Total Pageviews

BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH

Hidup Biar Berjasa..

14.06.2012 (Khamis)
24 Rejab 1433H


Assalamualaikum,
Salam 1Malaysia,

Pada tarikh di atas, Panitia Matematik melalui Unit Cemerlang UPSR telah mengadakan satu bengkel untuk murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Londah iaitu Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR bagi subjek matematik. Panitia telah menjemput seorang penceramah jemputan berpengalaman dalam bidang matematik sekolah rendah dan juga merupakan seorang guru cemerlang matematik iaitu Encik Abdul Razak bin Ab Said dari Sekolah Kebangsaan Kem Syed Sirajuddin, Gemas untuk memberikan ceramah dan perkongsian ilmu dalam menjawab soalan matematik UPSR. Peserta terdiri daripada murid tahun 6 dengan kehadiran seramai 33 daripada 36 orang telah menghadiri bengkel ini dengan jayanya.

Harapan kami semoga murid tahun 6 pada tahun ini lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR dan doa kami agar mereka semua beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Teruskan usaha baik kalian wahai anak-anak SK Londah sekelian.

Kejayaan anda adalah kebanggaan kami.

Wallahu A'alam.
Sekian.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
23 Mei 2012 (Rabu)
2 Rejab 1433H


Gotong-royong perdana kali ini dianjurkan oleh badan PIBG sekolah. Tujuan utamanya adalah untuk membangunkan satu wakaf menunggu bagi ibu bapa yang datang menghantar dan mengambil anak-anak mereka ke sekolah setiap hari. Aktiviti yang sudah lama terperap dalam perancangan ini akhirnya membuahkan suatu hasil realiti apabila pelaksanaannya bermula pada tarikh keramat di atas.

Pihak sekolah sangat berbangga dengan hasil kerja ini dan diharapkan ibu bapa terus menyokong segala apa jua usaha baik yang ingin ditonjolkan oleh pentadbiran sekolah dalam memantapkan lagi hubungan baik antara sekolah, PIBG, dan ibu bapa.

Antara aktiviti sampingan lain adalah gotong-royong membersihkan kawasan sekitar sekolah, mural, dan pembangunan landskap sekolah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan gotong-royong kali ini.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
16 Mei 2012, Rabu
24 Jamadil Akhir 1433H

Sempena sambutan hari guru, Sekolah Kebangsaan Londah ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru dimana jua anda berada.

Berikut merupakan survey secara kebetulan yang di buat di kalangan murid tahun 6B. Sila jangan marah yer. Tak ada hadiah pun. Saja suka-suka.

1. Guru selalu buat kelakar - Cikgu Sazali
2. Guru pemurah - Cikgu Norhana
3. Guru cantik dan bergaya - Cikgu Hazwani
4. Guru kurang denda murid - Cikgu Norhana
5. Guru selalu ambil berat - Cikgu Sazali
6. Guru bersuara sedap - Cikgu Dayang
7. Guru selalu beri inspirasi - Cikgu Aziah

Akhir kata, Selamat Hari Guru.
Guru Inovasi Penjana Transformasi Pendidikan Negara.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Khamis
29 Mac 2012
6 Jamadil Awal 1433H


Assalamualaikum,

Persiapan dewan telah dimulakan seawal petang hari Rabu lagi. Tahun ini sekolah telah mengadakan mesyuarat agung PIBG bagi kali ke-33. Apa yang pasti, tahun ini sekolah telah menyediakan peralatan siaraya yang baru bagi melancarkan lagi majlis yang akan berlangsung.

Majlis dimulakan dengan mesyuarat PIBG yang di pengerusikan oleh YDP PIBG En Mohd Jani bin Ismail pada jam 3.00 petang. Majlis yang sepatutnya bermula pada jam 2.30 petang telah di lewatkan berikutan hujan lebat dan angin kuat yang memaksa jawatankuasa untuk menggunakan plan B. Meja urusetia terpaksa dialihkan terlebih dahulu bagi mengelak dari basah dek hujan yang mencurah lebat. Pun begitu, sebaik mesyuarat dimulakan hujan mula berhenti dan mentari kembali menyinar.

Majlis dilihat berjalan lancar apabila tiada banyak rungutan kedengaran kecuali rungutan yang biasa dan akan dibawa ke perbincangan lanjut melalui mesyuarat ajk PIBG. YB Gemas, YB Datuk Paduka Hajah Zainab binti Nasir tiba ke perkarangan sekolah sebaik sahaja mesyuarat PIBG selesai. Dengan itu, YB diraikan oleh guru dan ibu bapa mengalu-alukan kedatangan YB untuk majlis perasmian beserta penutup mesyuarat. YB juga bermurah hati telah mengumumkan sumbangan kepada PIBG sekolah sebanyak RM3000.

Terima kasih, YB.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Jumaat
23 Mac 2012 
30 Rabiul Akhir 1433H


Assalamualaikum,

Pertama kalinya sekolah mengadakan latihan kecemasan kebakaran pada tahun ini. Setelah sekian lamanya latihan ini dikendalikan oleh veteran cikgu Rafdi, hari ini ianya bertukar tangan pula oleh cikgu Sazali. Mungkin jika cikgu Rafdi masih lagi berkhidmat, latihan ini masih tetap menjadi tugasannya lagi. Namun, khidmat cikgu Rafdi sudah ke penghujungnya apabila beliau pencen pada akhir tahun lalu.

Seperti biasa sebelum latihan, perancangan sudah disiapkan awal oleh ajk yang berkenaan secara senyap-senyap. Apabila loceng dibunyikan semua murid dan guru akan beratur bergerak ke tempat berkumpul untuk kecemasan di padang sekolah. 

Namun masih lagi ada yang 'rentung' kerana tidak mempedulikan amaran yang di keluarkan. Justeru itu, taklimat dan nasihat diberikan untuk menambahkan kefahaman mengenai amaran ini. Latihan di tamatkan dan akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Wallahu A'lam.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
03.03.2012 (Sabtu), 10 Rabiul Akhir 1433H


Assalamualaikum,

Pada tarikh tersebut satu kem motivasi dan kepimpinan murid telah diadakan untuk murid tahap dua. Mereka terdiri daripada murid yang berjawatan dalam kalangan murid sekolah seperti pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua & penolong ketua kelas, dan ajk dalam kelab dan persatuan.

Kem ini bermula pada jam 7.30 pagi dengan sesi pendaftaran. Seterusnya pada jam 8 pagi, murid dibahagikan dalam kelompok tugas masing-masing dan diberikan kuliah berkenaan tugas masing-masing oleh guru sekolah yang dilantik menjadi fasilitator. Pada jam 9 pagi, murid dihimpunkan kembali untuk mengikuti ceramah khas oleh pegawai polis dari balai polis gemas, Koperal Mat Asir selama sejam. Akhirnya barulah murid didedahkan dengan slot utama iaitu ceramah motivasi dan kepimpinan oleh penceramah jemputan, Tn Said Mohamad Jamalludin bin Bachik. Ceramah berlangsung sehingga pukul 12.30 tengahari.

Akhirnya seusai menikmati jamuan, majlis pun bersurai. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
23.02.2012 (Khamis), 1 Rabiul Akhir 1433H

Assalamualaikum,

Pada tarikh  di atas, pasukan bola tampar Sekolah Kebangsaan Londah telah di hantar untuk pertandingan di peringkat Negeri Sembilan dengan mewakili pasukan daerah Tampin. Mereka telah berjaya sekali lagi mengulangi kejayaan tahun lalu dengan menjadi JOHAN bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan sekaligus menaikkan imej SK Londah sebagai platform untuk sukan bola tampar.

~ Gambar pejuang bola tampar ke peringkat negeri 2012 ~

Pada 09.02.2012, pasukan bola tampar sekolah telah terlebih dahulu menjadi JOHAN daerah Tampin melalui pertandingan antara sekolah-sekolah daerah Tampin.

Pada pertandingan yang lain, pasukan bola jaring sekolah juga mengejutkan banyak pihak setelah berjaya menduduki tempat ke-3 dalam pertandingan antara sekolah-sekolah daerah Tampin yang telah diadakan pada 03.02.2012. Ini merupakan pencapaian terbaik pasukan bola jaring sekolah sejak bertahun dulu.

Kejayaan demi kejayaan di kecapi oleh SK Londah ketika ini dan di harapkan ianya akan berulang lagi di masa akan datang. Pertandingan yang hot dan masih ditunggu akan keputusannya bakal dilihat pada pertandingan berikutnya seperti olahraga, sepak takraw, dan bola sepak.

TAHNIAH & SYABAS buat semua peserta, jurulatih, dan juruletih yang terlibat dalam menjayakan sukan di SK Londah.

Akhir kata,

MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
19.01.2012 (Khamis)



Pada tarikh tersebut, satu majlis perjumpaan di antara guru, ibu bapa, dan murid tahun 6 telah diadakan. Tujuan majlis diadakan adalah untuk mencapai suatu kata sepakat tentang pembiayaan dan perbelanjaan program kecemerlangan UPSR murid tahun 6. Majlis ini mencatat kehadiran penjaga seramai lebih kurang 30 orang. Majlis ini berjaya mencapai kata sepakat dan dipersetujui semua bahawa untuk seorang murid, yurannya adalah sebanyak RM30 sebulan. Penjaga perlu membayar selama 8 kali bermula bulan Januari hingga bulan Ogos. Selain itu, pembahagian jadual waktu kelas bimbingan petang ada di berikan dan murid juga di perkenalkan dengan guru mentor masing-masing. Di akhir perjumpaan, murid melakukan ikrar aku janji di hadapan guru dan ibu bapa akan belajar bersungguh-sungguh dan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai keputusan UPSR yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
18.11.2011 (Jumaat), 22 Zulhijjah 1432H

Assalamualaikum,

Mengakhiri sesi persekolahan tahun ini, sekolah ditutup dalam suasana pilu dan sebak kerana bakal kehilangan seorang lagi guru yang berpengalaman dan senior. En Rafdi bin Ismail atau lebih dikenali sebagai pak Rafdi di kalangan rakan sejawat akan memulakan persaraan beliau saat berakhirnya tahun ini. Pemergian beliau amat di rasai bukan sahaja di kalangan guru malah murid juga turut bersedih dan menangisi pemergian beliau, apatah lagi murid yang belajar dengan beliau saban tahun setelah 9 tahun beliau berada di sekolah ini sejak tahun 2003. 

Kami berharap cikgu Rafdi masih sudi menjenguk kami tahun hadapan agar hubungan yang terjalin sekian lama tidak terputus bersama persaraan beliau. Semoga cikgu berbahagia di samping keluarga dan doa kami agar cikgu sentiasa sihat senantiasa hendaknya.


"Saya mengambil kesempatan ini kepada semua guru yang memahami saya dan memahami kesihatan saya, jadi sepanjang saya berada di sekolah ini saya mengucapkan Alhamdulilah, kerjasama yang diberikan oleh guru-guru amat menyenangi saya. Saya di kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf andai saya ada bergurau dengan semua guru tak kira guru yang berumur atau dengan guru yang jauh lebih muda." Petikan ucapan akhir En Rafdi bin Ismail.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
17.11.2011 (Khamis), 21 Zulhijjah 1432H

Assalamualaikum,

Tunggu.. punya tunggu.. punya tunggu.. akhirnya tiba jua kereta GB mendarat di lapangan SK Londah tepat jam 1.00 tengahari. Cikgu tahun enam di lihat lebih agresif untuk mengetahui keputusan UPSR berbanding murid yang sabar menanti di dewan terbuka sekolah. Sampul dibuka dan... Alhamdulillah, seorang murid mendapat 5A manakala 3 orang mendapat 4A1B.

Kali ini BM Pemahaman di lihat cemerlang dengan murid 100% lulus dalam subjek tersebut. Sekolah mendapat GPS 2.29 dan yang lebih berbangga daerah Tampin dengan gred purata 2.06 berada di kedudukan teratas pada tahun ini berbanding daerah-daerah lain dalam Negeri Sembilan. 

Syabas dan tahniah kami ucapkan!

WE'RE ALWAYS NUMBER ONE.. InsyaAllah!

NURIN IZZATI BINTI AR AZHARI
5A
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
17.11.2011 (Khamis), 21 Zulhijjah 1432H

Assalamualaikum,

Unit Panitia Pendidikan Islam pada tarikh ini telah menganjurkan satu program kepada murid sekolah selepas tiada lagi P&P di kelas pada minggu akhir persekolahan bagi tahun 2011. Mungkin ingin menghabiskan sisa-sisa duit yang masih berbaki, program kem bestari solat ini di lihat berjaya menarik minat murid untuk terus datang ke sekolah. Semua sekolah sedia maklum setiap kali menjelang hari-hari akhir persekolahan, kedatangan murid ke sekolah semakin merosot saban hari. Namun, dengan adanya program-program begini murid akan masih terpanggil untuk kembali ke sekolah seperti hari-hari biasa sebelumnya.

Kem bestari solat merupakan suatu keperluan untuk dibuat secara kerap dan berulang di sekolah setiap tahun. Kem sebegini akan mendedahkan kepada murid sekolah secara lebih praktikal bagaimana untuk melakukan solat dengan cara yang betul. Di harapkan murid dapat mengadaptasikan apa yang diperolehi semasa kem ini berlangsung sepanjang hidup mereka. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Mahukan Percutian Bajet?

Blog Archive

  • March 2023 (1)
  • January 2021 (1)
  • August 2020 (1)
  • July 2020 (5)
  • January 2020 (2)
  • December 2019 (2)
  • May 2019 (1)
  • March 2019 (9)
  • February 2019 (4)
  • December 2018 (2)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • August 2018 (6)
  • March 2018 (1)
  • March 2017 (3)
  • January 2017 (1)
  • August 2016 (3)
  • June 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • January 2016 (3)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (2)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (3)
  • June 2015 (2)
  • May 2015 (2)
  • June 2014 (1)
  • January 2014 (2)
  • November 2013 (5)
  • October 2013 (3)
  • August 2013 (2)
  • July 2013 (1)
  • May 2013 (5)
  • April 2013 (2)
  • March 2013 (1)
  • February 2013 (2)
  • January 2013 (2)
  • November 2012 (2)
  • September 2012 (4)
  • August 2012 (3)
  • July 2012 (3)
  • June 2012 (2)
  • May 2012 (2)
  • March 2012 (3)
  • February 2012 (2)
  • November 2011 (5)
  • October 2011 (2)
  • September 2011 (3)
  • July 2011 (7)
  • June 2011 (2)
  • April 2011 (1)
  • February 2011 (1)
  • January 2011 (1)
  • November 2010 (3)
  • October 2010 (2)
  • September 2010 (4)
  • August 2010 (2)
  • July 2010 (5)
  • June 2010 (4)
  • May 2010 (8)
  • April 2010 (6)
  • March 2010 (4)
  • February 2010 (5)

Popular Posts

  • Hari Pertama Minggu Pembukaan Sekolah 2023/24
    Assalamualaikum & Salam Perpaduan. Ini ada throwback bagi Hari Pertama Minggu Pembukaan Sekolah 2023/24. Tahun ini dalam sejarah, tiada ...
  • Latihan Kebakaran
    Pada 20/8/2010, satu latihan kebakaran telah dilakukan. Latihan ini bertujuan melatih murid sekolah untuk bersiap sedia bagi menghadapi seba...
  • Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke-63
    Alhamdulillah, pada 19 Ogos 2020 yang lalu, SK Londah telah berjaya melaksanakan majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Kali ke-63.  Majlis diad...
  • SEJARAH SEKOLAH
    SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH Sekolah Kebangsaan Londah mula ditubuhkan pada 01.02.1955. Ia terdiri dari pelajar tahun 1, 2 dan 3 yang berasal d...
  • KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH
    Pada 20 sehingga 22 Februari telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah. Alhamdulillah Pasukan Londah mendapat keputusan y...

Hi! Want to say something to us?

Your Name

Your Email*

Your Message*

KPM

Loading...

JPNNS

Loading...

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates