Total Pageviews

BLOG RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH

Hidup Biar Berjasa..


24.10.2013 (Khamis)
19 Zulhijjah 1434H

Lawatan lepas UPSR tahun 6 kali ini telah diadakan ke Pusat Sains Negara dimana terletaknya pameran 1001 inventions, kegemilangan tamadun muslim. Perjalanan dari sekolah yang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah untuk sampai ke destinasi cukup mencabar dengan karenah murid yang tidak biasa menaiki bas membuatkan ada diantara mereka yang mengeluarkan isi perut dalam perut bas. 

Rombongan kami tiba ke destinasi pada jam 9.30 pagi dengan disambut mesra oleh pegawai bertugas.


Sesampai di sana, murid telah dibawa ke makmal pasteur untuk diperkenalkan dengan beberapa ujikaji sains. Antara yang disediakan oleh instructor kami ialah ujikaji ke atas bunyi. Dua ujikaji dijalankan dan dibuat sendiri secara amali oleh murid ini sangat menarik minat murid sehingga mereka tidak melepaskan hasil ujikaji dengan masing-masing membawanya keluar bersama selepas habis ujikaji tersebut. Ujikaji yang didedahkan kepada kumpulan kami dinamakan clucking chicken dan flying hoopster. Turut mengambil bahagian dalam ujikaji ini ialah guru SK Londah sendiri.



Sesudah aktiviti di makmal, murid dibawa ke bilik pameran 1001 inventions. Di sini rombongan biru ini telah didedahkan dengan sejarah kegemilangan tamadun yang dikaitkan dengan tokoh-tokoh muslim yang banyak berjasa kepada sains dan teknologi yang ada hari ini. Antara tokoh yang disebutkan ialah,

1. Ibnu Al-Haytham yang telah menemui asas optik yang membawa kepada penghasilan alat kamera. Untuk maklumat lanjut boleh klik link ini http://billyinfo.blogspot.com/2013/02/pencipta-kamera-pertama-di-dunia.html

2. Al-Zahrawi yang hebat dalam pembedahan dan penghasilan alat-alat pembedahan. Maklumat lanjut boleh klik link ini http://rahmanhatim93.blogspot.com/2012/08/al-zahrawi-tokoh-bedah-islam.html

3. Ibn Firnas (Abbas bin Firnas) yang terkemuka dalam menghasilkan alat terbang. Klik link ini untuk maklumat lanjut http://nurkilansagongnyior.blogspot.com/2011/07/tahukah-anda-siapa-tokoh-islam-yang.html

Dan ramai lagi tokoh muslim yang pakar dalam bidang masing-masing.

Inilah video yang telah ditontonkan kepada rombongan ini sebelum memasuki bilik pameran 1001 inventions kegemilangan tamadun muslim. Sila klik link untuk tonton http://www.youtube.com/watch?v=JZDe9DCx7Wk

Agak sedih juga apabila memikirkan generasi baru sekarang yang lebih mengagungkan pakar barat yang sebenarnya telah menceduk hasil usaha pakar muslim yang suatu ketika dahulu telah pun mencapai kegemilangan sebuah tamadun yang hebat. Namun, ianya telah ditutup, dibukukan semula, dan dialih bahasa rujukan muslim ini kepada nama orang barat yang hari ini kita semua diberitahu bahawa orang baratlah orang pertama yang mencipta semua benda. Padahal ianya adalah sebaliknya.


Sebelah petang, rombongan ini dilepaskan bebas untuk melihat dan meneroka sendiri semua alatan yang telah dipamerkan di pusat sains ini. Sehingga jam 4 petang, rombongan murid SK Londah mula bertolak balik meninggalkan bangunan Pusat Sains Negara dengan pengetahuan baru dan segar tentang sejarah tamadun dunia hari ini.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
22.10.2013 (Isnin)
17 Zulhijjah 1434H


MTAQ ialah singkatan dari Majlis Tilawah Al-Quran. SK Londah sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkan majlis di peringkat daerah Tampin ini selepas pernah melakukannya pada majlis semaian wahyu pada tahun lepas. Ini menggambarkan bahawa SK Londah juga mampu menganjurkan suatu program yang begitu besar di peringkat daerah walaupun sekolah ini dahulunya pernah bergelar SKM (Sekolah Kurang Murid) dengan segala kemudahan yang terhad.

MTAQ Pra Sekolah kali ini disertai oleh 22 buah sekolah yang mempunyai pendidikan pra di sekolah-sekolah daerah Tampin. Pertandingan ini memperuntukkan sebanyak 7 pertandingan keagamaan antaranya mewarna tulisan khat, melaungkan azan, dan nasyid.

Pertandingan pada tahun ini telah dimenangi oleh SK BUKIT JALOR sebagai juara keseluruhan.

Sebagai tuan rumah, Tahniah kami ucapkan kepada yang berjaya. Juga kepada semua jawatankuasa yang terlibat dari SK Londah mahu pun dari sekolah lain yang berhampiran dalam menguruskan penganjuran majlis yang besar sebegini, setinggi-tinggi penghargaan kami berikan.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
16.10.2013 (Rabu)
11 Zulhijjah 1434H



Program ini adalah kesinambungan dalam mengisi kekosongan program selepas UPSR. Program yang dirancangkan pada mulanya untuk murid tahun 6 sahaja ini telah mendapat sambutan dari kalangan guru lain sehinggakan ianya dikembangkan kepada semua murid tahap 2 (tahun 4, 5, dan 6). Program ini dirancang untuk dilaksanakan selama dua hari bermula 16 hingga 17 Oktober.

Pada hari pertama, murid berjalan kaki melalui laluan rentas desa sejauh 2 km dan berhenti rehat sambil melakukan aktiviti sebanyak 2 kali di checkpoint yang telah ditentukan.

Pada hari kedua, murid melakukan aktiviti dalam kawasan sekolah sahaja dengan aktiviti mencipta peralatan softball sendiri dalam kumpulan dan memainkannya melalui pertandingan liga yang diadakan dengan kumpulan yang lain.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
20 Ogos 2013 (Selasa)
13 Syawal 1434H


Assalamualaikum wbt,

Pada pagi ini diadakan satu majlis ringkas pelancaran sambutan bulan kemerdekaan bagi peringkat SK Londah. Majlis ini telah diadakan di dewan terbuka dengan disertai oleh semua guru dan murid SK Londah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa pagi oleh pengawas sekolah dan bacaan doa majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Zaki. Kemudian hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Sembilan, dan lagu Sekolah.

Majlis kemudiannya mendengar ucapan Guru Besar sempena kemerdekaan dan diakhirkan dengan lafaz pembukaan perasmian pelancaran sambutan bulan kemerdekaan kali ke-56 bagi peringkat SK Londah. Berakhirnya ucapan Guru Besar maka akan bermulalah segala aktiviti yang telah dirancang sepanjang bulan kemerdekaan tahun ini.

Sekali lagi, semua hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu jalur gemilang dengan disertai oleh kibaran jalur gemilang yang digenggam erat murid SK Londah.


Tema kemerdekaan kali ini ialah "Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku"
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
02.08.2013, Jumaat
24 Ramadhan 1434H

Assalamualaikum,

Hari ini merupakan hari akhir persekolahan sebelum sekolah akan mula bercuti selama 2 minggu bermula 5 Ogos 2013 hingga 16 Ogos 2013. Cuti ini adalah bersempena dengan umat Islam yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan cuti sekolah untuk suku kedua persekolahan.

Justeru itu, pada waktu akhir pembelajaran, satu majlis ringkas diadakan untuk menyampaikan bantuan wang sumbangan dari PIBG sekolah sebanyak RM200 dan selebihnya adalah kutipan sumbangan dari guru untuk murid yatim yang berada di SK Londah. Murid yatim yang seramai 9 orang telah dikenalpasti oleh jawatankuasa kebajikan sekolah dan sumbangan kepada mereka ini sememangnya merupakan satu kebaikan sebagai persediaan mereka untuk turut sama bergembira dalam menyambut perayaan Hari Raya nanti. Sumbangan ini telah disempurnakan penyampaiannya oleh Guru Besar SK Londah, Pn Aziah bt Ahmad.


Selepas pemberian wang bantuan tersebut, guru tidak melepaskan peluang ini untuk memberikan sedikit pesanan ringkas kepada semua murid SK Londah iaitu tatacara menghadiri rumah sanak saudara ketika di hari raya nanti.


Akhirnya sebelum murid dilepaskan untuk pulang ke rumah, mereka diminta beratur dan bersalam dengan semua guru disertakan dengan kata-kata ucapan selamat hari raya. Semoga hari raya kali ini disambut dengan meriah namun tidak pula sampai berlebih-lebihan. Sambutlah hari raya kali ini dengan niat untuk merapatkan tali silaturrahim sesama kita dan bersederhanalah dalam menyambutnya. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan lindungan dari Ilahi hendaknya.


Akhir kata, semua warga kerja di SK Londah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di mana jua anda berada dan Maaf Zahir dan Batin.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
03.07.2013, Khamis
24 Syaaban 1434H

Assalamualaikum wbt.

Perjalanan yang jauh hari ini dari Gemas ke Port Dickson dalam konvoi 4 buah kereta tidak sedikit pun mematahkan semangat peserta robotik untuk merangkul kejuaraan dalam kategori yang di pertandingkan. 

Pagi ini, pertandingan robotik kategori terbuka telah berlangsung di Karnival KASTEK SMK Kg Baru Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan. Banyak acara sampingan yang dipertandingkan dalam karnival ini yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk semua sekolah rendah dan menengah di Negeri Sembilan. 

Dalam ucapan penutupan majlis ini yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 1 Julai yang lalu, seramai 1000 murid telah turut serta dalam pelbagai acara yang diadakan. Bilangan yang ramai ini menunjukkan minat murid yang memberangsangkan dalam sains dan teknologi pada mutakhir ini. Majlis penutup dan pembagian hadiah ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Shamsul Kahar bin Mohd Deli merangkap Exco pendidikan Negeri Sembilan.

SK Londah tidak terkecuali turut menghantar 3 pasukan ke pertandingan robotik kategori terbuka dan seorang murid yang menyertai pertandingan bercerita sains di karnival ini. 

Tahniah buat semua pasukan yang berjaya merebut tempat dalam acara yang dipertandingkan.

 Pemenang tempat ke-7

 Pemenang tempat ke-10

Pemenang tempat ke-3

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
25.05.2013, Khamis
15 Rejab 1434H


Assalamualaikum,

SK Londah baru sahaja selesai menjalani program perkhemahan pada hari sabtu bermulanya cuti sekolah penggal pertama. Tahun ini perkhemahan di buat awal berikutan kesibukan dan ketiadaan guru apabila ianya dilangsungkan selepas peperiksaan akhir tahun. Justeru itu, untuk mengelakkan perkara seumpamanya berulang dengan kekangan ketiadaan guru yang akan dihantar berkursus maka pada tahun ini ianya dibuat awal iaitu selepas peperiksaan pertengahan tahun.

Uniknya perkhemahan kali ini telah melibatkan bukan warga SK Londah menyertai aktiviti perkhemahan dengan penambahan 10 orang murid daripada SK Kg Ladang dan 12 orang guru sambung belajar yang menjalani aktiviti luar, Bina Insan Guru (BIG).

Antara aktiviti yang diaturkan kali ini ialah bina dan hias khemah, ilmu ikatan manok, buku sila, dan tindik kasih, jejak bertapak, baca kompas, masakan rimba, malam kebudayaan, dan sukan rakyat.

Turut hadir dalam perkhemahan kali ini yang merupakan tetamu istimewa iaitu Tuan PPD Tampin yang baru sahaja di lantik iaitu Ustaz Mohd Amin bin Mat.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
17.05.2013, Jumaat
7 Rejab 1434H


Assalamualaikum,

Sayu... 

Suasana SK Londah sekali lagi sayu dengan pemergian Ustaz Mohd Amin bin Mat yang akan berpindah tugas ke PPD Tampin. Beliau yang telah berkhidmat di SK Londah selama 13 tahun bermula tahun 2000 telah meninggalkan begitu banyak kenangan indah di SK Londah. Dalam ucapan terakhir beliau di SK Londah dihadapan semua murid, begitu banyak yang mengusik hati sehinggakan suasana bertukar pilu dengan deru tangis anak-anak SK Londah. Walaupun pada hari ini semua orang bergembira dengan sambutan hari guru namun masih lagi tidak mampu membendung rasa kehilangan dalam setiap jiwa semua orang di SK Londah. Seminggu beliau menangguhkan tugas di PPD untuk bersama-sama kami di SK Londah menghabiskan hari-hari terakhirnya di sini. Kehilangan masih tetap di rasai.

Terima kasih Ustaz Mohd Amin bin Mat! 
Selamat menjalankan tugas di tempat baru.

Kami tinggalkan anda dengan lagu 'pergi' nyanyian Aizat. Klik pada link di bawah.
http://www.youtube.com/watch?v=bxGSjZx5UQ8

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
17.05.2013, Jumaat
7 Rejab 1434H


Assalamualaikum,

SELAMAT HARI GURU!

GURU MALAYSIA, SATU ASPIRASI, SATU AGENDA

Terlewat sehari sambutan hari guru pada tahun ini disebabkan takwim sekolah yang begitu padat dan sendat. Walaupun begitu, sambutan tetap diadakan dalam keadaan yang sangat meriah. Bermula dengan bacaan surah yasin sebagaimana biasa permulaan sekolah pada setiap hari Jumaat, semua murid dan guru berhimpun di dataran perhimpunan sekolah untuk aktiviti sukaneka guru. Sukaneka bermula dengan pembahagian kumpulan guru dipecahkan kepada tiga kumpulan. Cabaran pertama, guru diminta untuk membuat kapal terbang daripada kertas surat khabar. Kapal terbang yang terbang paling jauh akan dikira sebagai pemenang. Nampak sahaja senang tapi tugasnya sangat mencabar kreativiti guru dalam menghasilkan kapal terbang yang benar-benar boleh terbang kerana hasilnya menampakkan banyak kapal terbang yang menjunam laju ke bawah berbanding terbang di udara.


Cabaran ke-2 menuntut kesabaran guru apabila guru perlu melengkapkan tangram puzzle berbentuk baju. Selepas dibentuk, guru perlu mencantumkan bentuk baju itu dengan cara menjahit dengan jarum tradisional. Guru yang mata 'terang' dilihat menjadi sasaran dalam cabaran ini kerana perlu membantu dalam menyucuk benang ke dalam lubang jarum yang sempit.


Cabaran ke-3 pula guru diminta melengkapkan ayat yang telah dipisahkan mengikut patah perkataan dan disembunyikan dalam pinggan yang dipenuhi tepung. Guru perlu meniup tepung itu untuk mengambil perkataan yang tersembunyi. Cabaran ini membuatkan ramai kalangan guru yang semakin putih wajahnya dek kerana tepung yang ditiup.


Hasilnya.. Bukan sahaja peserta malah pengendali juga tidak terlepas dari penangan tepung itu..


Sambutan yang meriah pada sebelah siangnya disambung pula pada sebelah malam dengan satu majlis makan malam yang diselitkan dengan majlis jasamu dikenang untuk meraikan pemergian ustaz Mohd Amin bin Mat yang akan bertukar kerja ke PPD Tampin sebagai Penyelia Pendidikan Agama Islam. Turut diundang tetamu istimewa malam ini iaitu Adun Gemas yang baru, En Abd Razak bin Ab Said.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
11.05.2013, Sabtu
1 Rejab 1434H


Assalamualaikum,

Kem bestari solat telah menjadi suatu aktiviti wajib diadakan bagi Panitia Pendidikan Islam di sekolah. Kem ini bertujuan memberikan pendedahan berkaitan mengerjakan solat kepada murid sekolah. Pada hari ini hanya dua kumpulan murid menyertai kem ini iaitu murid darjah 1 dan murid darjah 6. Buat pertama kalinya, kem ini memberikan pendedahan berkaitan solat jenazah dan telah di peruntukkan untuk murid tahun 6 manakala murid tahun 1 mempelajari hal wajib dalam solat fardhu.

Seramai 10 orang pelajar STAM daripada Gemencheh dijemput untuk menjadi fasilitator bagi melancarkan lagi kem pagi ini dengan murid dibahagikan kepada 10 kumpulan, 5 kumpulan murid darjah 1 dan 5 kumpulan murid darjah 6.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
09.05.2013, Khamis
28 Jamadil Akhir 1434H


Assalamualaikum,

Pada hari ini satu perjumpaan 3 penjuru diadakan bagi ibu bapa murid tahap 1 bertujuan menerangkan berkenaan prestasi murid, target guru, dan memberikan kefahaman kepada ibu bapa berkaitan sistem pendidikan baru dalam menilai prestasi murid melalui sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). PBS yang telah dilaksanakan semenjak 2011 telah menghapuskan sistem peperiksaan dan memperkenalkan sistem band yang akan menilai prestasi murid mengikut tahap tertentu.

Keesokannya pula perjumpaan bagi ibu bapa murid tahap 2 pula diadakan dengan tujuan yang sama. Ibu bapa diberi maklum tentang hasrat sekolah untuk bersama-sama komuniti luar membantu murid di sekolah dalam meningkatkan kemajuan murid. Ini seiring dengan perancangan KPM yang mahukan komuniti luar turut serta dalam meningkatkan lagi prestasi murid disekolah melalui pengenalan program Sarana Guru dan Sarana Ibu bapa.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Mahukan Percutian Bajet?

Blog Archive

  • March 2023 (1)
  • January 2021 (1)
  • August 2020 (1)
  • July 2020 (5)
  • January 2020 (2)
  • December 2019 (2)
  • May 2019 (1)
  • March 2019 (9)
  • February 2019 (4)
  • December 2018 (2)
  • November 2018 (1)
  • September 2018 (3)
  • August 2018 (6)
  • March 2018 (1)
  • March 2017 (3)
  • January 2017 (1)
  • August 2016 (3)
  • June 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • January 2016 (3)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (2)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (3)
  • June 2015 (2)
  • May 2015 (2)
  • June 2014 (1)
  • January 2014 (2)
  • November 2013 (5)
  • October 2013 (3)
  • August 2013 (2)
  • July 2013 (1)
  • May 2013 (5)
  • April 2013 (2)
  • March 2013 (1)
  • February 2013 (2)
  • January 2013 (2)
  • November 2012 (2)
  • September 2012 (4)
  • August 2012 (3)
  • July 2012 (3)
  • June 2012 (2)
  • May 2012 (2)
  • March 2012 (3)
  • February 2012 (2)
  • November 2011 (5)
  • October 2011 (2)
  • September 2011 (3)
  • July 2011 (7)
  • June 2011 (2)
  • April 2011 (1)
  • February 2011 (1)
  • January 2011 (1)
  • November 2010 (3)
  • October 2010 (2)
  • September 2010 (4)
  • August 2010 (2)
  • July 2010 (5)
  • June 2010 (4)
  • May 2010 (8)
  • April 2010 (6)
  • March 2010 (4)
  • February 2010 (5)

Popular Posts

  • Hari Pertama Minggu Pembukaan Sekolah 2023/24
    Assalamualaikum & Salam Perpaduan. Ini ada throwback bagi Hari Pertama Minggu Pembukaan Sekolah 2023/24. Tahun ini dalam sejarah, tiada ...
  • Latihan Kebakaran
    Pada 20/8/2010, satu latihan kebakaran telah dilakukan. Latihan ini bertujuan melatih murid sekolah untuk bersiap sedia bagi menghadapi seba...
  • KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH
    Pada 20 sehingga 22 Februari telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Peringkat Daerah. Alhamdulillah Pasukan Londah mendapat keputusan y...
  • Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali ke-63
    Alhamdulillah, pada 19 Ogos 2020 yang lalu, SK Londah telah berjaya melaksanakan majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan Kali ke-63.  Majlis diad...
  • SEJARAH SEKOLAH
    SEKOLAH KEBANGSAAN LONDAH Sekolah Kebangsaan Londah mula ditubuhkan pada 01.02.1955. Ia terdiri dari pelajar tahun 1, 2 dan 3 yang berasal d...

Hi! Want to say something to us?

Your Name

Your Email*

Your Message*

KPM

Loading...

JPNNS

Loading...

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates