Total Pageviews

BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH

Hidup Biar Berjasa..

06.11.2012, Selasa
21 Zulhijjah 1433H


Assalamualaikum,

Lebih kurang jam 7 pagi, bas membawa murid tahun 6 SK Londah bergerak ke Kuala Lumpur sempena lawatan khas untuk murid tahun 6. Lawatan ini berhenti di Tasik UPM (depan pintu masuk UPM) untuk sarapan pagi.

Bas kemudian membawa rombongan ke Kilang Beryl's Chocolate & Confectionery Sdn Bhd yang terletak di Seri Kembangan. Murid di bawa ke dalam dewan untuk tayangan pengenalan bagaimana coklat dihasilkan di kilang ini. Selepas itu, murid dibawa mengelilingi tempat dimana coklat di hasilkan. Kesempatan melawat kilang coklat ini juga membuatkan setiap tangan membimbit coklat yang dibeli untuk dibawa pulang.

Selepas itu, bas kembali meneruskan perjalanan ke KLCC yang menempatkan Petrosains dan Aquaria. Murid begitu teruja sepanjang perjalanan dan masing-masing menampakkan wajah keriangan sepanjang perjalanan pulang.

P/S : Sempat tgk kamera AES di tepi jalan dengan flash yang tak henti-henti berkelip..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
03.11.2012, Sabtu
18 Zulhijjah 1433H


Assalamualaikum,

Pada hari ini satu pertandingan untuk murid sekolah rendah zon Gemas telah diatur dan telah pun sempurna dilaksanakan. Pertandingan ini ialah pertandingan futsal tunas harapan bawah 12 tahun. Ianya diadakan di Kompleks Sukan Komuniti Felda Jelai dan telah dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Gemas NSDK dengan kerjasama bersama Pejabat Pelajaran Daerah Tampin.

Untuk itu, SK Londah tidak ketinggalan dengan menyediakan 2 buah pasukan yang disertai oleh murid tahun 6 terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan.

Berikut keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan SK Londah.

Perempuan

SKL vs SK Pasir Besar B : Seri 0 - 0
SKL vs SK Sg Kelamah A : Kalah 0 - 3
SKL vs SK Kem Syed Sirajuddin : Kalah 0 - 1

*Perlawanan tamat diperingkat liga kumpulan sahaja.

Lelaki

SKL vs SK Kem Syed Sirajuddin : Menang 1 - 0
SKL vs SK Sg Kelamah : Kalah 1 - 2
SKL vs SK Jelai 3 : Menang 3 - 0
SKL vs SK Gemas B : Seri 1 - 1

Layak ke Separuh Akhir

SKL vs SK Jelai 2 : Menang 2 - 0

Layak ke Peringkat Akhir

SKL vs SK Kg Ladang : Seri 2 - 2

*SKL kalah melalui penentuan sepakan penalti, 1 - 3

Walaupun tidak mendapat status juara, namun keupayaan murid mampu ke peringkat akhir dan bergelar Naib Juara cukup mengagumkan banyak pihak khasnya guru SKL sendiri. Buat semua pemain TAHNIAH kami ucapkan.

P/S : Apa pula keputusan guru yang isi borang tukar sekolah untuk sesi 2013 yer? 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
22 September 2012, Sabtu
6 Zulkaedah 1433H


Assalamualaikum,

Buat pertama kalinya sejak SK Londah menggunakan bangunan baru pada tahun 2010 adanya program peringkat daerah di sini. Seramai 24 buah sekolah rendah daerah Tampin berkumpul di SK Londah hari ini untuk pertandingan semaian wahyu di bawah program anjuran j-Qaf dan KAP. Sememangnya pemilihan SK Londah sebagai tuan rumah pada tahun ini memberikan suatu kebanggaan buat semua warga sekolah. Ianya suatu cabaran besar yang akan dipikul oleh setiap anggota bagi melancarkan setiap inci perjalanan program ini.

Semaian wahyu? 

Ramai yang masih belum sedar akan program ini. Semaian wahyu adalah merupakan program tahunan j-Qaf dan KAP di bawah bidang Pendidikan Islam. J-Qaf telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan perdana menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ianya berterusan dalam sistem pendidikan sehingga kini.

Semaian wahyu menilai bakat dan kemampuan murid dalam empat buah pertandingan iaitu,

1) Tilawah al-Quran
2) Kuiz
3) Dikir Arab (Dikir barat yang di olah bahasa dalam bahasa arab), dan
4) Kalam Jamaie (Coral speaking)

Berikut adalah keputusan pertandingan.

Tilawah tahap 1

Lelaki
1) SK Dr Sulaiman
2) SK Tunku Besar Tampin
3) SK Kg Ladang

Perempuan
1) SK Gedok
2) SK Bkt Rokan
3) SK Gemas

Tilawah tahap 2

Lelaki
1) SK Kem Syed Sirajudin
2) SK Pasir Besar
3) SK Tunku Besar Tampin

Perempuan
1) SK Gemas
2) SK Tunku Besar Tampin
3) SK Jelai 1 (F)

Kuiz tahap 1
1) SK Bkt Rokan
2) SK Gedok
3) SK Kem Syed Sirajudin

Kuiz tahap 2
1) SK Bkt Rokan
2) SK Sg Kelamah
3) SK Tunku Besar Tampin

Dikir Barat
1) SK Tunku Abdul Rahman
2) SK Datuk Abdullah
3) SK Tunku Besar Tampin

Kalam Jamaie
1) SK Gemas
2) SK Tunku Besar Tampin
3) SK Pasir Besar

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
18 September 2012, Selasa
2 Zulkaedah 1433H


Assalamualaikum,

Pagi ini sekolah telah mengadakan majlis penutup bulan kemerdekaan bagi tahun 2012. Beberapa pertandingan masih berlangsung pagi ini seperti pertandingan koir, pakaian beragam, dan pentomen.

Semua pertandingan yang telah berlangsung sepanjang bulan kemerdekaan juga dianugerahkan hadiah dalam majlis ini. Semua murid kelihatan gembira dan ada juga dikalangan murid yang berani tampil menyanyikan lagu bertemakan kemerdekaan di atas pentas.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
14 September 2012, Jumaat
27 Syawwal 1433H

Majlis Khatam Al-Quran


Pada sebelah pagi Majlis Khatam Al-Quran mengambil tempat untuk mengisi slot pagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Walaupun Syawwal sudah menjenguk hari ke-27, majlis ini tetap dijalankan seadanya seperti saban tahun. Majlis seperti ini sememangnya merupakan salah satu aktiviti oleh Panitia Agama Islam.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri


Lebih kurang jam 9.30 pagi, barulah dewan Sekolah Kebangsaan Londah digamatkan dengan lagu hari raya dengan semua murid diraikan dengan pelbagai juadah yang enak dan lazat. Yang paling best tentu sekali makanan kesukaan mereka iaitu aiskrim yang telah di bawakan khas kepada mereka dari peniaga luar. Terima kasih kepada En Johari, ajk PIBG yang telah menjadi penaja kepada bekalan aiskrim tersebut.

Suasana sememangnya meriah dengan pakaian yang perbagai corak dan warna digayakan oleh murid SK Londah. Apatah lagi sepanjang lagu raya dimainkan mereka turut serta menyanyikan lagu tersebut. Bagaikan baru di minggu pertama hari raya. Itulah yang boleh digambarkan tentang kemeriahan sambutan hari raya di sini sedangkan hakikatnya kita telah pun berada di penghujung Syawwal.

Sekolah akan cuti pada hari Isnin 17.09.2012 sempena hari Malaysia. Sekolah akan bermula seperti biasa dalam bulan Zulkaedah, hari Selasa 18.09.2012. Tiada lagi Syawwal untuk diraikan.. sedih memang sedih..

Apa pun, semoga kita berjumpa lagi dengan Ramadhan akan datang dan memeriahkan Syawwal dengan memperbanyakkan lagi aktiviti kunjung-mengunjung dan bermaafan. Semoga kita semua sentiasa dalam keberkatan olehNya.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
6 September 2012, Khamis
19 Syawwal 1433H


Assalamualaikum,

Petang ini satu majlis telah diatur untuk murid tahun 6. Saat akhir perjuangan telah pun semakin hampir untuk sedia menghadapi peperiksaan UPSR. Majlis petang ini bertujuan agar murid sedar akan tanggungjawab mereka untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang sebenar nanti.

Namun dalam mengejar kejayaan, faktor-faktor penentu kejayaan itu mestilah terlebih dahulu di hargai dan di kenalpasti. Begitulah keadaannya dengan murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Londah ini. Mereka perlu dengan penuh insaf dan sedar memohon maaf akan sebarang kesalahan lalu terhadap guru mahu pun ibu bapa. Tujuannya tidak lain tidak bukan agar hati mereka sentiasa bersih dan dengan asbab yang demikian akan memudahkan mereka dalam menjawab setiap satu kertas peperiksaan yang akan mereka duduki nanti. Inilah yang di namakan sebagai ijabat / mohon izin ilmu.

Semua cikgu SK Londah mengharapkan kejayaan kamu semua, maka kamu buatlah sehabis baik untuk membuktikan pada orang di keliling kamu bahawasanya kamu juga boleh berjaya. 

MURID UPSR SK LONDAH SENTIASA BOLEH!
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
30.08.2012, Khamis
12 Syawal 1433H


Assalamualaikum,

Dalam kesibukan mengejar murid tahun 6 untuk persiapan menghadapi peperiksaan UPSR yang akan bermula 12 hari sahaja lagi, sekolah masih sempat mengadakan majlis sambutan kemerdekaan pada hari ini. Semua murid dikehendaki memakai baju melayu dan kurung bersempena dengan tema 'orang lama' seperti pakaian orang dulu-dulu.

Bermula jam 8 pagi, murid dikumpulkan di dewan terbuka dengan sepanduk masing-masing. Mereka dikehendaki berarak dalam kawasan sekolah dengan laungan MERDEKA! Lagak mereka seperti orang zaman dahulu yang keluar beramai-ramai ke Dataran Merdeka dengan sepanduk masing-masing berkumpul dan melaungkan semangat kemerdekaan bersama. Kalau dulu kita dihidangkan dengan pandangan hitam putih di kaca televisyen, hari ini kita boleh melihat semangat yang sama dengan panorama warna warni.

Selepas perarakan, murid sekali lagi berkumpul dan mengangkat tangan membaca ikrar rukun negara diikuti dengan laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! sebanyak 7 kali. Jauh di sudut hati sepertinya Tunku Abdul Rahman yang melaungkan laungan itu. Inilah sebenarnya semangat yang perlu disemai dalam hati sanubari kita sebagai rakyat yang merdeka, lebih-lebih lagi kepada murid yang lahir selepas kemerdekaan. Mereka sepatutnya lebih berbangga kerana lahirnya telah mengecapi saat senang, tidak perlu mengharungi susah payah berjuang dalam menuntut kemerdekaan. Oleh itu, kemerdekaan ini mestilah kita hargai dan pertahankan dengan sepenuh jiwa dan raga agar anak cucu kita di masa hadapan turut sama dapat mengecapi nikmat ini sampai bila-bila.

Marilah sempena kemerdekaan ke-55 ini, kita sama-sama melaungkan dengan penuh semangat,

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
01.08.2012 (Rabu)
12 Ramadhan 1433H

Assalamualaikum,

Pada tarikh ini, satu pertandingan robotik kategori terbuka peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di SMK Puteri, Seremban. Sebagai sebuah sekolah kluster robotik, SK Londah tidak ketinggalan menghantar 2 pasukan ke pertandingan ini.


Buat pertama kalinya pertandingan kali ini telah diadakan pada bulan Ramadhan, bulan berpuasa bagi umat Islam. Oleh itu, perjalanan kami dari Gemas yang mengambil masa lebih kurang 2 jam sememangnya suatu ujian yang begitu mencabar untuk ditempuh. Bagi kategori ini, peserta diberikan masa selama 1 jam 30 minit untuk melakukan persiapan sebelum dihakimi hasil kerja mereka oleh hakim bertugas dari syarikat Sasbadi sendiri. Lebih kurang 24 buah pasukan telah menyertai pertandingan kali ini. Jumlah ini dilihat peningkatan lebih 2 kali ganda berbanding tahun lalu dengan penyertaan seramai 8 buah pasukan sahaja.


Sememangnya saingan begitu sengit untuk mendapatkan perhatian para juri kali ini. Pun begitu, salah satu pasukan kami akhirnya berjaya juga memperoleh plag kemenangan dengan mendapat tempat ke-7 dalam pertandingan ini. Jatuh dua anak tangga berbanding kejayaan pada tahun lalu. Apa pun untuk bertanding diperingkat negeri, keputusan ini dilihat suatu perkembangan yang baik untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

Berikut keputusan pertandingan robotik kategori terbuka peringkat Negeri Sembilan.

Tempat Pertama : SK King George V, Seremban.
(Berjaya ke peringkat kebangsaan di Johor pada 24.9.2012)

Tempat Kedua : SK Puteri, Seremban.

Tempat Ketiga : SK Tampin, Tampin.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
31.07.2012 (Selasa)
11 Ramadhan 1433H

Assalamualaikum,

Pada tarikh ini, satu majlis untuk merasmikan pembukaan aktiviti kemerdekaan telah diadakan di Dewan Terbuka, SK Londah. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Londah, Pn Aziah bt Ahmad.


Segumpalan belon yang diisi dengan gas helium telah dijadikan simbolik bagi sesi perasmian kali ini. Murid dan guru dilihat begitu teruja dengan gimik pelancaran tahun ini.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri, dan lagu sekolah. Kemudian diikuti dengan ucapan Guru Besar seterusnya merasmikan bulan kemerdekaan yang bermula pada 31.7.2012 hingga 16.9.2012 nanti. Sebanyak 20 buah aktiviti telah dirancang dan akan dijalankan secara berkala sepanjang bulan kemerdekaan ini.


Di akhir majlis, semua murid dan guru menyanyikan lagu patriotik dan jalur gemilang.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
19.07.2012 (Khamis)
29 Syaaban 1433H


Assalamualaikum,

Petang ini lebih kurang pukul 3 petang telah diadakan satu LDP untuk guru SK Londah. Seramai 16 orang guru telah hadir bagi mendengar pengisian santai bertajuk 'Peranan Guru Dalam Transformasi Pendidikan Negara'. 

Tak kenal maka tak cinta.. Itulah yang boleh diperkatakan sepanjang sesi berlangsung yang disampaikan oleh cikgu Fauzi dari MRSM, Gemencheh. Permulaan yang agak tenang mula hingar dengan gelak tawa yang dicetuskan oleh penceramah.

Program ini dilihat berjalan dengan baik dan telah dibiayai oleh ReGU (Rangkaian Elit Guru Melayu) untuk memberikan kesedaran dan meningkatkan daya fikir dikalangan guru mengenai hala tuju pendidikan negara khususnya di Gemas yang akan dibangunkan sebagai hub pendidikan bagi Negeri Sembilan.

Sekian.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
18.07.2012 (Rabu)
28 Syaaban 1433H


Assalamualaikum,

Pada tarikh ini satu program motivasi telah diadakan di SK Londah untuk murid UPSR. Buat kesekian kalinya pada tahun ini pengurusan kecemerlangan UPSR telah menjemput konsultan dari sebuah badan yang bertapak di Seremban iaitu Al Faliheen Management untuk memberikan motivasi kepada murid UPSR SK Londah. Melihat kepada namanya sahaja, tentu sekali modul yang digunakan lebih mantap dan padat untuk murid yang terlibat dalam program ini.

Oleh kerana sekolah jarang sekali memanggil satu badan konsultan seperti ini untuk memberikan motivasi maka penganjur telah memasukkan sekali murid tahun 5 untuk turut menyertai program motivasi ini. Kata orang tua-tua, sambil menyelam minum air. Penganjur mengharapkan murid tahun 5 yang menyertai program ini dapat pendedahan awal bagi melakukan set minda ke arah mencapai skor 5A UPSR bagi tahun hadapan.

Akhir kata, wallahu a'lam..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Mahukan Percutian Bajet?

Blog Archive

  • March 2023 (1)
  • January 2021 (1)
  • August 2020 (1)
  • July 2020 (5)
  • January 2020 (2)
  • December 2019 (2)
  • May 2019 (1)
  • March 2019 (9)
  • February 2019 (4)
  • December 2018 (2)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • August 2018 (6)
  • March 2018 (1)
  • March 2017 (3)
  • January 2017 (1)
  • August 2016 (3)
  • June 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • January 2016 (3)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (2)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (3)
  • June 2015 (2)
  • May 2015 (2)
  • June 2014 (1)
  • January 2014 (2)
  • November 2013 (5)
  • October 2013 (3)
  • August 2013 (2)
  • July 2013 (1)
  • May 2013 (5)
  • April 2013 (2)
  • March 2013 (1)
  • February 2013 (2)
  • January 2013 (2)
  • November 2012 (2)
  • September 2012 (4)
  • August 2012 (3)
  • July 2012 (3)
  • June 2012 (2)
  • May 2012 (2)
  • March 2012 (3)
  • February 2012 (2)
  • November 2011 (5)
  • October 2011 (2)
  • September 2011 (3)
  • July 2011 (7)
  • June 2011 (2)
  • April 2011 (1)
  • February 2011 (1)
  • January 2011 (1)
  • November 2010 (3)
  • October 2010 (2)
  • September 2010 (4)
  • August 2010 (2)
  • July 2010 (5)
  • June 2010 (4)
  • May 2010 (8)
  • April 2010 (6)
  • March 2010 (4)
  • February 2010 (5)

Popular Posts

  • Hari Pertama Minggu Pembukaan Sekolah 2023/24
    Assalamualaikum & Salam Perpaduan. Ini ada throwback bagi Hari Pertama Minggu Pembukaan Sekolah 2023/24. Tahun ini dalam sejarah, tiada ...
  • Latihan Kebakaran
    Pada 20/8/2010, satu latihan kebakaran telah dilakukan. Latihan ini bertujuan melatih murid sekolah untuk bersiap sedia bagi menghadapi seba...
  • KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH
    Pada 20 sehingga 22 Februari telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah. Alhamdulillah Pasukan Londah mendapat keputusan y...
  • Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke-63
    Alhamdulillah, pada 19 Ogos 2020 yang lalu, SK Londah telah berjaya melaksanakan majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Kali ke-63.  Majlis diad...
  • SEJARAH SEKOLAH
    SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH Sekolah Kebangsaan Londah mula ditubuhkan pada 01.02.1955. Ia terdiri dari pelajar tahun 1, 2 dan 3 yang berasal d...

Hi! Want to say something to us?

Your Name

Your Email*

Your Message*

KPM

Loading...

JPNNS

Loading...

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates