Total Pageviews

BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH

Hidup Biar Berjasa..

03.07.2013, Khamis
24 Syaaban 1434H

Assalamualaikum wbt.

Perjalanan yang jauh hari ini dari Gemas ke Port Dickson dalam konvoi 4 buah kereta tidak sedikit pun mematahkan semangat peserta robotik untuk merangkul kejuaraan dalam kategori yang di pertandingkan. 

Pagi ini, pertandingan robotik kategori terbuka telah berlangsung di Karnival KASTEK SMK Kg Baru Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan. Banyak acara sampingan yang dipertandingkan dalam karnival ini yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk semua sekolah rendah dan menengah di Negeri Sembilan. 

Dalam ucapan penutupan majlis ini yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 1 Julai yang lalu, seramai 1000 murid telah turut serta dalam pelbagai acara yang diadakan. Bilangan yang ramai ini menunjukkan minat murid yang memberangsangkan dalam sains dan teknologi pada mutakhir ini. Majlis penutup dan pembagian hadiah ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Shamsul Kahar bin Mohd Deli merangkap Exco pendidikan Negeri Sembilan.

SK Londah tidak terkecuali turut menghantar 3 pasukan ke pertandingan robotik kategori terbuka dan seorang murid yang menyertai pertandingan bercerita sains di karnival ini. 

Tahniah buat semua pasukan yang berjaya merebut tempat dalam acara yang dipertandingkan.

 Pemenang tempat ke-7

 Pemenang tempat ke-10

Pemenang tempat ke-3

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
25.05.2013, Khamis
15 Rejab 1434H


Assalamualaikum,

SK Londah baru sahaja selesai menjalani program perkhemahan pada hari sabtu bermulanya cuti sekolah penggal pertama. Tahun ini perkhemahan di buat awal berikutan kesibukan dan ketiadaan guru apabila ianya dilangsungkan selepas peperiksaan akhir tahun. Justeru itu, untuk mengelakkan perkara seumpamanya berulang dengan kekangan ketiadaan guru yang akan dihantar berkursus maka pada tahun ini ianya dibuat awal iaitu selepas peperiksaan pertengahan tahun.

Uniknya perkhemahan kali ini telah melibatkan bukan warga SK Londah menyertai aktiviti perkhemahan dengan penambahan 10 orang murid daripada SK Kg Ladang dan 12 orang guru sambung belajar yang menjalani aktiviti luar, Bina Insan Guru (BIG).

Antara aktiviti yang diaturkan kali ini ialah bina dan hias khemah, ilmu ikatan manok, buku sila, dan tindik kasih, jejak bertapak, baca kompas, masakan rimba, malam kebudayaan, dan sukan rakyat.

Turut hadir dalam perkhemahan kali ini yang merupakan tetamu istimewa iaitu Tuan PPD Tampin yang baru sahaja di lantik iaitu Ustaz Mohd Amin bin Mat.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
17.05.2013, Jumaat
7 Rejab 1434H


Assalamualaikum,

Sayu... 

Suasana SK Londah sekali lagi sayu dengan pemergian Ustaz Mohd Amin bin Mat yang akan berpindah tugas ke PPD Tampin. Beliau yang telah berkhidmat di SK Londah selama 13 tahun bermula tahun 2000 telah meninggalkan begitu banyak kenangan indah di SK Londah. Dalam ucapan terakhir beliau di SK Londah dihadapan semua murid, begitu banyak yang mengusik hati sehinggakan suasana bertukar pilu dengan deru tangis anak-anak SK Londah. Walaupun pada hari ini semua orang bergembira dengan sambutan hari guru namun masih lagi tidak mampu membendung rasa kehilangan dalam setiap jiwa semua orang di SK Londah. Seminggu beliau menangguhkan tugas di PPD untuk bersama-sama kami di SK Londah menghabiskan hari-hari terakhirnya di sini. Kehilangan masih tetap di rasai.

Terima kasih Ustaz Mohd Amin bin Mat! 
Selamat menjalankan tugas di tempat baru.

Kami tinggalkan anda dengan lagu 'pergi' nyanyian Aizat. Klik pada link di bawah.
http://www.youtube.com/watch?v=bxGSjZx5UQ8

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
17.05.2013, Jumaat
7 Rejab 1434H


Assalamualaikum,

SELAMAT HARI GURU!

GURU MALAYSIA, SATU ASPIRASI, SATU AGENDA

Terlewat sehari sambutan hari guru pada tahun ini disebabkan takwim sekolah yang begitu padat dan sendat. Walaupun begitu, sambutan tetap diadakan dalam keadaan yang sangat meriah. Bermula dengan bacaan surah yasin sebagaimana biasa permulaan sekolah pada setiap hari Jumaat, semua murid dan guru berhimpun di dataran perhimpunan sekolah untuk aktiviti sukaneka guru. Sukaneka bermula dengan pembahagian kumpulan guru dipecahkan kepada tiga kumpulan. Cabaran pertama, guru diminta untuk membuat kapal terbang daripada kertas surat khabar. Kapal terbang yang terbang paling jauh akan dikira sebagai pemenang. Nampak sahaja senang tapi tugasnya sangat mencabar kreativiti guru dalam menghasilkan kapal terbang yang benar-benar boleh terbang kerana hasilnya menampakkan banyak kapal terbang yang menjunam laju ke bawah berbanding terbang di udara.


Cabaran ke-2 menuntut kesabaran guru apabila guru perlu melengkapkan tangram puzzle berbentuk baju. Selepas dibentuk, guru perlu mencantumkan bentuk baju itu dengan cara menjahit dengan jarum tradisional. Guru yang mata 'terang' dilihat menjadi sasaran dalam cabaran ini kerana perlu membantu dalam menyucuk benang ke dalam lubang jarum yang sempit.


Cabaran ke-3 pula guru diminta melengkapkan ayat yang telah dipisahkan mengikut patah perkataan dan disembunyikan dalam pinggan yang dipenuhi tepung. Guru perlu meniup tepung itu untuk mengambil perkataan yang tersembunyi. Cabaran ini membuatkan ramai kalangan guru yang semakin putih wajahnya dek kerana tepung yang ditiup.


Hasilnya.. Bukan sahaja peserta malah pengendali juga tidak terlepas dari penangan tepung itu..


Sambutan yang meriah pada sebelah siangnya disambung pula pada sebelah malam dengan satu majlis makan malam yang diselitkan dengan majlis jasamu dikenang untuk meraikan pemergian ustaz Mohd Amin bin Mat yang akan bertukar kerja ke PPD Tampin sebagai Penyelia Pendidikan Agama Islam. Turut diundang tetamu istimewa malam ini iaitu Adun Gemas yang baru, En Abd Razak bin Ab Said.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
11.05.2013, Sabtu
1 Rejab 1434H


Assalamualaikum,

Kem bestari solat telah menjadi suatu aktiviti wajib diadakan bagi Panitia Pendidikan Islam di sekolah. Kem ini bertujuan memberikan pendedahan berkaitan mengerjakan solat kepada murid sekolah. Pada hari ini hanya dua kumpulan murid menyertai kem ini iaitu murid darjah 1 dan murid darjah 6. Buat pertama kalinya, kem ini memberikan pendedahan berkaitan solat jenazah dan telah di peruntukkan untuk murid tahun 6 manakala murid tahun 1 mempelajari hal wajib dalam solat fardhu.

Seramai 10 orang pelajar STAM daripada Gemencheh dijemput untuk menjadi fasilitator bagi melancarkan lagi kem pagi ini dengan murid dibahagikan kepada 10 kumpulan, 5 kumpulan murid darjah 1 dan 5 kumpulan murid darjah 6.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
09.05.2013, Khamis
28 Jamadil Akhir 1434H


Assalamualaikum,

Pada hari ini satu perjumpaan 3 penjuru diadakan bagi ibu bapa murid tahap 1 bertujuan menerangkan berkenaan prestasi murid, target guru, dan memberikan kefahaman kepada ibu bapa berkaitan sistem pendidikan baru dalam menilai prestasi murid melalui sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). PBS yang telah dilaksanakan semenjak 2011 telah menghapuskan sistem peperiksaan dan memperkenalkan sistem band yang akan menilai prestasi murid mengikut tahap tertentu.

Keesokannya pula perjumpaan bagi ibu bapa murid tahap 2 pula diadakan dengan tujuan yang sama. Ibu bapa diberi maklum tentang hasrat sekolah untuk bersama-sama komuniti luar membantu murid di sekolah dalam meningkatkan kemajuan murid. Ini seiring dengan perancangan KPM yang mahukan komuniti luar turut serta dalam meningkatkan lagi prestasi murid disekolah melalui pengenalan program Sarana Guru dan Sarana Ibu bapa.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
29.04.2013, Isnin
18 Jamadil Akhir 1434H

Assalamualaikum wbt,

Perhimpunan pagi ini mengumumkan seramai 12 murid dari SK Londah telah menerima pingat dan sijil sempena kejayaan mereka merangkul JUARA bagi pasukan lelaki dan perempuan pertandingan bola tampar bawah 12 tahun peringkat negeri Sembilan. Kejohanan ini telah pun dilangsungkan pada 24.04.2013 yang lalu di Centre Court Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

~gambar beberapa pemain yang bermain di peringkat negeri~

Lanjutan dari kejayaan ini, seramai 7 orang murid dari SK Londah telah pun terpilih untuk ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Terengganu pada 25.05.2013 nanti. Sama-sama kita doakan kejayaan mereka ini. Semoga SK Londah terus kekal juara di antara semua juara yang akan kembali bersaing di pentas kebangsaan.

~gambar beberapa pemain yang terpilih ke peringkat kebangsaan~

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
8 April 2013, Isnin
27 Jamadil awwal 1434

Assalamualaikum wbt,

Pagi ini dalam majlis perhimpunan di sekolah telah diadakan majlis penyampaian sijil dan hadiah bagi 2 kategori pertandingan iaitu pertandingan sepak takraw dan pertandingan bola tampar peringkat daerah Tampin.

Pertandingan sepak takraw yang diadakan di Dewan Komuniti Jelai pada 19.03.2013, telah membawa pasukan SK Londah bertanding sehingga layak ke peringkat suku akhir. Dalam kejohanan tersebut seorang murid SK Londah telah disenarai pendek untuk menyertai kem latihan ke peringkat Negeri Sembilan. Murid yang dimaksudkan ialah adik Muhammad Faizuddin bin Ahmad Tauhid.

MUHAMMAD FAIZUDDIN BIN AHMAD TAUHID 

Sementara itu, pertandingan bola tampar yang baru sahaja tamat diadakan di SK Kem Syed Sirajuddin pada 04.04.2013, telah membawa pasukan perempuan mendapat kedudukan NAIB JOHAN manakala pasukan lelaki mendapat kedudukan JOHAN. Dalam kejohanan ini juga seorang murid telah dianugerahkan sebagai pemain terbaik keseluruhan. Murid yang dimaksudkan ialah adik Muhammad Haizal Hanafi bin Abu Bakar.

MUHAMMAD HAIZAL HANAFI B ABU BAKAR
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
25.02.2013, Isnin
14 Rabiul Akhir 1434H


Assalamualaikum wbt,

Satu kejohanan bola sepak bawah 12 MSSD Tampin 2013 telah diadakan di SK Bukit Rokan, Gemencheh. Justeru itu, SK Londah telah menghantar satu pasukan pemain terdiri dari 16 orang murid dan 4 orang guru pengiring. 

Dalam pertandingan yang bermula seawal jam 8 pagi ini, SK Londah telah diundi dalam kumpulan C dan bertemu lawan dari SK Kg Ladang, SK Gemas, SK TAR, dan SK Keru. Keputusan dalam kumpulan memihak kepada kami dengan berjaya mendapat Johan peringkat kumpulan dengan 3 kemenangan dan 1 kekalahan.

Di peringkat suku akhir, SK Londah bertemu lawan naib johan kumpulan A, SK Tunku Besar Tampin. Pada peringkat ini, SK Londah menerima kekalahan dan berakhirnya perjuangan untuk kali ini.

Keputusan Penuh

Perlawanan dalam kumpulan C (SK Londah Johan Kumpulan)

SK Londah vs SK Kg Ladang   1-0
SK Londah vs SK Gemas   1-2
SK Londah vs SK TAR   1-0
SK Londah vs SK Keru   1-0

Perlawanan peringkat suku akhir

SK Londah vs SK Tunku Besar Tampin   0-2

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
23.02.2013, Sabtu
12 Rabiul Akhir 1434H


Assalamualaikum wbt,

Pada pagi ini, seramai 16 orang murid telah di bawa ke SK Pasir Besar untuk satu lagi sesi perlawanan bola sepak persahabatan melibatkan 4 buah sekolah. Sekolah itu ialah SK Pasir Besar, SK Londah, SK Kem Syed Sirajudin, dan SK Kg Ladang.

Perlawanan ini merupakan sesi penyesuaian diri pemain SK Londah sebelum menghadapi lawan sebenar dalam pertandingan bola sepak peringkat daerah Tampin yang akan berlangsung di SK Bukit Rokan pada hari Isnin ini.

Sebelum ini, satu perlawanan dengan SK Kg Ladang telah terlebih dahulu dibuat di padang bola SK Kg Ladang pada sebelah petang hari Rabu, 20.02.2013.

Keputusan yang ditunjukkan pemain SK Londah kali ini agak memberangsangkan dengan semua perlawanan mencatatkan 3 kali menang dan 1 kali kalah. Walaupun begitu masih terdapat beberapa faktor dan strategi yang perlu diperbaiki sepanjang perlawanan untuk mengharungi perlawanan sebenar nanti.

Kami guru SK Londah sentiasa mendoakan kejayaan murid SK Londah dalam apa jua lapangan yang di ceburi oleh mereka. Semoga kejayaan demi kejayaan tercapai dan sekaligus mengharumkan nama SK Londah sebagai sebuah sekolah yang seiring maju mengikut kehendak falsafah pendidikan negara.

Wallahu A'lam..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
21.02.2013, Khamis
10 Rabiul Akhir 1434H


Assalamualaikum wbt.

Pada jam 3.00 petang, satu majlis perjumpaan 3 penjuru telah diadakan melibatkan guru, ibu bapa, dan murid tahun 6. Perjumpaan kali ini membawa kepada perbincangan tentang aktiviti untuk murid tahun 6 2013 yang dibentangkan oleh GPK 1. Majlis berlangsung tenang sehingga akhir sesi soal jawab. Kesepakatan juga telah dibuat dengan memutuskan kutipan duit aktiviti sebanyak RM30 sebulan dan dikutip sebanyak 8 kali.

Kami guru SK Londah mengharapkan kepada ibu bapa kali ini agar memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada barisan guru yang sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab mengajar anak didik di SK Londah.

Kami juga mengharapkan agar ibu bapa juga sentiasa komited dan konsisten dalam mengawasi perlakuan anak-anak di rumah dalam menjayakan misi sekolah untuk mendapatkan seberapa banyak murid cemerlang UPSR tahun ini.

Wallahu A'lam..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Mahukan Percutian Bajet?

Blog Archive

  • March 2023 (1)
  • January 2021 (1)
  • August 2020 (1)
  • July 2020 (5)
  • January 2020 (2)
  • December 2019 (2)
  • May 2019 (1)
  • March 2019 (9)
  • February 2019 (4)
  • December 2018 (2)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • August 2018 (6)
  • March 2018 (1)
  • March 2017 (3)
  • January 2017 (1)
  • August 2016 (3)
  • June 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • January 2016 (3)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (2)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (3)
  • June 2015 (2)
  • May 2015 (2)
  • June 2014 (1)
  • January 2014 (2)
  • November 2013 (5)
  • October 2013 (3)
  • August 2013 (2)
  • July 2013 (1)
  • May 2013 (5)
  • April 2013 (2)
  • March 2013 (1)
  • February 2013 (2)
  • January 2013 (2)
  • November 2012 (2)
  • September 2012 (4)
  • August 2012 (3)
  • July 2012 (3)
  • June 2012 (2)
  • May 2012 (2)
  • March 2012 (3)
  • February 2012 (2)
  • November 2011 (5)
  • October 2011 (2)
  • September 2011 (3)
  • July 2011 (7)
  • June 2011 (2)
  • April 2011 (1)
  • February 2011 (1)
  • January 2011 (1)
  • November 2010 (3)
  • October 2010 (2)
  • September 2010 (4)
  • August 2010 (2)
  • July 2010 (5)
  • June 2010 (4)
  • May 2010 (8)
  • April 2010 (6)
  • March 2010 (4)
  • February 2010 (5)

Popular Posts

  • Hari Pertama Minggu Pembukaan Sekolah 2023/24
    Assalamualaikum & Salam Perpaduan. Ini ada throwback bagi Hari Pertama Minggu Pembukaan Sekolah 2023/24. Tahun ini dalam sejarah, tiada ...
  • Latihan Kebakaran
    Pada 20/8/2010, satu latihan kebakaran telah dilakukan. Latihan ini bertujuan melatih murid sekolah untuk bersiap sedia bagi menghadapi seba...
  • KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH
    Pada 20 sehingga 22 Februari telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah. Alhamdulillah Pasukan Londah mendapat keputusan y...
  • Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke-63
    Alhamdulillah, pada 19 Ogos 2020 yang lalu, SK Londah telah berjaya melaksanakan majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Kali ke-63.  Majlis diad...
  • SEJARAH SEKOLAH
    SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH Sekolah Kebangsaan Londah mula ditubuhkan pada 01.02.1955. Ia terdiri dari pelajar tahun 1, 2 dan 3 yang berasal d...

Hi! Want to say something to us?

Your Name

Your Email*

Your Message*

KPM

Loading...

JPNNS

Loading...

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates