingan bowling:

Kumpulan Exora (Johan dengan pungutan mata 862)
1) En Zaki, jumlah pungutan mata 364
2) En Fadil, jumlah pungutan mata 222
3) Pn Ayu, jumlah pungutan mata 276

Kumpulan Waja (Naib Johan dengan pungutan mata 837)
1) Ust Amin, jumlah pungutan mata 286
2) Cg Dayang, jumlah pungutan mata 211
3) En Zaidi, jumlah pungutan mata 340

Kumpulan Saga (Tempat ke-3 dengan pungutan mata 801)
1) Cg Sharifuddin, jumlah pungutan mata 309
2) Pn Hamimi, jumlah pungutan mata 208
3) Cg Shafik, jumlah pungutan mata 284

Kumpulan Pesona (Tempat ke-4 dengan pungutan mata 694)
1) Cg Zamri, jumlah pungutan mata 249
2) Cg Norhana, jumlah pungutan mata 193
3) Cg Norsuriati, jumlah pungutan mata 252

Kumpulan Satria (Tempat ke-5 dengan pungutan mata 652)
1) Cg Rafdi, jumlah pungutan mata 232
2) Pn Ramlah, jumlah pungutan mata 264
3) Ustz Khalilah, jumlah pungutan mata 156

Kumpulan Wira (Tempat ke-6 dengan pungutan mata 628)
1) Tn Hj Mustaffa, jumlah pungutan mata 259
2) Cg Rohani, jumlah pungutan mata 223
3) Ustz Amirah, jumlah pungutan mata 146

Kumpulan Juwara (Tempat ke-7 dengan pungutan mata 612)
1) Ust Zaki, jumlah pungutan mata 241
2) Cg Ruzita, jumlah pungutan mata 197
3) Ustz Zalifah, jumlah pungutan mata 174

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Hari ini, 17 Mei 2010, SK Londah telah mengadakan satu majlis Sambutan Hari Guru. Suasana cukup meriah ditambah dengan kehadiran YDP PIBG, En. M. Zaki bin Majid dan AJK PIBG, Pn Ramlah binti Adom. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu kebesaran Negeri Sembilan dan lagu sekolah. Seterusnya, majlis diteruskan dengan perutusan ucapan Menteri Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh cikgu Aida, dan ucapan Pengarah Pelajaran Malaysia oleh cikgu Zalifah. Majlis kemudiannya diakhiri dengan nyanyian lagu Guru Malaysia, lagu Guru Pembina Negara Bangsa dan ikrar guru oleh Ustaz Md Amin. Berikut beberapa rentetan peristiwa sepanjang Sambutan Hari Guru berlangsung.

~Guru-guru sibuk mempersiapkan alatan teknikal sebelum majlis berlangsung~

~Guru bertugas mingguan merangkap pengerusi majlis, Pn Rohani bt Mohamed~

~Cg Rafdi dan Cg Zamri ditugaskan merakamkan majlis Sambutan Hari Guru~

~Persembahan pelajar, kompang dan nyanyian nasyid~

~Persembahan pelajar, lakonan~

~Persembahan guru, panggil jer nama.. siapa yang kena, nasib ler kena buat persembahan spontan. Tapi, rata-rata cikgu sporting~

~Acara guru lelaki, bermain ping pong~

Keputusan perlawanan ping pong pusingan awal (kalah mati):

1) Cg Zamri lwn cg Sharifuddin, keputusan 11-5, 11-9, cg Zamri menang.
2) Cg Md Amin lwn en Zaidi (PAR), keputusan cg Md Amin menang tanpa bertanding.
3) Tn Hj Mustaffa lwn en M Zaki (YDP PIBG), keputusan 11-4, 11-8, Tn Hj Mustaffa menang.
4) Cg Zaki lwn cg Shafik, keputusan 7-11, 5-11, cg Shafik menang.

Pusingan separuh akhir:

1) Cg Zamri lwn cg Md Amin, keputusan 4-11, 2-11, Cg Md Amin menang.
2) Tn Hj Mustaffa lwn cg Shafik, keputusan 11-7, 7-11, 11-4, Tn Hj Mustaffa menang.

Pusingan akhir:

Cg Md Amin lwn Tn Hj Mustaffa, keputusan 11-4, 11-7.
Cg Md Amin JUARA!

~Slot bergambar semua guru SK Londah. Dari kiri belakang: cg Norsuriati, cg Norhana, cg Ruzita, Pn Rokiah (GPK HEM), cg Zalifah, cg Dayang, Pn Hamimi (GPK 1), cg Aida, dan cg Rohani. Dari kiri depan: En Md Amin (GPK KO), cg, Zaki, cg Rafdi, Tn Hj Mustaffa (GB), cg Sharifuddin, cg Zamri, dan cg Shafik.~

P/S: Guru.. dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru. Terima kasih cikgu dan Selamat Hari Guru..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Mahukan Percutian Bajet?

Blog Archive

  • March 2023 (1)
  • January 2021 (1)
  • August 2020 (1)
  • July 2020 (5)
  • January 2020 (2)
  • December 2019 (2)
  • May 2019 (1)
  • March 2019 (9)
  • February 2019 (4)
  • December 2018 (2)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • August 2018 (6)
  • March 2018 (1)
  • March 2017 (3)
  • January 2017 (1)
  • August 2016 (3)
  • June 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • January 2016 (3)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (2)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (3)
  • June 2015 (2)
  • May 2015 (2)
  • June 2014 (1)
  • January 2014 (2)
  • November 2013 (5)
  • October 2013 (3)
  • August 2013 (2)
  • July 2013 (1)
  • May 2013 (5)
  • April 2013 (2)
  • March 2013 (1)
  • February 2013 (2)
  • January 2013 (2)
  • November 2012 (2)
  • September 2012 (4)
  • August 2012 (3)
  • July 2012 (3)
  • June 2012 (2)
  • May 2012 (2)
  • March 2012 (3)
  • February 2012 (2)
  • November 2011 (5)
  • October 2011 (2)
  • September 2011 (3)
  • July 2011 (7)
  • June 2011 (2)
  • April 2011 (1)
  • February 2011 (1)
  • January 2011 (1)
  • November 2010 (3)
  • October 2010 (2)
  • September 2010 (4)
  • August 2010 (2)
  • July 2010 (5)
  • June 2010 (4)
  • May 2010 (8)
  • April 2010 (6)
  • March 2010 (4)
  • February 2010 (5)

Popular Posts

  • Hari Pertama Minggu Pembukaan Sekolah 2023/24
    Assalamualaikum & Salam Perpaduan. Ini ada throwback bagi Hari Pertama Minggu Pembukaan Sekolah 2023/24. Tahun ini dalam sejarah, tiada ...
  • Latihan Kebakaran
    Pada 20/8/2010, satu latihan kebakaran telah dilakukan. Latihan ini bertujuan melatih murid sekolah untuk bersiap sedia bagi menghadapi seba...
  • KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH
    Pada 20 sehingga 22 Februari telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah. Alhamdulillah Pasukan Londah mendapat keputusan y...
  • Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke-63
    Alhamdulillah, pada 19 Ogos 2020 yang lalu, SK Londah telah berjaya melaksanakan majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Kali ke-63.  Majlis diad...
  • SEJARAH SEKOLAH
    SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH Sekolah Kebangsaan Londah mula ditubuhkan pada 01.02.1955. Ia terdiri dari pelajar tahun 1, 2 dan 3 yang berasal d...

Hi! Want to say something to us?

Your Name

Your Email*

Your Message*

KPM

Loading...

JPNNS

Loading...

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates